Category: Skuad Itali
June 24, 2009


Brazil membuktikan yang mereka sememangnya lebih baik dari Itali apabila mudah menundukkan juara dunia itu dengan keputusan 3-0 dalam saingan Piala Konfederasi di Afrika Selatan.
Luis Fabiano muncul wira Brazil apabila dia meledakkan dua gol pada minit ke-36 dan 42 manakala satu gol lagi hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Itali, Andrea Dossena pada minit ke-44.
June 22, 2009


Brazil menyingkir Itali dari Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila mudah menundukkan juara dunia itu 3-0 dalam saingan Kumpulan B di Pretoria semalam.
Tiga gol pantas dalam masa 14 minit sebelum tamat babak pertama membolehkan juara bertahan itu mengungguli Kumpulan B dengan rekod bersih dengan kutipan sembilan mata maksimum sekaligus menempah pertemuan dengan naib juara Kumpulan A, Afrika Selatan di peringkat separuh akhir.
June 19, 2009


Mesir mencatat kemenangan paling berharga apabila menundukkan juara dunia, Itali yang belum pernah kalah kepada pasukan dari Afrika 1-0 dalam saingan Kumpulan B Piala Konfederasi FIFA di Johannesburg semalam.
Kejutan itu bermakna kesemua empat pasukan masih berpeluang melangkah ke separuh akhir dan terpaksa menunggu sehingga ke perlawanan terakhir kumpulan untuk menentukan dua wakil dari kumpulan itu.
Gol tandukan Mohamed Hommos lima minit sebelum tamat babak pertama membolehkan Mesir menggenggam mata pertama dalam kejohanan itu setelah tewas tipis 3-4 kepada Brazil dalam perlawanan pertama.
June 17, 2009


Brazil terpaksa menunggu sehingga ke penghujung perlawanan hasil bantuan sepakan penalti Kaka untuk mengenepikan saingan sengit Mesir 4-3 dalam perlawanan pertama Kumpulan B Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 di Afrika Selatan semalam.
Pada ketika Mesir hampir mengikat juara dunia itu namun malang menimpa pada saat akhir apabila Ahmed Al Muhamadi dilayangkan kad merah dan Brazil mendapat tuah dikurniakan sepakan penalti yang menjadi faktor penting kejayaan mereka.
March 18, 2009

Itali menyatakan hasrat untuk berkongsi menjadi tuan rumah Kejohanan Negara-negara Eropah 2016 (Euro 2016) dengan Perancis namun mendapat sambutan dingin dari jirannya itu yang mahu menganjurkannya sendirian.
UEFA dalam kenyataannya minggu lalu mengesahkan yang tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Turki telah mengemukakan tawaran untuk menjadi tuan rumah tunggal kejohanan peringkat negara Eropah itu manakala Norway dan Sweden menyatakan hasrat untuk menjadi tuan rumah bersama kejohanan itu, yang buat pertama kalinya akan melibatkan 24 pasukan.
February 12, 2009


Diego Maradona mengekalkan rekod kemenangan 100% sebagai jurulatih Argentina, terima kasih kepada jaringan Jonas Gutierrez dan Lionel Messi dalam perlawanan persahabatan menentang Perancis di Marseille semalam.
Pemain tengah Newcastle, Gutierrez melakukan rembatan leret dari jarak dekat pada minit ke-41 untuk membolehkan Argentina berada di depan dan Messi menggandakan kedudukan dengan satu jaringan hebat tujuh minit sebelum tamat perlawanan.
October 19, 2008


Pasukan Itali berjaya menewaskan Rusia 2-1 untuk menduduki tempat ketiga dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan Piala Dunia Futsal 2008. Itali terlebih dahulu menembusi kubu lawan menerusi gol yang dijaringkan oleh Adriano Foglia. Rusia membalas semula untuk menyamakan kedudukan menerusi Konstantin Dushkevich. Saad Assis muncul wira Itali apabila menjaringkan gol kemenangan Itali sekaligus membolehkan Itali menduduki tangga ketiga Kejohanan Futsal Piala Dunia 2008.
October 1, 2008
August 11, 2008


11 OGOS - Pasukan Itali terus mengganas dengan menjadikan Korea Selatan sebagai mangsa seterusnya. Itali menewaskan Korea Selatan …
August 8, 2008

8OGOS - Pasukan Brazil memulakan kempen memenangi pingat emas Sukan Olimpik dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan Belgium 1-0 dalam perlawanan Kumpulan C di Shenyang semalam. Hernanes muncul wira …
July 27, 2008
July 25, 2008

  
25 JULAI – Pasukan Itali menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Pantai Piala Dunia FIFA 2008 …
June 23, 2008
 

23 JUN – Pasukan Sepanyol mengenepikan cabaran sengit Itali apabila menewaskan pasukan itu melalui sepakan penalti pada peringkat suku akhir Euro’08 awal pagi tadi. Sepanyol yang menguasai sebahagian besar permainan banyak membuat asakan ke arah pintu gol Itali tetapi dihampakan oleh ketumpulan jentera serangannya. Paling hampir, Marcos Senna melihat rembatan kencangnya ditampan penjaga gol Itali Gianluigi Buffon sebelum singgah ke tiang gol. Sepanyol kemudian menyaksikan dua lagi percubaannya melalui David Silva dan Santi Cazorla pada masa tambahan tersasar sedikit dari pintu gol Itali.
June 22, 2008
Jika diundi antara Sepanyol dan Itali, sudah pasti ramai orang yang akan memilih pasukan Sepanyol sebagai pemenang. Undian dan sokongan biasanya berdasarkan prestasi semasa dan jika dilihat prestasi kedua-dua pasukan, dengan mudahnya peminat-peminat bola …
June 18, 2008


18 JUN – Itali menutup mulut pengkritik apabila mempamerkan aksi bersemangat untuk membenam satu lagi pasukan pilihan Perancis dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan Kumpulan C pagi tadi. Tanpa mahu bergantung kepada …
June 14, 2008

14 JUN – Itali dan Romania terikat 1-1 dalam perlawanan Kumpulan C awal pagi tadi. Perlawanan agak sengit dan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling serang-menyerang. Menyedari kekalahan akan menyingkirkan mereka dari peringkat suku akhir, kedua-dua pasukan mengamalkan corak menyerang sejak dari awal permainan. Perlawanan separuh masa agak rancak tetapi kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol.
June 10, 2008
10 JUN – Belanda membuktikan bahawa mereka layak digelar pasukan pilihan apabila membenam cabaran Itali 3-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D pagi tadi. Itali yang merupakan Juara Piala Dunia 2006 ternyata tidak mampu menandingi kehebatan pasukan Belanda yang dibimbing Marco van Basten.
June 4, 2008

4 JUN – Ketua Pasukan skuad Itali ke Kejohanan Negara-negara Eropah, Fabio Cannavaro ditimpa malang apabila ditimpa kecederaan ketika menjalani latihan di Austria menjelang Euro ’08. Dia dikatakan bertembung dengan Giorgio Chiellini sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki.
|