IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: skuad England

March 4, 2010

England Menang Ke Atas Mesir Dalam Aksi Persahabatan.

John Terry mengenepikan perasaan diejek penyokong apabila membantu England menewaskan Mesir 3-1 dalam perlawanan persahabatan menentang Mesir di Wembley semalam.

Dalam penampilan pertamanya selepas skandal asmaranya sehingga dilucutkan jawatan sebagai ketua pasukan England, Terry menjadi perhatian sepanjang perlawanan itu berlangsung.

December 30, 2009

Beckham Perlu Cergas Jika Mahu Ke Piala Dunia – Capello.

Pengurus England, Fabio Capello menegaskan yang beliau akan menyenaraikan David Beckham dalam skuad yang akan bermain di pusingan akhir Piala Dunia tahun depan sekiranya pemain itu berada pada tahap kecergasan tinggi, kenyataan yang merujuk kontrak pinjaman pemain itu buat kali kedua bersama AC Milan.

Beckham kembali ke Milan sehingga akhir musim ini dalam usahanya merebut tempat dalam skuad England sambil menambah penampilannya bersama skuad England yang kini mencecah 115 caps, satu rekod buat mana-mana pemain England.

November 17, 2009

Capello Beri Amaran Agar David James Tingkatkan Kecergasan.

Fabio Capello memberi amaran kepada David James bahawa impiannya untuk bermain di pusingan akhir Piala Dunia bakal berakhir sekiranya penjaga gol itu gagal meningkatkan kecergasannya.

James dihantar pulang ke England berikutan mengalami kecederaan peha sebelum perlawanan persahabatan yang dimenangi Brazil di Doha. Itu bermakna penjaga gol veteran itu tidak berada dalam kesebelasan pertama England sejak saingan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine di Wembley pada 1 April.

November 15, 2009

Aksi Persahabatan – Brazil Berjaya Atasi Cabaran England.

Penampilan Wayne Rooney selaku ketua pasukan England buat kali pertama berakhir dengan kekecewaan apabila terpaksa akur dengan kekalahan tipis 0-1 kepada juara dunia lima kali, Brazil di Doha, Qatar semalam.

Skuad bimbingan Fabio Capello itu terpaksa menelan kepahitan angkara gol tunggal jaringan Nilmar pada awal babak kedua meninggalkan England tanpa kemenangan dalam lapan perlawanan ketika menentang Brazil.

November 11, 2009

Capello Namakan Warnock, Bent Dan Huddlestone Untuk Hadapi Brazil.

Fabio Capello menamakan pemain pertahanan Aston Villa, Stephen Warnock, pemain tengah Tottenham Hotspur, Tom Huddlestone dan penyerang Sunderland, Darrent Bent dalam skuad England yang akan menentang Brazil dalam perlawanan persahabatan.

England akan berhadapan dengan juara dunia lima kali itu pada hari Sabtu ini (14 November) di Doha, Qatar dan Capello menyenaraikan ramai muka baru dengan mengenepikan nama-nama besar seperti Steven Gerrard, Rio Ferdinand, Ashley Cole, Aaron Lennon, David James, Emile Heskey dan Carlton Cole.

October 29, 2009

Owen Belum Ada Dalam Perancangan Capello.

Pengurus England, Fabio Capello tetap tidak menyenaraikan nama Michael Owen walaupun penyerang Manchester United itu telah menjaringkan sejumlah 40 gol, lebih dari mana-mana pesaingnya di posisi berkenaan.

Capello membandingkan situasi dengan apa yang dilakukan oleh jurulatih Itali, Marcello Lippi yang dikritik kerana tidak menyenaraikan penyerang Sampdoria, Antonio Cassano dalam skuad Itali.

October 16, 2009

Kelayakan Piala Dunia – England Pulihkan Semangat Dengan Belasah Belarus.

Peter Crouch mempamerkan semangat tingginya untuk menjadi sebahagian kesebelasan utama Fabio Capello pada ketika England menamatkan saingan kelayakan Piala Dunianya dengan kemenangan mudah 3-0 ke atas Belarus di Wembley semalam.

Menjelang permulaan kepada perlawanan menentang Belarus, Capello menggambarkan yang hanya tujuh posisi dari barisan 23 pemain dalam skuad utamanya telahpun berada dalam perancangannya.

October 14, 2009

Video Pilihan – Ukraine 1 vs England 0 (Kelayakan Piala Dunia 2010).

Robert Green menjadi penjaga gol pertama England yang dibuang padang ketika Fabio Capello menyaksikan rekod kemenangan 100%nya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 hancur berkecai setelah kalah 0-1 kepada Ukraine di Stadium Dnipro hari Sabtu yang lalu.

Green menerima hukuman itu atas kesalahan profesional hanya selepas 15 minit perlawanan berlangsung dan menyaksikan kerapuhan benteng pertahanan paling teruk sejak England dibimbing oleh Capello.

September 10, 2009

Kelayakan Piala Dunia – Croatia Jadi Mangsa, England Sahkan Tempat Ke Piala Dunia 2010.

Dua tahun selepas kejayaan Croatia di Wembley dengan menyingkirkan England dari saingan EURO 2008 dan Steve McLaren pula kehilangan jawatannya, Fabio Capello menunjukkan cara sebenar bagaimana England boleh berjaya di bawah bimbingannya.

Frank Lampard dan Steven Gerrard masing-masing meledakkan dua gol manakala Wayne Rooney melengkapkan malam gemilang England untuk memastikan kemenangan besar 5-1 ke atas Croatia sekaligus membalas dendam kegagalan layak ke saingan sebenar EURO 2008.

September 8, 2009

Video Pilihan - England 2 vs Slovenia 1 (Persahabatan).

‘Super-sub’ England, Jermain Defoe meneruskan kecemerlangannya dengan menggegar jaring lawan apabila satu lagi sentuhannya cukup memberikan England kemenangan tipis 2-1 ke atas Slovenia dalam perlawanan persahabatan di Wembley hari Sabtu lalu.

Penyerang Tottenham Hotspur itu melakukan impak sebaik masuk menggantikan Emile Heskey pada babak kedua, meledakkan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-63 untuk menjaringkan gol kedua England.

Ini adalah golnya yang kelima dari tiga perlawanan antarabangsanya yang terakhir, kesemuanya dijaringkan tatkala dia dimasukkan sebagai pemain gantian.

September 3, 2009

Barisan Skuad England Hadapi Croatia Diumum, Owen Masih Gagal Pikat Capello.

Michael Owen sekali lagi disisihkan oleh Fabio Capello dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 apabila England dijadualkan bertemu Croatia pada 9 September ini di Wembley.

Situasi itu menunjukkan tanggapan ramai pihak sebelum ini yang penyertaan Owen ke dalam skuad Manchester United untuk menghadapi saingan EPL musim baru ini akan membuka semula ruang buatnya menyertai skuad kebangsaan England ternyata meleset sama sekali.

Walaupun penyerang berusia 29 tahun itu telahpun menemui sentuhan gol dengan jaringan pertamanya dalam saingan kompetitif ketika perlawanan United menentang Wigan minggu lalu, namun Capello tetap memandang sepi prestasi penyerang yang berada dalam senarai keempat penjaring terbanyak England itu.

August 17, 2009

Video Pilihan - England 2 vs Belanda 2 (Perlawanan Persahabatan).

England dan Belanda yang telahpun layak ke kojohanan sebenar Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan gagal mengatasi satu sama lain apabila sekadar terikat 2-2 dalam satu aksi persahabatan di Amsterdam 12 Ogos lalu.

Walaupun ketinggalan dua gol hasil jaringan Dirk Kuyt dan Rafael van der Vaart, England bangkit pada babak kedua dengan dua gol penyamaan jaringan Jermain Defoe pada babak kedua.

August 14, 2009

Perlawanan Persahabatan – England Dan Belanda Sama Kuat.

Dua gol jaringan pemain gantian, Jermain Defoe membolehkan England bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum mengikat Belanda 2-2 dalam satu aksi persahabatan di Amsterdam semalam.

England kelihatan akan memulakan perjalanan ke Piala Dunia 2010 dengan moral yang rendah berikutan dua kesilapan Rio Ferdinand dan Gareth Barry bagi membolehkan pesaing mereka itu mempunyai kelebihan selesa.

Bagaimanapun, Fabio Capello menyuntik semangat baru, dengan Defoe menggegar jaring menerusi hantaran cantik Frank Lampard dan pemain muda, James Milner bagi membolehkannya mencatat nama sebagai penjaring empat gol England dalam dua perlawanan.

June 7, 2009

Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah – England Mudah Jinakkan Kazakhstan.

Emile Heskey menjaringkan golnya yang pertama dalam perlawanan kompetitif buat England sejak Piala Dunia 2002 untuk membantu England menundukkan Kazakhstan 4-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 di Almaty semalam.

Penyerang Aston Villa itu tidak menjaringkan gol dalam perlawanan utama buat negaranya sejak kali terakhir menggegar jaring Denmark di Jepun tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas rakan Heskey di Aston Villa, Gareth Barry terlebih dahulu memadam rasa gementar skuad England dengan menanduk masuk gol pertama pada minit ke-40.

June 6, 2009

Lampard Mahu Pemain England Tidak Pandang Rendah Kemampuan Kazakhstan.

Frank Lampard menegaskan yang England tidak boleh memandang rendah kemampuan Kazakhstan apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 di Almaty hari ini.

Kemenangan kepada skuad bimbingan Fabio Capello diikuti dengan tiga mata lagi dari pertemuan menentang Andorra pada hari Rabu nanti akan mendekatkan lagi England dengan saingan sebenar Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010.

Bagaimanapun, Lampard melihat kualiti yang dimiliki skuad Kazakhstan dalam pertemuan pertama di Stadium Wembley dan merasakan yang England tidak boleh mengambil ringan pertemuan itu.

April 3, 2009

Video Pilihan - England 2 Ukraine 1.

John Terry memastikan England mengekalkan rekod kemenangan 100% apabila jaringannya pada lewat permainan membantu England mengatasi cabaran sengit Ukraine dengan keputusan 2-1 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 di Stadium Wembley semalam.

England membuka tirai jaringan menerusi Peter Crouch pada minit ke-29 untuk membolehkan mereka mendahului Ukraine 1-0 pada babak pertama sebelum penyerang sensasi AC Milan, Andrey Shevchenko menyamakan kedudukan pada minit ke-74.

March 30, 2009

Video Pilihan - England 4 Slovakia 0.

England membuktikan kehebatannya dengan membelasah Slovakia 4-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Wembley semalam.

Dua gol England dijaringkan oleh Wayne Rooney pada minit ke-70 dan 90. Emile Heskey membuka tirai jaringan pada minit ke-7 manakala Frank Lampard menjaringkan gol ketiga England pada minit ke-82.

David Beckham turut mencatat sejarah apabila membuat penampilan ke-109 bersama skuad England untuk memecah rekod yang dipegang oleh Bobby Moore.

March 29, 2009

Perlawanan Persahabatan – England Menang Besar, Beckham Pecah Rekod.

Wayne Rooney menggegar jaring dua kali untuk berkongsi kegembiraan dengan pemecah rekod, David Beckham untuk membantu kemenangan 4-0 England ke atas Slovakia dalam perlawanan persahabatan di Wembley awal pagi tadi.

Rooney mempamerkan aksi memberangsangkan pada babak kedua, dengan gol pertamanya hadir pada minit ke-70 menerusi tandukan hasil hantaran Beckham, yang menyambut penampilan ke-109 bersama skuad England.

February 13, 2009

Gembira Buat Sepanyol Dan Beckham, Duka Buat England.

David Beckham memahat namanya dalam sejarah bola sepak England pada malam England diberi peringatan yang masih banyak yang perlu diperbaiki mereka oleh juara EURO’08, Sepanyol.

Sepanyol membuktikan kehebatannya apabila mudah menundukkan England 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Seville.

Penampilan Beckham sebagai pemain gantian pada babak kedua membolehkan dia menyamai rekod Bobby Moore yang mewakili England sebanyak 108 kali.

February 7, 2009

Capello Bawa Skuad England Ke Sepanyol Untuk Aksi Persahabatan.

Pengurus England, Fabio Capello memandang ke hadapan dengan membawa skuad bimbingannya ke Sepanyol minggu depan sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia akan datang.

Capello, yang dua kali menjadi pengurus pasukan La Liga, Real Madrid, akan membawa England ke Seville pada hari Rabu untuk berhadapan dengan juara Eropah itu.

January 30, 2009

Capello Gembira Dengan Prestasi Beckham Di Milan.

Prestasi baik David Beckham ketika bersama kelab AC Milan adalah bagus untuk skuad England, begitulah kata pengurusnya, Fabio Capello.

Pemain tengah England itu menyertai Milan secara pinjaman selam dua bulan dari LA Galaxy bulan ini dalam usahanya untuk mengekalkan kecergasannya ketika musim bola sepak Amerika Syarikat berhenti rehat.

Capello, yang menyaksikan aksi Beckham ketika perlawanan Milan menentang Genoa di San Siro, memberikan bayangan jelas yang pemain berusia 33 tahun itu akan berada dalam skuad England yang akan menentang Sepanyol dalam perlawanan persahabatan pada 11 Februari.

November 20, 2008

England Atasi Jerman Dalam Aksi Persahabatan.

John Terry memastikan England menamatkan tahun 2008 dengan penutup gemilang apabila jaringan lewatnya membenam cabaran Jerman 2-1 dalam perlawanan persahabatan di Berlin semalam.

Terry menggembirakan 7,000 penyokong England yang hadir selepas menanduk masuk sepakan percuma Stewart Downing enam minit sebelum tamat perlawanan. Gol itu menebus kembali kesilapannya yang menghasilkan gol penyamaan oleh Jerman sebelum itu.

October 15, 2008

Capello Kehilangan Terry, Cole dan Green Ke Belarus.

Penjaga gol West Ham, Robert Green menyertai senarai pemain yang tercedera dalam skuad England menyebabkan pemain itu bakal mengikut jejak John Terry dan Ashley Cole yang digugurkan dari kunjungan ke Minsk untuk menentang Belarus hari ini. Green dikatakan mengalami kecederaan lutut dan hampir pasti disisihkan oleh Fabio Capello. Terry pula dikatakan belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialaminya yang menyebabkan namanya digugurkan ketika menentang Kazakhstan Sabtu lalu manakala Cole pula dikatakan mengalami kecederaan hamstring semasa perlawanan menentang Kazakhstan.

October 13, 2008

Ferdinand Kecewa Sikap Penyokong England.

Kapten England, Rio Ferdinand amat kecewa dengan sikap penyokong England yang mengejek Ashley Cole selepas pemain itu melakukan kesilapan yang menghasilkan gol tunggal buat Kazakhstan ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 di Wembley kelmarin.

Cole di`boo’ oleh penyokong England setiap kali dia menyentuh bola selepas gol itu. Dalam perlawanan itu, England membelasah Kazakhstan dengan keputusan 5-1.

October 12, 2008

England Belasah Kazakhstan.

Skuad England meneruskan aksi cemerlang dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2010 apabila membelasah Kazakhstan 5-1 di Stadium Wembley sebentar tadi. Wayne Rooney menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan besar England itu. Kedua-dua pasukan kebuntuan gol pada babak pertama menyebabkan penyokong England yang sebahagian besarnya memenuhi tempat duduk stadium agak resah dengan keadaan itu.

Next Page »