IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Skuad Uzbekistan

November 19, 2009

Kelayakan Piala Asia – Uzbekistan Layak Ke Qatar, Malaysia Tersungkur Lagi.

Uzbekistan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2011 apabila mengekalkan rekod kemenangan 100% mereka dalam saingan Kumpulan C selepas menewaskan Malaysia 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil petang semalam.

Anvar Gafurov dan Bakhodir Nasimov menjaringkan gol buat Uzbekistan pada setiap babak sebelum Badrol Bakhtiar membalas dengan satu gol buat Malaysia ketika permainan berbaki 20 minit.

November 18, 2009

Kelayakan Piala Asia – Malaysia vs Uzbekistan.

Malaysia dijadualkan bertemu dengan Uzbekistan dalam saingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 5.30 petang hari ini.

Ini adalah perlawanan ketiga buat Malaysia selepas pertemuan menentang Uzbekistan di tempat lawan pada 14 November lalu di mana Malaysia tewas 1-3 dalam perlawanan itu. Malaysia turut tewas 0-5 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan pertama di Cheras.

November 15, 2009

Kelayakan Piala Asia – Malaysia Tewas Mudah Kepada Uzbekistan.

Uzbekistan meletakkan kedudukan mereka dalam laluan selesa ke pusingan akhir Piala Asia 2011 selepas dua gol jaringan Alexander Geynrikh membantu pasukan Asia Tengah itu menang 3-1 ke atas Malaysia di Tashkent semalam.

Terikat tanpa jaringan pada babak pertama, pasukan tuan rumah berada di depan sebaik babak kedua bermula menerusi jaringan Server Djeparov sebelum Geynrikh meledakkan dua gol lagi pada minit ke-57 dan 65 untuk Uzbekistan selesa di depan.

October 16, 2008

Australia Hebat, Jepun-Uzbekistan Terikat.

Brett Emerton dua kali menggegar gawang lawan untuk membantu kemenangan besar 4-0 Australia ke atas Qatar dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 Kumpulan 1 zon Asia di Brisbane semalam. Emerton juga adalah pemain yang menjaringkan dua gol sewaktu Australia menewaskan lawan yang sama 3-1 ketika pusingan awal kelayakan Piala Dunia 2010 sebelum ini. Tim Cahill dan Josh Kennedy menambah derita Qatar dengan menjaringkan dua gol lagi.

October 15, 2008

Korea Menang Pada Aksi Persahabatan.

Korea Selatan mempamerkan aksi kemas untuk mengalahkan Uzbekistan 3-0 dalam perlawanan persahabatan di Seoul Isnin lalu. Perlawanan itu diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Asia hari ini.

Pemain gantian, Lee Keun-ho menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan selesa Korea itu. Pemain tengah, Ki Sung-yueng memberikan gol pendahuluan buat Korea menerusi gol awal pada minit ke-3. Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Keun-ho menambah gol kedua Korea menerusi jaringan pada minit ke-72 sebelum mengukuhkan kedudukan dengan gol ketiga pada minit ke-85.

October 14, 2008

Tuan Rumah Tersingkir Dari Kejohanan U-16 AFC.

Pasukan tuan rumah, Uzbekistan akhirnya tersingkir dari Kejohanan Bawah 16 Tahun AFC apabila tewas kepada Republik Korea 0-3 di peringkat suku akhir di Stadium Pakhtakur kelmarin. Kim Dong-jin memberikan gol pendahuluan buat juara 2002 itu hanya menerusi serangan pertama selepas wisel permulaan ditiup. Kedudukan segera berganda pada minit ke-11 menerusi Son Heung-min yang berjaya melepasi perangkap ofsaid pemain Uzbekistan. Ketika permainan berbaki 17 minit, Lee Chang melakukan gerakan solo sebelum membuat rembatan leret yang menerjah ke jaring lawan untuk memberikan kemenangan mutlak 3-0 Korea ke atas Uzbekistan.

September 12, 2008

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2010 Asia.

Arab Saudi mengutip tiga mata berharga apabila menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Abu Dhabi semalam. Bagaimanapun, UAE terlebih dahulu di depan apabila menjaringkan gol menerusi Subait Khater pada minit ke-23 bagi membolehkan UAE mendahului 1-0 pada babak pertama. Arab Saudi kembali bersaing apabila mendapatkan gol penyamaan pada babk kedua. Abdoh Autef merembat kencang dari jarak 25 ela mengelirukan penjaga gol UAE, Majed Naser selepas terkena pemain pertahanan, Rashid Abdulrehman.

September 7, 2008

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2010 Asia.

Qatar melakar kemenangan selesa apabila menumpaskan Uzbekistan 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 benua Asia yang berlangsung di Doha. Pasukan tuan rumah mendahului Uzbekistan 1-0 pada minit ke-37 hasil jaringan pemain tengah Majdi Siddiq. Qatar menggandakan kedudukan kepada 2-0 pada babak kedua menerusi penyerangnya, Majed Mohammed pada minit ke-73. Empat minit sebelum tamat perlawanan, Qatar mengganas lagi dengan gol ketiga menerusi Talal Al Balushi sekaligus memberikan kemenangan 3-0 Qatar ke atas Uzbekistan.