Rancangan perniagaan dan kepentingannya.
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa itu Rancangan Perniagaan?
Ia adalah satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.Selain itu ia juga merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.
Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan?. Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.
Kepentingan Rancangan Perniagaan
Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:
1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.
2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.
3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.
4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.
5. Rancangan perniagaan juga merupakan dokumen yang boleh digunakan untuk mengawal kegiatan perniagaan. Ini dapat membantu usahawan membandingkan pencapaian sebenar dengan apa yang telah dirancang sebelum ini. Ramai usahawan berasa ragu atau enggan menyediakan rancangan perniagaan kerana beranggapan ianya satu kerja rumit dan remeh, dan beranggapan perniagaan atau projek boleh terus dijalankan tanpa perlu didokumenkan. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk merujuk semula rancangan perniagaan yang ditulis secara teratur (walaupun ringkas) berbanding ‘perancangan’ yang bergantung kepada daya ingatan semata-mata.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari disini.
Beli dari link affiliate saya,dapat hadiah.Lihat senarai produk disini.









No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.