September 24, 2009

Layan Futsal Di Hari Raya

Filed under: sukan - 24 Sep 2009

Tiba-tiba aku mendapat mesej dari seseorang yang mengajak aku bermain futsal.Misteri-misteri.Misterinya sebab no tu takde nama.No tu dah hilang.Setelah bertanya banyak soalan akhirnya aku pun bersetuju untuk main futsal pada malam itu iaitu malam raya ke-5.Rupa-rupanya dia ialah nizam messi-sepupu aku.Kitaorang main di gelanggang futsal diatas Pasaraya Bintang.Futsal di pasaraya bintang?Betul ker ni?Buat pengetahuan pembaca ini adalah kali pertama aku main futsal kat situ.Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu kat situ ade gelanggang futsal.kihkihkih.Biasa aku main kt pj jer.Gambar yang sempat aku ambil.Gambar sebelum permainan.Layan…

Jumpa lagi di post yang lain.Selamat hari raya!!!

September 23, 2009

Amirulcybermall Dilancarkan!!!!

Filed under: Pengumuman - 23 Sep 2009

Http://ac-mall.net

Selamat Hari Raya!!!!!

Filed under: Pengumuman - 23 Sep 2009

Kami di amirulcyber ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam tak kira sama ada di Malaysia atau seluruh dunia dan menyusun 10 jari memohon maaf jika ada silap dan salah.Selamat Hari Raya…

August 28, 2009

Jualan Wallet Wanita-GUCCI Embossed Black

Filed under: uncategorized - 28 Aug 2009

GUCCI Embossed Black

Jika anda sedang mencari wallet wanita untuk diri sendiri atau untuk diberikan kepada insan tersayang kami di amirulcyber ada menjualnya sempena hari raya yang bakal menjelang tiba.Nama bag tangan tersebut ialah

GUCCI Embossed Black

Untuk membeli sila ke ac-mall.net

August 18, 2009

John Chin Juara Pertandingan Bowling Underground JC

Filed under: Aktiviti Sana Sini - 18 Aug 2009

Jalan jammed semasa dalam perjalanan ke tempat pertandingan hampir-hampir menyebabkan aku terlambat sampai ke sana.Mungkinkah perkara ini yang menyebabkan aku tewas?Mungkin ia telah mengganggu tumpuan aku serba sedikit.hehehe.

Hadiah-hadiah yang bakal menanti pemenang.

Juara kategori lelaki

Naib juara kategori lelaki(kawan adik aku hehehe)

Juara kategori wanita

Naib juara kategori wanita

August 15, 2009

Pelawak terkenal Param meninggal dunia

Filed under: uncategorized - 15 Aug 2009

Selepas Jasmine Ahmad dan Ustaz Asri,pelakon dan pelawak veteran, Param, 55, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 10 pagi ini akibat serangan jantung.

Untuk pengetahuan semua mayat mendiang akan dibawa ke rumahnya di Jalan Rubi, Taman Setia, Gombak untuk penghormatan terakhir dan mendiang akan disemadikan Ahad ini di Hindu Crematorium, Cheras.

Param atau nama penuhnya P. Paramasivam pernah membintangi banyak filem dan antara filem lakonan mendiang termasuk ‘Si Luncai’ dan ‘Anak Tunggal’.

Kami di Amirulcyber.com mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

August 14, 2009

Bola itu bulat.Siapa-siapa pun boleh menang

Filed under: uncategorized - 14 Aug 2009

Maka esok bemula la bertandingan bowling underground JC di Summit USJ.Nantikan keputusannya dan update terbaru mengenai pertandingan ini disini.

Sedihnya..Ustaz Asri Dah Meninggal Dunia

Filed under: Fikrah, uncategorized - 14 Aug 2009

Untuk pengetahuan semua Ustaz Asri Ibrahim,40 iaitu ketua kumpulan nasyid Rabbani, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi akibat sakit jantung.

Allahyarham dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Mengenang kembali segala tutur katanya lemah lembut…keindahan nyanyiannya yang menusuk kalbu memuji tuhan…

Terigau-igau suarannya ketika melafazkan takbir raya…sesungguhnya beliau adalah idola yang tiada gantinya..Beliau sentiasa ikhlas dalam perjuangan untuk meluaskan syiar islam dalam lagu2 nasyid…
cekal ketika pernah disalah ertikan perjuangan menegakkan lagu2 dakwah mengikut muzik moden.

Paling menginsafkan adalah ketika suara beliau mengalunkan azan di kaca2 televisyen.

Paling hiba sahabatnya berkata sebelum beliau meninggal,beliau mencari Al Quran.
Inilah permata yang paling tulen dan suci yang telah pergi.

Kami krew di Amirulcyber.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-fatihah juga untuk Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada. Amin

August 13, 2009

Moga Ada Sesuatu Disebalik Video Ini

Filed under: Hiburan - 13 Aug 2009

Klik pada tajuk untuk menonton.

Selamat berhibur..

Serba Sedikit Info Mengenai Nisfu Sya’aban

Filed under: Fikrah, Pengalaman - 13 Aug 2009

Bulan Sya’aban hampir sampai ke penghujung namun saya berharap saya masih belum terlambat untuk berkongsi mengenai Nisfu Sya’aban dengan semua.

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama
yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb Sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1.  Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, malam ) Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2.  Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, malam)

i)  Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii)Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

Baca surah ikhlas 1000x
Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1.        Malam Dimustajabkan Doa
2.        Malam Pembahagian Takdir
3.        Malam Rahmat
4.        Malam Berkat
5.        Malam Pengampunan (Taubat)
6.        Malam Penebusan
7.        Malam Syafaat
8.        Malam Penulisan
9.        Malam Keagungan dan Kemuliaan
10.       Malam Rezeki
11.       Malam Hari Raya Para Malaikat
12.       Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

Next Page »