Kalau dah tahu ada demonstrasi kenapa berniaga?
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Dah tahu ada demonstrasi kenapa buka kedai?
Seperti yang kita sedia tahu,perhimpunan memansuhkan ISA telah berakhir seminggu yang lepas.Bagi saya ia mengundang satu pertanyaan(bagi saya la,orang lain saya tak tahu).Erm..yang saya maksudkan adalah berkaitan dengan para peniaga yang menjadi mangsa demonstrasi(kononnya)hehehe.Yang lain saya tak mahu sentuh panjang terutama bab demonstrasi yang berlaku.saya minat biz so saya lebih nampak isu yang berkaitan dengan biz.Erm.. cmni.seperti yang kita semua sedia maklum,berita mengenai demonstrasi akan dilakukan sudah diketahui beberapa hari atau mungkin beberapa minggu sebelum(mungkin).Kalau dah tahu ada khabar angin mengatakan demonstrasi akan dilakukan tapi mengapa masih sibuk nak berniaga.Tak sayang nyawa ker?
Bagi saya ada 2 kemungkinan:
1)Tidak tahu ada demonstrasi sebab tak nak amik tahu pasal keadaan sekeliling dan
2)Dah tahu ada demonstrasi tapi buat-buat tak tahu.
Pengalaman
Kata org pengalaman mendewasakan kita,pengalaman menjadikan kita lebih matang,pengalaman juga menjadikan kita lebih berhati-hati apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara.Tapi pengalaman tidak mendewasakan mereka.Sebab apa saya berkata demikian.Senang je jawapannya.Sebab ini bukan demonstrasi atau perhimpunan kali pertama.Dah banyak kali demonstrasi berlaku.Tapi yang pelik para perniaga dikawasan berkaitan macam tidak ambil pusing tentang pengajaran yang boleh diambil sebelum ini.Rasa macam tak sayang nyawa pun ada.Ialah kalau betul-betul berlaku perkara yang lebih buruk macam mana?
Perkara yang boleh memberi kesan kepada pernigaan ,sebagai perniaga sepatutnya mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan.kalau dah tahu ada demonstrasi apa salahnyar ambil tindakan tutup kedai satu hari.Kalau buka pun bukannya orang yang buat demonstrasi tu nak beli.Kalau buka pun rugi nk buat apa betul tak?Kesan dari kerugian yang terpaksa ditanggung maka para peniaga berkenaan bercadang mengambil tindakan undang-undang.Yang peliknya tindakan hanya pada GMI(Gerakana mansuhkan ISA tp tak pula pada gerakan pro ISA dan lain pihak(tak boleh sebut bahaya).Dalam tv saya tengok ada peniaga menunjukkan pakaian dikedainyar terkena cecair macam cat.kalau cecair tu mestila org lain yang simbah air tu.Takkan la org demonstrasti datang semata-mata nak simbah cecair.hehehe.
Satu lagi,sepatutnyer presiden persatuan perniagaan yang berkaitan mengeluarkan notis atau menasihatkan para supaya menutup perniagaan buat sementara waktu perniagaan pada hari itu tapi mcm tiada tindakan je dari mereka.Mungkin mereka pandang remeh agaknya benda-benda macam ni.Tapi sebenarnya saya tak suka panggil perhimpunan tu demonstrasi sebab pada mula mereka cuma berarak secara aman tapi sebab disimbah dengan air terpaksa la lari.Giler ke nak tunggu.Cabutla.Baru-baru ni saya ade terlihat gambar di satu suratkhabar orang yang pengsan terkena air tu.Ada yang sampai pengsan kena air tu.
Maaf kalau ada perniaga yang membaca blog ini.saya sekadar ingin berkongsi apa yang saya rasa.Ini la kelebihan kalau ada blog.Boleh tulis dari sudut sendiri.Pendapat saya mungkin agak sempit sebab saya melihat dari aspek logik dan pengalaman.Mungkin tuan-tuan/puan-puan ada cerita sebenarnya.
P/s: Ini adalah pendapat saya,pendapat kita mungkin berbeza ,tepuk dada tanya selera.Boleh komen kalau mahu kalau tak mahu pun takpe.hehehe.chow…







No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.