Promosi produk affiliate melalui blog
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Produk affiliate yang anda sertai memerlukan cara promosi yang berkesan untuk membolehkan anda membuat jualan.Terdapat banyak cara promosi yang dilakukan dan salah satunya ialah promosi melalui blog.
Blog semakin popular dewasa ini dan promosi melalui blog adalah salah satu cara untuk meningkatkan jualan produk affiliate yang anda sertai.
Untuk mempromosikan sesuatu affiliate melalui blog langkah pertama yang anda harus lakukan ialah membina dahulu blog anda itu.Jika anda boleh membina sendiri maka anda disaran untuk membina blog anda sendiri kerana jika demikian anda sudah dapat mengurangkan kos mengupah orang membuat blog.Duit tersebut anda boleh gunakan untuk tujuan-tujuan lain seperti bayaran domain dan hosting serta promosi blog anda.
Namun jika anda tidak mempunyai kemahiran membuat blog sendiri maka mengupah orang lain adalah jalan yang disyorkan.Biasanya harga yang ditawarkan ialah antara RM50 hingga ke RM150 dan mungkin lebih,bergantung kepada ciri-ciri yang anda mahukan.
Langkah kedua pula ialah membuat pendaftaran program affiliate yang anda sertai.Terdapat program affiliate dalam dan luar negara.Terpulang pada anda untuk memilih yang mana satu idaman kalbu.(hehe)
Langkah ketiga pula ialah masanya untuk meletakkan link affiliate program yang anda sertai didalam blog anda.Biasanya terdapat alat promosi yang disediakan oleh penganjur program affiliate tersebut.Antara alat promosi yang disediakan ialah banner.Letakkan banner yang diberi didalam blog anda.Pilih tempat yang mudah dilihat dan diklik oleh pelawat blog anda.
Langkah keempat pula membuat ulasan tentang produk yang anda hendak jual didalam blog anda.Terangkan kelebihan produk tersebut,siapa penulis produk tersebut,berapakah harganya dan sebagainya.diakhir ulasan tersebut tinggalkan link affiliate produ tersebut supaya mudah pelawat anda pergi ke website tersebut
Langkah kelima pula ialah lakukan promosi blog anda supaya orang ramai datang ke blog anda.Terdapat promosi percuma dan berbayar.Jika boleh lakukan kedua-duanya.Lebih banyak promosi yang anda lakukan lebih cerah peluang anda untuk membuat jualan.Promosi yang anda lakukan mestilah berterusan supaya dapat mendatangkan hasil dalam masa yang ditetapkan oleh anda.
Beli dari link affiliate saya,dapat hadiah.Lihat senarai produk disini.









No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.