Category: Artikel

June 20, 2008

Rancangan perniagaan dan kepentingannya.

Filed under: Artikel - 20 Jun 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa itu Rancangan Perniagaan?

Ia adalah satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.Selain itu ia juga merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

June 3, 2008

Buat duit secara online bukan lagi perkara mustahil!!!

Filed under: Artikel - 03 Jun 2008

Buat duit secara online bukan lagi satu perkara mmustahil pada masa ini kerana telah terdapat program buat duit secara online diinternet yang anda boleh joint tanpa perlu membayar yuran pendaftaran sama ada secara bulanan atau tahunan-ianya percuma.Peluang ini adalah satu peluang yang tidak diperolehi oleh orang-orang sebelum kita kerana peluang ini belum muncul pada masa itu.Namun peluang ini telah muncul pada zaman kita waktu ini dan kita patut bersyukur pada Tuhan.

May 30, 2008

‘Pantang Larang’ Dalam Google Adsense.

Filed under: Artikel - 30 May 2008

Anda perlu mengetahui bahawa didalam google adsense terdapat ‘pantang larang’ yang tertentu yang harus difahami oleh anda.Pantang larang ini harus difahami oleh anda agar anda tidak tersilap langkah dan seterusnya membuatkan anda menyesal teramat sangat.

May 29, 2008

Dibayar Apabila Ada Orang Klik Pada Iklan Anda

Filed under: Artikel - 29 May 2008

Untuk pengetahuan anda google akan membuat bayaran kepada anda menggunakan cek apabila akaun anda mencapai atau mencecah 100 dollar.Apabila mencecah jumlah tersebut syarikat google akan menghantar cek tersebut ke rumah anda.Saya pasti cek pertama yang akan anda terima kelak akan meningkatkan tahap motivasi dan semangat anda untuk berusaha lebih keras untuk mencapai sasaran anda.Adalah bukan suatu yang mustahil untuk mendapatkan lebih dari $1000 melalui program ini kerana telah ramai yang telah melakukannya.Apa yang perlu anda lakukan ialah bekerja keras selain perlu konsisten.

May 28, 2008

Google Hanya Menerima Blog/Website Berbahasa Inggeris

Filed under: Artikel - 28 May 2008

Google hanya membenarkan mereka yang mempunyai blog atau website berbahasa inggeris sahaja menyertai program google adsense mereka.Setakat ini google belum -menerima mana-mana blog berbahasa melayu untuk diletakkan google adsense didalamnya.Tetapi pada masa depan siapa yang tahu.Mungkin salah satu sebab mereka masih belum menerima blog atau website berbahasa melayu kerana iklan google adwords dalam bahasa melayu masih kurang.

May 27, 2008

Google Adsense Menerima Penyertaan Dari Malaysia

Filed under: Artikel - 27 May 2008

Google menerima penyertaan dari seluruh dunia untuk turut serta menyertai program google adsense ini.Penyertaan ini termasuklah terbuka kepada semua rakyat di Malaysia.

Penerimaan penyertaan dari seluruh dunia termasuk Malaysia boleh dianggap satu peluang besar kepada rakyat dinegara kita.Jadi saya berharap anda dapat menggunakan peluang yang diberikan oleh google ini dengan sebaik-baiknya untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan daripada google adsense.

May 26, 2008

Peluang Buat Duit Dengan Google Adsense

Filed under: Artikel - 26 May 2008

Mahukah anda saya ceritakan satu cara buat duit tanpa memerlukan modal menyertainya?Saya yakin jawapan anda pasti ya kerana saya yakin dan pasti anda sedang mencari cara menambahkan pendapatan sedia ada anda.Anda ingin berniaga tapi tak cukup modal atau tiada masa kerana sibuk dengan urusan kerja.Apa kata saya ceritakan kepada anda satu cara bagaimana anda boleh menambahkan pendapatan bulanan anda tanpa mengeluarkan modal untuk menyertainya.Malah anda tidak perlu keluar rumah dan hanya perlu melakukannya dari rumah secara sambilan.

May 16, 2008

AWAS!!!Mereka akan muncul.SIAPA MEREKA?

Filed under: Artikel - 16 May 2008

Saya ingin mengulas keratan akhbar sebuah akhbar tempatan iaitu Utusan Malaysia bertarikh 14 Mei 2008 mengenai surat pembaca yang berkaitan desas desus cadangan pengajian blog akan diwujudkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).Jika benar perkara ini menjadi kenyataan maka AWAS!!!, anda harus bersedia dari sekarang untuk menghadapi persaingan yang hebat dari graduan-graduan yang bakal lahir daripada pengajian itu kelak.

Oleh kerana blog saya ini adalah mengenai bisnes dan keusahawanan maka saya akan membincangkan perkara ini dari perspektif bisnes sahaja walaupun apa yang disentuh dalam akhbar itu lebih merujuk kepada blogger politik dan pendidikan.

May 12, 2008

Blog Bukan Hanya Untuk Isu Politik

Filed under: Artikel - 12 May 2008

Salam Sejahtera,

Post hari ini adalah sambungan dari artikel semalam iaitu berkaitan isu blog yang masih ‘panas’ pada ketika ini.Berikut ialah sambungan dari artikel semalam.

Sebenarnya banyak lagi isu-isu yang dibincangkan dalam blog contohnya yang popular blog mengenai bisnes tidak kira lah sama ada bisnes internet atau bukan internet,blog mengenai kewangan,blog mengenai catatan harian(ala-ala diari),blog mengenai hobi seperti hobi mengumpul anak patung,barang-barang permainan seperti tranformers,batman,spiderman dan sebagainya.

Namun ramai telah membuat tanggapan yang salah kerana menganggap blog hanya untuk membincangkan isu politik.Anda boleh search diinternet dan pasti akan terjumpa dengan blog-blog yang membincangkan perkara-perkara berbeza antara satu blog dengan blog yang lain.

May 11, 2008

Rancangan Blog Di RTM 1(Terhangat dipasaran?)

Filed under: Artikel - 11 May 2008

Pada hari Isnin 21 April 2008 terdapat sebuah rancangan perbincangan baru di RTM 1 khusus membincangkan mengenai isu blog.Isu blog kian menjadi kian ‘panas’ setelah tamatnya pilihanraya ke-12 lalu.Ramai pihak mula membuka mata kepada apa yang mereka namakan sebagai media alternatif ini.

Media Alternative bermaksud media pilihan lain selain media arus perdana yang ada dipasaran sekarang.Topik ini sangat menarik perhatian ramai namun bukan isu politik yang ingin saya bincangkan disini tapi saya sekadar ingin mengulas tentang apa yang dibincangkan pada malam itu mengikut kacamata seorang blogger.

Next Page »