IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Skuad Sepanyol

March 5, 2010

Sepanyol Bukti Kehebatan Atasi Perancis.

<!– /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>

Sepanyol menunjukkan bukti mengapa mereka layak dicanang sebagai pasukan pilihan semasa Piala Dunia 2010 nanti selepas mengenepikan Perancis 2-0 dalam satu aksi persahabatan di Paris semalam untuk meneruskan prestasi cemerlang mereka.

Juara Euro 2008 itu sememangnya berhak mengecapi kemenangan pertama ke atas jirannya di sebelah utara itu sejak 1968, terima kasih kepada gol babak pertama oleh David Villa dan Sergio Ramos.

October 31, 2009

Sepanyol Kuasai Pencalonan Pemain Terbaik Dunia 2009.

Penyandang gelaran Pemain Terbaik Tahunan FIFA, Cristiano Ronaldo sekali lagi berada dalam senarai pendek 23 pemain untuk anugerah pemain tahun ini, turut disenarai pemain pilihan, Lionel Messi, tetapi juara Euro ’08, Sepanyol mendominasi pencalonan anugerah tersebut.

Ronaldo mengetuai senarai pemain berbakat dunia yang akan diundi dalam satu majlis khas di Zurich pada 21 Disember, yang juga menyaksikan Messi dianggap sebagai calon pilihan untuk menyandang gelaran itu.

September 11, 2009

Kelayakan Piala Dunia – Sepanyol Tempah Tempat Ke Piala Dunia Dengan Bergaya.

Sepanyol mengesahkan tempatnya ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan apabila menundukkan Estonia 3-0 di Merida hasil gol-gol jaringan Cesc Fabregas, Santi Cazorla dan Juan Manuel Mata.

Dengan Bosnia-Herzegovina terikat 1-1 dengan Turki dalam satu lagi perlawanan, kemenangan Sepanyol itu sudah cukup meletakkan mereka selaku juara Kumpulan 5 zon Eropah.

September 7, 2009

Kelayakan Piala Dunia – Sepanyol Mudah Belasah Belgium Hasil Kecemerlangan Dua David.

Sepanyol meneruskan prestasi cemerlang dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 apabila mudah membelasah Belgium 5-0 di Bernabeu sekaligus melebarkan rekod kemenangan mereka kepada tujuh perlawanan dari tujuh perlawanan Kumpulan 5 zon Eropah.

Bagaimanapun, Sepanyol belum mampu mengesahkan tempat mereka ke saingan sebenar Piala Dunia tahun depan apabila pasukan di tangga kedua, Bosnia-Herzegovina turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Armenia dalam perlawanan terdahulu, menyaksikan juara Eropah itu hanya akan memastikan tempatnya dengan memungut enam mata lagi dari baki tiga perlawanan kumpulan itu.

Penyerang kembar Valencia, David Villa dan David Silva kedua-duanya menghasilkan dua jaringan setiap seorang manakala satu gol lagi dihasilkan oleh Gerard Pique. Villa turut terlepas peluang menjaringkan gol apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23 pada ketika perlawanan masih terikat tanpa jaringan.

June 30, 2009

Video Pilihan - Sepanyol 3 vs Afrika Selatan 2 (Tempat 3/4 Piala Konfederasi FIFA 2009).

Sepanyol menebus kehampaan gagal ke perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila berjaya menduduki tempat ketiga selepas berhempas pulas menundukkan Afrika Selatan 3-2 pada masa tambahan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat hari Ahad lalu.

Sepanyol yang tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat dalam saingan di separuh akhir, ketinggalan pada minit ke-73 hasil jaringan penyerang Afrika, Katlego Mphela sebelum Daniel Guiza menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit (minit ke-87 dan 88) untuk memberikan juara Eropah itu kelebihan untuk memenangi perlawanan itu.

June 29, 2009

Piala Konfederasi – Sepanyol Kekang Afrika Untuk Rebut Tempat Ketiga.

Sepakan percuma Xavi Alonso pada masa tambahan membolehkan Sepanyol mengenepikan cabaran sengit Afrika Selatan dengan mencatat kemenangan tipis 3-2 sekaligus memberikan juara Eropah itu tempat ketiga dalam Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009.

Sepanyol, yang rekod tanpa kalahnya sebanyak 35 perlawanan lebur selepas kecundang kepada Amerika Syarikat pada perlawanan separuh akhir, kelihatan masih gagal melupakan kejutan yang diterimanya itu dan kelihatan akan mencatat satu lagi kekalahan apabila Katlego Mphela meletakkan Afrika di depan pada minit ke-73.

June 25, 2009

Piala Konfederasi – Harapan Berkubur, Akhirnya Sepanyol Tersungkur.

Amerika Syarikat melakukan kejutan terbesar apabila layak ke perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 selepas mengecewakan juara Eropah, Sepanyol 2-0 dalam saingan peringkat separuh akhir di Afrika Selatan semalam.

Lebih sensasi, Amerika adalah pasukan yang hampir terkeluar dari saingan kejohanan ini dan sudahpun bersedia untuk pulang ekoran persembahan hambar dalam dua perlawanan awal.

June 21, 2009

Piala Konfederasi – Sepanyol Catat Rekod Dunia, Afrika Turut Layak Ke Separuh Akhir.

Sepanyol memecahkan rekod dunia dengan mencatat kemenangan ke-15 berturut-turut selepas mengalahkan Afrika Selatan 2-0 dalam saingan Kumpulan A Piala Konfederasi FIFA 2009 semalam.

Gol dari David Villa dan Fernando Llorente membolehkan Sepanyol melepasi Brazil, Australia dan Perancis di samping menyamai tahap pasukan Brazil dengan rekod tanpa kalah sebanyak 35 perlawanan.

June 18, 2009

Piala Konfederasi – Sekadar Menang Tipis, Sepanyol Tempah Tempat Ke Separuh Akhir.

Juara Eropah, Sepanyol menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila menang tipis 1-0 ke atas juara Asia, Iraq di Afrika Selatan semalam.

Kemenangan itu membolehkan Sepanyol meneruskan catatan tanpa kalah dalam 34 perlawanan dan hanya kurang satu perlawanan dari rekod dunia catatan Brazil yang berjumlah 35 perlawanan tanpa kalah.

Gol tandukan kencang David Villa pada minit ke-55 meletakkan penyerang itu di tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak dalam sejarah Sepanyol dengan 30 gol, 14 gol di belakang rekod milik Raul sebanyak 44 gol.

June 16, 2009

Piala Konfederasi – Sepanyol Mulakan Kejohanan Dengan Cemerlang.

Sepanyol memanjangkan rekod tanpa kalahnya kepada 33 perlawanan dengan bergaya apabila mudah menundukkan New Zealand 5-0 dalam perlawanan pembukaan Piala Konfederasi FIFA 2009 di Rustenburg, Afrika Selatan semalam.

Turun selaku juara Oceania, New Zealand ternyata bukan lawan setanding buat juara Eropah itu yang telahpun berkedudukan 4-0 dalam tempoh 24 minit pertama perlawanan dengan penyerang Liverpool, Fernando Torres meledakkan hatrik.

March 16, 2009

Ranking Terbaru FIFA – Sepanyol Kekal Pasukan Nombor Satu Dunia, Malaysia Masih Ditakuk Lama.

Mengekalkan kedudukan di tangga teratas ranking terbaru (11 Mac) Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepanyol selesa dengan kelebihan 300 mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Jerman. Selepas tergelincir dari senarai sepuluh pasukan terbaik dunia pada bulan Disember 2008, Portugal kembali menduduki tangga kesepuluh (naik dua anak tangga) menolak Turki ke tangga kesebelas manakala Rusia berjaya mendaki satu anak tangga ke tempat kelapan.

Dalam kelompok 50 pasukan terbaik dunia, 27 adalah dari negara Eropah, lapan dari benua Afrika, tujuh dari Amerika Selatan, empat dari Amerika Utara dan empat lagi dari negara Asia.

February 13, 2009

Gembira Buat Sepanyol Dan Beckham, Duka Buat England.

David Beckham memahat namanya dalam sejarah bola sepak England pada malam England diberi peringatan yang masih banyak yang perlu diperbaiki mereka oleh juara EURO’08, Sepanyol.

Sepanyol membuktikan kehebatannya apabila mudah menundukkan England 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Seville.

Penampilan Beckham sebagai pemain gantian pada babak kedua membolehkan dia menyamai rekod Bobby Moore yang mewakili England sebanyak 108 kali.

December 23, 2008

Ranking Dunia – Sepanyol Terus Ungguli Kedudukan Teratas, Malaysia Jatuh Lima Anak Tangga.

Pasukan Sepanyol kekal sebagai pasukan terbaik dunia bagi tahun 2008 apabila kedudukan terbaru ranking dunia yang dikeluarkan oleh FIFA menyaksikan juara EURO’08 itu masih unggul di tangga teratas dengan memungut 1663 mata.

Jerman pula mengekalkan kedudukannya selaku pasukan kedua terbaik dunia pada masa ini manakala Belanda meningkat setangga ke tangga ketiga dan menyingkirkan Itali ke tangga keempat.

November 21, 2008

Chile Gagal Beri Cabaran Kepada Sepanyol.

David Villa, Fernando Torres dan Santi Cazorla menjaringkan gol untuk membantu Sepanyol menewaskan Chile 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium El Madrigal, Villareal kelmarin.

Villa memberikan Sepanyol gol pendahuluan menerusi sepakan penalti sebelum gol pada babak kedua menerusi Torres yang menggantikan penyerang Valencia itu dan Cazorla memastikan kemenangan juara EURO’08 dengan gol ketiga sekaligus memanjangkan rekod tanpa kalah Sepanyol kepada 28 perlawanan.

October 20, 2008

Brazil Jaguh Futsal Piala Dunia 2008.

Pasukan tuan rumah, Brazil menepati ramalan awal apabila menjuarai Kejohanan Futsal Piala Dunia 2008 apabila menewaskan Sepanyol menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan permainan tamat. Penjaga gol Brazil, Franklin muncul wira pasukannya apabila menepis dua sepakan penalti lawan sekaligus memberikan Brazil kejuaraan kejohanan ini.

October 13, 2008

Jerman Dan Sepanyol Atasi Lawan Masing-Masing.

Jerman kini menduduki tangga teratas Kumpulan 4 zon Eropah selepas mengalahkan Rusia 2-1 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 di Dortmund kelmarin. Dua gol oleh Lukas Podolski dan Michael Ballack pada babak pertama sudah memadai buat Jerman memenangi perlawanan itu. Podolski menjaringkan gol pertama Jerman pada minit ke-9 selepas mengutip bola gerakan Miroslav Klose dan merembat ke gol lawan. Ballack menggandakan kedudukan pada minit ke-28 selepas menyudahkan hantaran Bastian Schweinsteiger. Rusia kemudiannya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-51 menerusi penyerang sensasinya, Andrei Arshavin namun gol itu sudah terlambat buat Rusia untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata dari perlawanan ini.

October 10, 2008

Riera Mahu Peluang Wakili Sepanyol.

Pemain Liverpool, Albert Riera kini mengintai peluang mewakili Sepanyol dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Estonia pada hari Sabtu ini dan menentang Belgium empat hari kemudian. Pemain sayap itu terlepas aksi ketika EURO’08 menagih perhatian pengurus Sepanyol, Vicente del Bosque untuk menyenaraikannya dalam kesebelasan utama ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2010 berlangsung.

September 11, 2008

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2010 Eropah.

England mengenepikan segala kritikan terhadap pasukan itu apabila mudah mengalahkan Croatia 4-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 Eropah yang berlangsung di Zagreb awal pagi tadi. Theo Walcott membuktikan bahawa dia merupakan permata baru England apabila meledak dengan jaringan hatrik pada perlawanan itu. Bagaimanapun, pemain yang paling menyerlah dalam perlawanan ini adalah Wayne Rooney. Selain menjaringkan satu gol, Rooney juga adalah arkitek kepada ketiga-tiga gol Walcott. Walcott yang baru berusia 19 tahun menjaringkan gol pertama England pada minit ke-26 untuk membolehkan England mendahului 1-0 pada babak pertama.

September 4, 2008

Sepanyol Kekal Raja Bola Sepak Dunia.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Berita FIFA, Skuad Sepanyol - 04 Sep 2008

Pasukan Sepanyol masih kekal di kedudukan nombor satu berdasarkan senarai ranking bola sepak dunia terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam. Senarai terbaru yang dikeluarkan FIFA menunjukkan Sepanyol selesa di kedudukan pertama dengan kelebihan 200 mata. Pasukan Itali pula merampas semula kedudukan tempat kedua apabila menyingkirkan Jerman ke tempat ketiga.

August 22, 2008

England Sekadar Seri, Perancis Menang Tipis.

Skuad England bernasib baik mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Rep. Czech dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Wembley. Milan Baros memberikan Rep. Czech gol pendahuluan pada minit ke-22 apabila merembat masuk bola ke gawang England dari jarak dekat.

Wes Brown kemudiannya menjaringkan gol penyamaan buat England menerusi tandukan hasil sepakan sudut David Beckham. Rep. Czech kembali mendahului apabila Marek Jankulovski menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-48.

Joe Cole menjadi penyelamat England apabila jaringannya pada minit-minit akhir perlawanan mengikat kedudukan 2-2.

August 11, 2008

Sepanyol Kekal Nombor Satu.

Filed under: Artikel, Berita FIFA, Skuad Sepanyol - 11 Aug 2008

July 27, 2008

Itali Jumpa Brazil di Final.

July 26, 2008

Brazil Dan Sepanyol Turut Ke Separuh Akhir.

July 4, 2008

Juara Euro’08 Di Ranking No 1 Dunia.

Filed under: Artikel, Berita FIFA, Sensasi Bola, Skuad Sepanyol - 04 Jul 2008

Sepanyol mendapat laba terbaru apabila disenaraikan sebagai pasukan nombor satu dunia dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Sepanyol menyingkirkan pasukan Argentina yang menduduki tempat pertama sebelum berlangsungnya Euro’08. Sepanyol yang sebelum ini menduduki tempat …

July 1, 2008

Sepanyol – Juara Yang Diiktiraf.

Sepanyol akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 44 tahun untuk menjulang kejuaraan Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 (Euro’08). Bukanlah sesuatu yang mudah bagi pasukan seperti Sepanyol untuk memenuhi harapan rakyat negaranya yang begitu dahagakan kejayaan dalam kejohanan sebesar Euro’08 ini. Bagaimanapun, pasukan Sepanyol sering gagal dalam kejohanan yang disertainya menyebabkan mereka tidak diberi perhatian yang meluas sebagaimana pasukan-pasukan pilihan yang lain.

Bagaimanapun, kejohanan Euro’08 ini memberikan impak maksima kepada pasukan ini. Sebelum kejohanan ini bermula lagi Sepanyol sudahpun memberikan amaran kepada lawannya. Mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 16 perlawanan berturut-turut di bawah kendalian jurulatihnya Luis Aragones. Namun, pencapaian itu masih dipandang sinis kerana rekod lampau Sepanyol yang tidak begitu memberangsangkan.

Next Page »