Program affiliate bukan skim cepat kaya.
Jul 12th, 2008 | By amirulcyber2 | Category: Affliate programIf you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Adakah program affiliate adalah program skim cepat kaya?Persoalan ini mungkin pernah terlintas difikiran anda suatu masa dahulu tetapi itupun sebelum anda mengenali apa itu program affiliate dan menyertainya.
Bagi mereka yang berhati-hati,pastinya persoalan ini adalah perkara pertama yang terlintas difikiran sebelum mengenali apa itu program affiliate.Tetapi bagi mereka yang telah menyertai mana program affiliate,jawapan yang bakal diterima ialah program affiliate bukan satu skim cepat kaya.Berikut adalah serba sedikit penjelasan mengenai apa itu program affiliate.
“Affiliate program –juga dikenali sebagai Associate Program,ianya adalah satu bentuk pemasaran online antara yang paling popular diinternet.Melalui program affiliate,ahli akan diberikan satu website duplicate yang sama dengan website jualan asal dan mana-mana ahli yang dapat menjual produk melalui website yang diberikan akan dibayar sejumlah komisen yang dipersetujui.
Ini bermakna ahli harus membuat jualan jika ingin mendapatkan komisen.Jika anda memahami dengan betul makna ini maka anda akan nampak bahawa program affiliate adalah sama seperti perniagaan biasa dan tidak ada unsur cepat kaya disitu”
Apa pula itu skim cepat kaya atau skim piramid?
Untuk pengetahuan anda tiada satu definisi yang boleh menggambarkan apa itu skim cepat kaya tetapi anda boleh mengenali sesuatu itu adalah skim cepat dengan ciri-ciri berikut.
Ciri-ciri Skim Piramid menurut KPDNHEP adalah seperi berikut:
- Menetapkan bilangan penajaan seperti ganjaran atau bonus dibayar berdasarkan kepada penajaan ahli yang ditetapkan, bukannya berdasarkan jumlah jualan yang dibuat.
- Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.
- Skim latihan dan ceramah yang dianjurkan tidak menekan kepada kualiti produk atau cara memasarkan produk, tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk menarik masuk peserta baru dalam skim.
- Harga barangan atau perkhidmatan adalah lebih tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan atau perkhidmatan tersebut.
Tips mengelak dari tertipu.
Untuk mengelak dari tertipu(bukan tipah tertipu) maka ilmu dan pengetahuan adalah perkara penting yang perlu anda ada sebagai benteng terakhir.Berikut adalah tip-tip untuk mengelak dari ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
1)Buat pemeriksaan sama ada syarikat itu mempunyai lesen sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan. (SSM,Akta jualan langsung dan sebagainya)
2)Rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan syarikat (jualan langsung) memiliki lesen yang sah.
3)Meneliti pelan pemasaran syarikat dan buat rujukan dengan Unit Jualan Langsung, KPDNHEP mengenai kesahihan pelan yang dikemukakan.
Kesimpulnnya
Skim cepat kaya adalah skim yang tidak memerlukan kita berusaha untuk menjadi kaya.Ini adalah salah dari segi peraturan alam ciptaan Tuhan kerana jika hendak Berjaya kita hendaklah berusaha dan peganglah kata-kata Dr Irfan Khairi tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu kejayaan manakala program affiliate satu bentuk perniagaan era baru yang boleh dikatakan sebagai alternatif kepada bentuk perniagaan sedia ada.
Beli dari link affiliate saya,dapat hadiah.Lihat senarai produk disini.