August 13, 2009

Gambar Kenangan Majlis Perpisahan Encik Maimun

Filed under: Aktiviti Sana Sini - 13 Aug 2009

Encik maimun telah berpindah semula ke Sabah setelah genap setahun berkhidmat di JC.Beliau seorang yang selalu tersenyum.Best teramat sangat kalau dapat bos macam dia.Tak berapa ingat plak tarikh majlis ni diadakan.Kalau tak silap beberapa hari sebelum Encik Maimun berpindah ke Sabah.Majlis diadakan dalam keadaan yang santai.Tarikh beliau pulang ke Sabah pada 15 Januari 2009(betul ker,aku pun tak brp igt sbnrnyer)hehehehe,tapi lebih kurang la.Semoga beliau terus berjaya…

August 12, 2009

Imbas Kembali Pertandingan Bowling

Filed under: sukan - 12 Aug 2009

22 Januari 2009:Gambar ni diambil semasa berkursus di Esset Bangi.Siang kursus malam beriadah dengan bermain bowling untuk release tension.Bagus jugak pertandingan bowling ni sebab ia dapat merapatkan hubungan sesama peserta.Maaf kerana gambar tidak berapa clear.Ini je yang ada.hehehe.

August 10, 2009

Pertandingan Bowling

Filed under: uncategorized - 10 Aug 2009

Erm.. untuk pengetahuan semua satu pertandingan bowling akan diadakan pada tarikh dan masa diatas.Gempak tak tengok promo kat atas?Takut pun ada.Sebenarnya pertandingan ni diadakan oleh staf-staf ditempatkan kerja aku.Nak menyertai?Oh tak boleh menyertai sebab pertandingan ni adalah untuk staf-staf ditempat kerja aku je.Kalau nak datang menyaksikan sila datang pada tarikh dan masa diatas.Siapa la menang agaknya yer.Tunggu je la nanti aku umumkan keputusannya.Majulah sukan untuk negara.

August 9, 2009

Kalau dah tahu ada demonstrasi kenapa berniaga?

Filed under: uncategorized - 09 Aug 2009

Dah tahu ada demonstrasi kenapa buka kedai?

Seperti yang kita sedia tahu,perhimpunan memansuhkan ISA telah berakhir seminggu yang lepas.Bagi saya ia mengundang satu pertanyaan(bagi saya la,orang lain saya tak tahu).Erm..yang saya maksudkan adalah berkaitan dengan para peniaga yang menjadi mangsa demonstrasi(kononnya)hehehe.Yang lain saya tak mahu sentuh panjang terutama bab demonstrasi yang berlaku.saya minat biz so saya lebih nampak isu yang berkaitan dengan biz.Erm.. cmni.seperti yang kita semua sedia maklum,berita mengenai demonstrasi akan dilakukan sudah diketahui beberapa hari atau mungkin beberapa minggu sebelum(mungkin).Kalau dah tahu ada khabar angin mengatakan demonstrasi akan dilakukan tapi mengapa masih sibuk nak berniaga.Tak sayang nyawa ker?

Bagi saya ada 2 kemungkinan:

1)Tidak tahu ada demonstrasi sebab tak nak amik tahu pasal keadaan sekeliling dan

2)Dah tahu ada demonstrasi tapi buat-buat tak tahu.

Pengalaman

Kata org pengalaman mendewasakan kita,pengalaman menjadikan kita lebih matang,pengalaman juga menjadikan kita lebih berhati-hati apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara.Tapi pengalaman tidak mendewasakan mereka.Sebab apa saya berkata demikian.Senang je jawapannya.Sebab ini bukan demonstrasi atau perhimpunan kali pertama.Dah banyak kali demonstrasi berlaku.Tapi yang pelik para perniaga dikawasan berkaitan macam tidak ambil pusing tentang pengajaran yang boleh diambil sebelum ini.Rasa macam tak sayang nyawa pun ada.Ialah kalau betul-betul berlaku perkara yang lebih buruk macam mana?

Perkara yang boleh memberi kesan kepada pernigaan ,sebagai perniaga sepatutnya mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan.kalau dah tahu ada demonstrasi apa salahnyar ambil tindakan tutup kedai satu hari.Kalau buka pun bukannya orang yang buat demonstrasi tu nak beli.Kalau buka pun rugi nk buat apa betul tak?Kesan dari kerugian yang terpaksa ditanggung maka para peniaga berkenaan bercadang mengambil tindakan undang-undang.Yang peliknya tindakan hanya pada GMI(Gerakana mansuhkan ISA tp tak pula pada gerakan pro ISA dan lain pihak(tak boleh sebut bahaya).Dalam tv saya tengok ada peniaga menunjukkan pakaian dikedainyar terkena cecair macam cat.kalau cecair tu mestila org lain yang simbah air tu.Takkan la org demonstrasti datang semata-mata nak simbah cecair.hehehe.

Satu lagi,sepatutnyer presiden persatuan perniagaan yang berkaitan mengeluarkan notis atau menasihatkan para supaya menutup perniagaan buat sementara waktu perniagaan pada hari itu tapi mcm tiada tindakan je dari mereka.Mungkin mereka pandang remeh agaknya benda-benda macam ni.Tapi sebenarnya saya tak suka panggil perhimpunan tu demonstrasi sebab pada mula mereka cuma berarak secara aman tapi sebab disimbah dengan air terpaksa la lari.Giler ke nak tunggu.Cabutla.Baru-baru ni saya ade terlihat gambar di satu suratkhabar orang yang pengsan terkena  air tu.Ada yang sampai pengsan kena air tu.

Maaf kalau ada perniaga yang membaca blog ini.saya sekadar ingin berkongsi apa yang saya rasa.Ini la kelebihan …

July 24, 2008

Pertandingan Komen Paling Banyak-Diadakan Ogos 2008.

Filed under: uncategorized - 24 Jul 2008

Adakah anda telah bersedia untuk menyertai Top Commentators Competition anjuran blog Amirulcyber.com.Jika anda telah bersedia bulan Ogos adalah bulan bertuah anda.

Ya saya ingin menyertai.Bagaimanakah caranya?

Caranya mudah sahaja.Anda hanya perlu meninggalkan komen pada artikel dalam blog Amirulcyber.com tidak kira sama ada artikel baru atau lama.Komen kali pertama akan di periksa dahulu untuk mengelak spam.

Siapa akan Menang?

Sesiapa yang memberi komen tertinggi akan memenangi pertandingan ini.

Apakah syarat-syarat pertandingan ini?

Sesiapa sahaja boleh menyertai pertandingan ini.Komen mesti dalam English.Spam komen tidak dibenarkan.Jika terdapat sesiapa yang membuat spam maka mereka tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.

Masa Pertandingan?

Pertandingan akan diadakan selama sebulan.Ia akan bermula pada 1 Ogos 2008 12.00 pagi(waktu antarabangsa) dan 8.00 pagi (Waktu Malaysia).Ia akan berakhir pada 1 September 2008 jam 12.00 pagi(waktu antarabangsa) dan 8.00 pagi (Waktu Malaysia).

Bagaimana cara untuk mengetahui siapa adalah pengkomen tertinggi?

Saya telah install Top Commentators plug in dalam blog saya.Anda boleh melihatnya di bahagian sidebar.

Bagaimana pula dengan komen-komen yang dibuat sebelum pertandingan?

Komen yang diterima sebelum pertandingan tidak akan dikira sebagai komen untuk pertandingan bulan Ogos.Saya akan setkan supaya komen yang keluar di sidebar adalah komen untuk bulan Ogos sahaja.

Bagaimana dengan hadiah pertandingan?

Bayaran akan dibuat menggunakan paypal.Untuk rakyat Malaysia yang tiada akaun paypal bayaran akan dibuat melalui bank akaun.Dibawah adalah hadiah yang saya tawarkan.Ia adalah dalam DOLLAR bukan RM:

Top Commentators $30

Second Top Commentators $10

Third Top Commentators $10

Bilakah keputusan akan diumumkan?

Saya akan mengumumkan keputusan pada bulan pada 2 August 2008 didalam blog saya.

Saya masih ada persoalan.Apakah yang harus saya lakukan?

Anda boleh menghantar pertanyaan anda melalui borang Contact Me.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://amirulcyber.com

July 13, 2008

Promosi produk affiliate melalui blog

Filed under: Affliate program - 13 Jul 2008

Produk affiliate yang anda sertai memerlukan cara promosi yang berkesan untuk membolehkan anda membuat jualan.Terdapat banyak cara promosi yang dilakukan dan salah satunya ialah promosi melalui blog.

Blog semakin popular dewasa ini dan promosi melalui blog adalah salah satu cara untuk meningkatkan jualan produk affiliate yang anda sertai.

Untuk mempromosikan sesuatu affiliate melalui blog langkah pertama yang anda harus lakukan ialah membina dahulu blog anda itu.Jika anda boleh membina sendiri maka anda disaran untuk membina blog anda sendiri kerana jika demikian anda sudah dapat mengurangkan kos mengupah orang membuat blog.Duit tersebut anda boleh gunakan untuk tujuan-tujuan lain seperti bayaran domain dan hosting serta promosi blog anda.

Namun jika anda tidak mempunyai kemahiran membuat blog sendiri maka mengupah orang lain adalah jalan yang disyorkan.Biasanya harga yang ditawarkan ialah antara RM50 hingga ke RM150 dan mungkin lebih,bergantung kepada ciri-ciri yang anda mahukan.

Langkah kedua pula ialah membuat pendaftaran program affiliate yang anda sertai.Terdapat program affiliate dalam dan luar negara.Terpulang pada anda untuk memilih yang mana satu idaman kalbu.(hehe)

Langkah ketiga pula ialah masanya untuk meletakkan link affiliate program yang anda sertai didalam blog anda.Biasanya terdapat alat promosi yang disediakan oleh penganjur program affiliate tersebut.Antara alat promosi yang disediakan ialah banner.Letakkan banner yang diberi didalam blog anda.Pilih tempat yang mudah dilihat dan diklik oleh pelawat blog anda.

Langkah keempat pula membuat ulasan tentang produk yang anda hendak jual didalam blog anda.Terangkan kelebihan produk tersebut,siapa penulis produk tersebut,berapakah harganya dan sebagainya.diakhir ulasan tersebut tinggalkan link affiliate produ tersebut supaya mudah pelawat anda pergi ke website tersebut

Langkah kelima pula ialah lakukan promosi blog anda supaya orang ramai datang ke blog anda.Terdapat promosi percuma dan berbayar.Jika boleh lakukan kedua-duanya.Lebih banyak promosi yang anda lakukan lebih cerah peluang anda untuk membuat jualan.Promosi yang anda lakukan mestilah berterusan supaya dapat mendatangkan hasil dalam masa yang ditetapkan oleh anda.

Beli dari link affiliate saya,dapat hadiah.Lihat senarai produk disini.

Lihat senarai semua artikel

July 12, 2008

Program affiliate bukan skim cepat kaya.

Filed under: Affliate program - 12 Jul 2008

Adakah program affiliate adalah program skim cepat kaya?Persoalan ini mungkin pernah terlintas difikiran anda suatu masa dahulu tetapi itupun sebelum anda mengenali apa itu program affiliate dan menyertainya.

Bagi mereka yang berhati-hati,pastinya persoalan ini adalah perkara pertama yang terlintas difikiran sebelum mengenali apa itu program affiliate.Tetapi bagi mereka yang telah menyertai mana program affiliate,jawapan yang bakal diterima ialah program affiliate bukan satu skim cepat kaya.Berikut adalah serba sedikit penjelasan mengenai apa itu program affiliate.

“Affiliate program –juga dikenali sebagai Associate Program,ianya adalah satu bentuk pemasaran online antara yang paling popular diinternet.Melalui program affiliate,ahli akan diberikan satu website duplicate yang sama dengan website jualan asal dan mana-mana ahli yang dapat menjual produk melalui website yang diberikan akan dibayar sejumlah komisen yang dipersetujui.

Ini bermakna ahli harus membuat jualan jika ingin mendapatkan komisen.Jika anda memahami dengan betul makna ini maka anda akan nampak bahawa program affiliate adalah sama seperti perniagaan biasa dan tidak ada unsur cepat kaya disitu”

Apa pula itu skim cepat kaya atau skim piramid?

Untuk pengetahuan anda tiada satu definisi yang boleh menggambarkan apa itu skim cepat kaya tetapi anda boleh mengenali sesuatu itu adalah skim cepat dengan ciri-ciri berikut.

Ciri-ciri Skim Piramid menurut KPDNHEP adalah seperi berikut:

- Menetapkan bilangan penajaan seperti ganjaran atau bonus dibayar berdasarkan kepada penajaan ahli yang ditetapkan, bukannya berdasarkan jumlah jualan yang dibuat.
- Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.
- Skim latihan dan ceramah yang dianjurkan tidak menekan kepada kualiti produk atau cara memasarkan produk, tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk menarik masuk peserta baru dalam skim.
- Harga barangan atau perkhidmatan adalah lebih tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan atau perkhidmatan tersebut.

Tips mengelak dari tertipu.

Untuk mengelak dari tertipu(bukan tipah tertipu) maka ilmu dan pengetahuan adalah perkara penting yang perlu anda ada sebagai benteng terakhir.Berikut adalah tip-tip untuk mengelak dari ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

1)Buat pemeriksaan sama ada syarikat itu mempunyai lesen sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan. (SSM,Akta jualan langsung dan sebagainya)

2)Rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan syarikat (jualan langsung) memiliki lesen yang sah.

3)Meneliti pelan pemasaran syarikat dan buat rujukan dengan Unit Jualan Langsung, KPDNHEP mengenai kesahihan pelan yang dikemukakan.

Kesimpulnnya

Skim cepat kaya adalah skim yang tidak memerlukan kita berusaha untuk menjadi kaya.Ini adalah salah dari segi peraturan alam ciptaan Tuhan kerana jika hendak Berjaya kita hendaklah berusaha dan peganglah …

July 8, 2008

Rahsia mendapatkan 10k sebulan dari internet

Filed under: Ulasan E-Book Terbaru - 08 Jul 2008

Team Flarebiz telah melancarkan produk terbaru mereka yang bertajuk “Pakej Lengkap Rahsia 10K” yang ditulis oleh mereka sendiri bertujuan untuk membongkarkan mengenai “blueprint” untuk mendapatkan RM10K sebulan.

July 7, 2008

Berita Terkini:Program Affiliate Rahsia 10k kini dibuka!!!

Filed under: Affliate program - 07 Jul 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah berita mengenai program affiliate yang baru saya terima melalui email hari ini.Ianya adalah berkaitan program affiliate Rahsai 10k yang kini telah dibuka kepada orang ramai.Jadi sesiapa saja boleh buat duit sekarang melalui program affiliate Rahsia 10k ini.

Buat pengetahuan anda produk Rahsia 10k adalah antara produk ebook yang sedang ‘panas’ dipasaran Malaysia pada ketika ini dan saya yakin jualan akan sentiasa berlaku dari masa ke semasa.Justeru jika anda menyertai program affiliate ini peluang untuk anda buat duit dengan program affiliate ini adalah cerah.

Kenapa anda perlu menyertai affiliate Rahsia 10k ini?

Penyertaan adalah Percuma

Anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyertai program affiliate ini,Oleh itu jika anda tidak dapat membuat jualan anda tidak akan rugi apa-apa.

Produk ini adalah produk yang ‘panas’dipasaran.

Ya, produk ini agak senang untuk dijual..Saya pasti anda tidak akan
kecewa jika anda menjual produk ini.Tidak salah kalau mencuba bukan?

Produk terbaik dari Team Flarebiz

Produk Pakej Rahsia 10K saya rasa adalah produk terbaik dari mereka
setakat ini. Anda boleh melihat testimonialnya di MajalahIM.com.

Komisen yang tinggi

Komisyen jualan adalah agak tinggi juga bagi program affiliate
tempatan. RM30 per sales. Hanya letakkan banner anda di blog dan
jana wang!

dan banyak lagi!

Untuk maklumat lanjut anda boleh melawat melawat blog mereka.

Beli dari link affiliate saya,dapat hadiah.Lihat senarai produk disini.

Lihat senarai semua artikel

July 3, 2008

Program affiliate akan terus berkembang

Filed under: Affliate program - 03 Jul 2008

Program affiliate adalah salah satu sumber pendapatan dari internet.Justeru jika anda memandang program affiliate sebagai satu peluang perniagaan maka anda telah nampak potensi tersembunyi program affiliate.Program affiliate mempunyai potensi yang besar sebagai sumber pendapatan dari internet.Antara sebabnya:

« Previous PageNext Page »