Category: Umum
December 25, 2009

1. Carpet Masters (Guam)
Rekod kelab ini : Perlawanan – 10, Menang – 0, Seri – 0, Kalah – 10, Jaringan – 2, Bolos – 55. Kempen kali ini mereka kalah 9-0, 10-0 dan 11-0.
2. Hong Lok (Macao)
Kelab ini hanya memperolehi satu mata dari 14 perlawanan dan dibolosi 54 gol termasuk kekalahan 0-10 di tempat sendiri kepada juara liga, Lam Pak.
3. Panthrakikos (Greece)
Menduduki tangga terakhir Liga Super Greek dengan memungut hanya dua mata dari 14 perlawanan, menjaringkan tujuh gol tetapi dibolosi 30 gol.
February 23, 2009




Pengurus Lapangan Terbang Manchester mengesahkan yang pihak mereka akan mengemukakan tuntutan insuran kepada bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo di atas kerosakan yang terjadi pada terowong milik lapangan terbang itu selepas dirempuh kereta Ferrari yang dipandu Ronaldo.
Pemain Portugal itu keluar dari keretanya tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku bulan lepas.
February 12, 2009


Ramai yang beranggapan seseorang pemain yang mencapai tahap tertinggi dalam permainannnya dan mempunyai jasa yang besar dalam arena bola sepak negara boleh digelar sebagai lagenda bola sepak. Seseorang yang banyak menyumbang kepada pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dan di peringkat tertinggi serta dikagumi kerana ketokohannya dalam memartabatkan bola sepak tanah air juga boleh digelar lagenda bola sepak.
Namun, tidak ramai yang tahu yang negara kita juga mempunyai seorang lagenda bola sepak dalam bidang kepengadilan iaitu seorang pengadil yang bukan sahaja hebat di Malaysia tetapi juga merupakan pengadil yang begitu dihormati dan dikagumi di peringkat antarabangsa.
Pada 3 Februari 2009 arena bola sepak tanah air menerima berita yang mengejutkan apabila seorang pengadil terkenal di negara kita iaitu Mohd Nazri Abdullah, 54, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Las Palmas, Pulau Canary, Sepanyol ketika bertugas sebagai penyelia Seminar Pengadil dan Pembantu Pengadil Piala Dunia 2010 Afrika Selatan setelah mengalami serangan sakit jantung.
January 9, 2009


Pemain sayap Manchester United, Cristiano Ronaldo tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kereta Ferrari yang dipandunya terbabas ketika dia dalam perjalanan ke tempat latihan pagi semalam.
Pemain Portugal berusia 23 tahun itu terbabas di terowong yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Manchester lebih kurang pada jam 10.20 pagi (waktu Manchester).
December 25, 2008


Pemain pertahanan Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Radzak mahu semua pihak menghentikan segala tohmahan dan cakap-cakap mengenai isu pernikahannya dengan artis tanah air, Rita Rudaini kerana dia menganggap isu itu sudah diselesaikannya bersama keluarganya.
Isu pernikahan Aidil dan Rita menjadi kontroversi kerana ia disembunyikan tanpa pengetahuan ahli keluarganya dan pihak media selama sepuluh bulan sehinggalah ia didedahkan oleh bapanya, Abdul Radzak Salleh baru-baru ini kepada pihak media.
December 18, 2008


Arena bola sepak tanah air menerima satu lagi kejutan selepas tersingkir dari saingan Piala Suzuki AFF ekoran kekalahan kepada Vietnam dan Thailand. Bagaimanapun, kejutan kali ini bukankah kejutan di atas padang tetapi berita sensasi tentang perkahwinan pemain pertahanan muda Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Radzak,21, dengan artis terkenal, Rita Rudaini Mokhtar,32.
December 13, 2008


Pemain sayap Tottenham Hotspur, Aaron Lennon berharap tempatnya dalam skuad England bimbingan Fabio Capello masih terbuka.
Lennon disenaraikan dalam skuad England yang menyertai pusingan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman di mana dia diturunkan dalam tiga perlawanan. Bagaimanapun, kali terakhir dia membuat penampilan bersama England adalah kira-kira 18 bulan lalu ketika England menentang Andorra dalam perlawanan yang menyaksikan pasukan England diejek oleh para penyokongnya sendiri.
December 8, 2008

Hari ini, 10 Zulhijjah 1429, umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha yang juga dikenali dengan Hari Raya Korban. Walaupun sambutannya tidak semeriah sambutan Hari Raya Aidil Fitri, ia tetap menjadi medan sanak saudara dan rakan taulan beramah mesra.
Pada ketika umat Islam di Malaysia mengadakan ibadah korban, pemain-pemain bola sepak negara kita pula terpaksa berkorban meninggalkan tanah air, dan yang paling memilukan meninggalkan keluarga di Malaysia kerana berada di Phuket menjalankan tugasan negara.
October 1, 2008
September 5, 2008


Robinho yang membuat keputusan mengejut berpindah ke Manchester City di saat-saat akhir sebelum pintu perpindahan pemain ditutup, menerima kritikan terbuka dari lagenda bola sepak dunia, Pele. Pele menganggap Robinho sebagai pemain yang perlu menerima sesi kaunseling yang serius atas keputusannya tergesa-gesa berpindah ke Manchester City.
Pele juga melemparkan kecaman dengan mengatakan Robinho mendapat nasihat yang salah dari orang-orang yang rapat dengannya sehingga dia menganggap keputusan berhijrah ke kelab EPL itu sebagai keputusan yang tepat.

Pasukan Malaysia meningkat satu anak tangga dari kedudukan ke-162 ke kedudukan 161 dalam senarai terbaru ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari Rabu lalu. Bagaimanapun, kedudukan ini masih dikira rendah berdasarkan kedudukan jiran tetangga Malaysia yang menduduki tangga yang lebih baik dalam senarai tersebut.
September 3, 2008

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus menjadi sasaran kritikan badan gabungannya sendiri berikutan beberapa keputusan meragukan yang dibuat oleh FAM kebelakangan ini. FAM di bawah pengurusan baru dikatakan sering berubah-ubah ketika membuat keputusan membuatkan persatuan-persatuan negeri tidak berpuas hati dengannya.
September 1, 2008
August 31, 2008
August 30, 2008
August 27, 2008


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama 100 Plus telah menganjurkan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dengan tujuan untuk mengiktiraf sumbangan pemain-pemain bola sepak di negara ini kepada kemajuan bola sepak tanah air.
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian peminat menerusi laman web rasmi FAM di www.fam.org.my. Undian ini telah bermula pada bulan Julai lalu dan penyampaian anugerah telah diadakan pada 23 Ogos 2008 yang lalu.
August 26, 2008


Setelah tiga minggu para atlit berjuang untuk merebut pingat-pingat yang dipertandingkan, Sukan Olimpik Beijing kini sudah sampai ke penghujungnya. Suka-duka para atlit memerah …
August 23, 2008
August 21, 2008
August 18, 2008
August 1, 2008

Suasana bola sepak Malaysia yang menerima kunjungan skuad Chelsea baru-baru ini begitu ceria. Masakan tidak, tentangan sengit yang berjaya dijelmakan skuad negara sedikit sebanyak membuka mata banyak pihak bahawa bola sepak di Malaysia masih bernafas …
July 25, 2008

Sejak Syarikat Sony memperkenalkan alat permainan elektronik Playstation, dunia bagai mengalami demam Playstation. Ia menjadi kegilaan terbaru kepada manusia di seluruh dunia malah rakyat negara kita juga tidak terkecuali. Kemudian, Sony memperkenalkan Playstation 2 dan …
July 24, 2008

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu bengkel perbincangan yang dinamakan sesi percambahan fikiran. Bengkel ini telah diadakan di sebuah hotel di Shah Alam selama dua hari iaitu pada 21 dan …
July 17, 2008


Kelmarin negara kita digemparkan dengan pulangnya seorang tokoh bola sepak yang tiada tolok bandingnya ke rahmatullah. Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.00 petang di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Allahyarham rebah selepas mengalami serangan sakit jantung ketika berada di Istana Anak Bukit.
July 16, 2008

16 JULAI – Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil yang merupakan bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pukul 3.00 petang semalam. Pemergiannya amat mengejutkan …
Next Page »
|