Sedihnya..Ustaz Asri Dah Meninggal Dunia

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Untuk pengetahuan semua Ustaz Asri Ibrahim,40 iaitu ketua kumpulan nasyid Rabbani, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi akibat sakit jantung.

Allahyarham dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Mengenang kembali segala tutur katanya lemah lembut…keindahan nyanyiannya yang menusuk kalbu memuji tuhan…

Terigau-igau suarannya ketika melafazkan takbir raya…sesungguhnya beliau adalah idola yang tiada gantinya..Beliau sentiasa ikhlas dalam perjuangan untuk meluaskan syiar islam dalam lagu2 nasyid…
cekal ketika pernah disalah ertikan perjuangan menegakkan lagu2 dakwah mengikut muzik moden.

Paling menginsafkan adalah ketika suara beliau mengalunkan azan di kaca2 televisyen.

Paling hiba sahabatnya berkata sebelum beliau meninggal,beliau mencari Al Quran.
Inilah permata yang paling tulen dan suci yang telah pergi.

Kami krew di Amirulcyber.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-fatihah juga untuk Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada. Amin

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)