Apa itu program affiliate?
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!
Setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza –beza dan setiap orang ada kelemahan dan kekuatan.Anda minat berniaga diinternet namun tidak tahu cara bagaimana anda harus menghasilkan produk anda sendiri.Anda juga tidak tahu bagaimana untuk menghantar produk yang ditempah kerana tidak mempunyai pengalaman mengenainya.
Selain itu anda juga tidak tahu bagaimana untuk memasang program affiliate pada surat jualan anda.Pendek kata anda tidak tahu semuanya.Namun walaupun anda tidak tahu semua perkara tadi anda masih boleh berniaga diinternet.Pelik?Bagaimana?Caranya ialah menjual produk orang lain atau dalam istilah lain menjual produk affiliate.
Melalui program affiliate anda tidak perlu susah-susah untuk memikirkan tentang cara-cara menghasil produk seperti menulis ebook,membuat surat jualan,mengupah orang orang membuat surat jualan untuk anda dan sebagainya.Ini adalah kerana semua perkara itu telah disediakan oleh pemilik produk tersebut.Apa yang perlu anda lakukan ialah menjual sahaja produk affiliate itu kepada orang ramai melalui link affiliate anda.Jika ada pembeli yang membeli dari link affiliate anda maka anda akan mendapat komisen dari hasil jualan tersebut.
Jika anda masih kurang faham biar saya terangkan dengan memberi contoh sebegini.Katakan anda ingin membuka kedai runcit.Kedai anda menjual barang keperluan harian seperti beras,ikan,sabun,sayur dan sebagainya.Namun adakah anda mencipta sendiri semua produk tersebut?Sudah tentu tidak bukan.Anda mendapatkannya dari orang lain bukan?Orang yang membekalkan kepada anda barang itu ialah supplier.Kenapa anda tidak menghasilkan sendiri produk yang anda hendak jual dikedai anda itu?Jawapan ialah kerana anda tidak mampu kerana tidak mempunyai masa,tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman dan sebgainya.Begitulah juga berniaga diinternet menjual produk affiliate samalah seperti menjual barang dikedai runcit tadi.
Ok,apa itu definisi program affiliate mengikut pemahaman orang-orang diinternet?Definisinya sama seperti contoh yang saya berikan diatas.Cuma dalam bentuk perkataan ianya adalah seperti berikut:
Ia adalah satu bentuk perniagaan dimana terdapat 3 pihak yang terlibat iaitu penjual,anda sebagai affiliate dan juga pembeli. Anda mempromosikan produk penjual tadi dengan membawa prospek ke laman web mereka. Apabila ada jualan terhasil, anda akan mendapat komisen.Mudah sahaja definisinya.
Ok,artikel ini sampai disini saja hari ini.Esok saya akan sambung lagi.Kalau panjang sangat artikel hari ini jenuh pulak anda nak membacanya.Hehe.Ok jumpa lagi.
Beli dari link affiliate saya,dapat hadiah.Lihat senarai produk disini.









No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.