Category: Skuad Jepun
November 21, 2008


Jepun mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Qatar dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Asia di Doha kelmarin. Tatsuya Tanaka, Keiji Tamada dan Marcus Tulio Tanaka menjaringkan gol untuk membantu kemenangan Jepun dalam saingan Kumpulan A itu.
October 17, 2008


Republik Korea akhirnya merealisasikan harapan mereka untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Bawah 16 Tahun AFC apabila mengenepikan cabaran sengit Jepun dengan keputusan 2-1 di Stadium MHSK semalam. Jepun terlebih dahulu menemui sentuhan gol pada minit ke-2 menerusi ketua pasukannya, Tatsuya Uchida yang menanduk masuk bola sepakan percuma Yuki Horigome. Korea bertindak balas dua minit kemudian apabila Kim Dong-jin menyudahkan hantaran Lee Jong-ho untuk kembali mengikat kedudukan. Pada minit ke-26, Lee Dong-nyck berjaya menjaringkan gol kemenangan Korea selepas menyudahkan hantaran Matsuzawa.
October 16, 2008


Brett Emerton dua kali menggegar gawang lawan untuk membantu kemenangan besar 4-0 Australia ke atas Qatar dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 Kumpulan 1 zon Asia di Brisbane semalam. Emerton juga adalah pemain yang menjaringkan dua gol sewaktu Australia menewaskan lawan yang sama 3-1 ketika pusingan awal kelayakan Piala Dunia 2010 sebelum ini. Tim Cahill dan Josh Kennedy menambah derita Qatar dengan menjaringkan dua gol lagi.
October 14, 2008


Pasukan tuan rumah, Uzbekistan akhirnya tersingkir dari Kejohanan Bawah 16 Tahun AFC apabila tewas kepada Republik Korea 0-3 di peringkat suku akhir di Stadium Pakhtakur kelmarin. Kim Dong-jin memberikan gol pendahuluan buat juara 2002 itu hanya menerusi serangan pertama selepas wisel permulaan ditiup. Kedudukan segera berganda pada minit ke-11 menerusi Son Heung-min yang berjaya melepasi perangkap ofsaid pemain Uzbekistan. Ketika permainan berbaki 17 minit, Lee Chang melakukan gerakan solo sebelum membuat rembatan leret yang menerjah ke jaring lawan untuk memberikan kemenangan mutlak 3-0 Korea ke atas Uzbekistan.
October 1, 2008
September 30, 2008

 
Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Futsal FIFA 2008 akan bermula hari ini di Rio de Janeiro. Selaku tuan rumah, Brazil akan turun dalam perlawanan pembukaan menentang pasukan Asia, Jepun yang menduduki tangga ketiga Kejohanan Futsal Asia. Walaupun dibarisi oleh pemain-pemain yang purata umurnya 30 tahun namun Brazil tetap menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan ini lebih-lebih lagi ia diadakan di Brazil.
September 7, 2008


Qatar melakar kemenangan selesa apabila menumpaskan Uzbekistan 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 benua Asia yang berlangsung di Doha. Pasukan tuan rumah mendahului Uzbekistan 1-0 pada minit ke-37 hasil jaringan pemain tengah Majdi Siddiq. Qatar menggandakan kedudukan kepada 2-0 pada babak kedua menerusi penyerangnya, Majed Mohammed pada minit ke-73. Empat minit sebelum tamat perlawanan, Qatar mengganas lagi dengan gol ketiga menerusi Talal Al Balushi sekaligus memberikan kemenangan 3-0 Qatar ke atas Uzbekistan.
August 22, 2008
August 19, 2008
 
 
Skuad wanita Brazil meneruskan buruan merangkul pingat emas apabila menewaskan skuad Jerman …
August 11, 2008

11 OGOS - Skuad Argentina mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Sukan Olimpik Beijing setelah mengalahkan pasukan Australia 1-0 dalam perlawanan Kumpulan A di Shanghai semalam. Gol kemenangan Argentina …
August 10, 2008


10 OGOS - Pasukan wanita Argentina gagal menuruti jejak pasukan bola sepak lelakinya apabila tewas kepada pasukan Sweden …
August 8, 2008

8OGOS - Pasukan Brazil memulakan kempen memenangi pingat emas Sukan Olimpik dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan Belgium 1-0 dalam perlawanan Kumpulan C di Shenyang semalam. Hernanes muncul wira …
August 7, 2008


 
 
7OGOS - Skuad Olimpik wanita China …
|