SMIDEX 2008 & EAST ASIA SME CONVENTION
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Salam sejahtera,
Pada 4 Jun 2008 sehingga 6 Jun 2008 diadakan SMIDEX 2008 & EAST ASIA SME CONVENTION yang berlangsung di Kuala Lumpur Covention Centre (KLCC).Saya telah sempat pergi mengunjungi convention tersebut pada 4 Jun 2008 bersama seorang kawan saya.
Convention ini sebenarnya diberitahu oleh kawan saya itu yang melihat iklan convention tersebut di suratkhabar.Lalu beliau mengajak saya untuk pergi ke convention tersebut.Oleh kerana convention ini berkaitan dengan bisnes maka saya berminat dan terus setuju dengan pelawaan beliau itu.Kami pergi menggunakan kemudahan lrt untuk sampai terus ke KLCC.Lebih mudah kerana kami dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas,tol,minyak dan sebagainya.
Sebenarnya untuk sampai ke KL Central kami menaiki komuter dari Shah Alam.Sesampainya disana setiap pelawat dikehendaki mendaftarkan diri dikaunter untuk mendapatkan pas lawatan masuk.Kami juga tidak terkecuali.Terdapat bermacam-macam gerai(bolehker panggil gerai?) disana dan banyak juga gerai yang kami singgah dan bergambar(hehe).Kelebihan convention ini bagi para peserta ialah dapat bertemu dan membuat joint venture dengan pelawat-pelawat yang sudah mempunyai atau belum mempunyai bisnes.Peserta-perserta ini bolehlah dikatakan sebagai supplier yang membekalkan barang bagi sesiapa yang berminat.
Antara gerai-gerai yang terdapat di convention tersebut ialah bahagian pembungkusan atau packaging.Disitu mereka menunjukkan contoh-contoh mesin dan cara membungkus sesuatu barang.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi mereka melalui bisnes kad yang disediakan di gerai tersebut.Selain itu terdapat gerai berkaitan makanan dan minuman seperti pembekal keropok leko,kerepek dan air cordial dan sebagainya.Selain itu terdapat juga gerai berkaitan automatif,kewangan,pendidikan dan sebagainya.Namun yang agak menyedihkan ialah kami tidak menjumpai gerai usahawan internet disana.Mungkin di masa depan ada agaknya.Harapnya.
Sambil melawat gerai kami juga telah mengambil seberapa banyak bisnes kad untuk disimpan untuk digunakan pada masa depan jika perlu.Kepada yang belum pergi ke convention tersebut bolehlah pergi hari ini kerana hari ini adalah hari terakhir.
Saya rasa itu saja artikel pada hari ini.Sampai jumpa lagi.









No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.