Category: Skuad Brazil
November 15, 2009


Penampilan Wayne Rooney selaku ketua pasukan England buat kali pertama berakhir dengan kekecewaan apabila terpaksa akur dengan kekalahan tipis 0-1 kepada juara dunia lima kali, Brazil di Doha, Qatar semalam.
Skuad bimbingan Fabio Capello itu terpaksa menelan kepahitan angkara gol tunggal jaringan Nilmar pada awal babak kedua meninggalkan England tanpa kemenangan dalam lapan perlawanan ketika menentang Brazil.
November 11, 2009


Fabio Capello menamakan pemain pertahanan Aston Villa, Stephen Warnock, pemain tengah Tottenham Hotspur, Tom Huddlestone dan penyerang Sunderland, Darrent Bent dalam skuad England yang akan menentang Brazil dalam perlawanan persahabatan.
England akan berhadapan dengan juara dunia lima kali itu pada hari Sabtu ini (14 November) di Doha, Qatar dan Capello menyenaraikan ramai muka baru dengan mengenepikan nama-nama besar seperti Steven Gerrard, Rio Ferdinand, Ashley Cole, Aaron Lennon, David James, Emile Heskey dan Carlton Cole.
October 19, 2009


Barisan sepuluh pemain Ghana merangkul kejuaraan Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA 2009 apabila menundukkan pasukan pilihan, Brazil di petandingan akhir menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan jaringan sepanjang 120 minit permainan.
Juara Afrika dan Amerika Selatan itu tidak kalah dalam sebarang perlawanan sepanjang kejohanan ini, mencatat rekod kejohanan tetapi akhirnya pasukan ‘Black Satellites yang mengikut jejak Argentina, juara kejohanan di Kanada pada 2007.
October 16, 2009


Brazil menempah tempat di perlawanan akhir Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA 2009 apabila menewaskan Costa Rica 1-0 dalam saingan separuh akhir di Mesir semalam.
Gol Alan Kardec pada minit ke-67 sudah cukup membawa skuad samba itu ke perlawanan akhir bertemu dengan Ghana yang turut layak setelah menewaskan Hungary 3-2 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
October 12, 2009


Kelebihan bermain di tempat sendiri di La Paz sekali lagi menjadi faktor penting buat Bolivia mencatat kemenangan 2-1 ke atas Brazil dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan semalam.
Pada ketika Dunga menurunkan pasukan kedua dalam kesebelasan utamanya berikutan Brazil sudahpun layak ke pusingan akhir di Afrika Selatan tahun depan, Bolivia pula berpesta meraikan satu lagi kejayaan menundukkan salah satu kuasa besar bola sepak rantau itu.
September 12, 2009


Brazil membuktikan yang mereka sememangnya jaguh Amerika Selatan apabila mengenepikan cabaran musuh ketatnya, Argentina 3-1 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan hari Rabu lalu.
Kemenangan itu membolehkan Brazil melayakkan diri ke Afrika Selatan tahun hadapan manakala Argentina pula perlu menang baki perlawanannya untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Dunia.
September 11, 2009


Jaringan hatrik oleh Nilmar membantu Brazil mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu kumpulan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan dengan mengenepikan cabaran Chile 4-2 di Salvador semalam.
Di sebalik kehilangan Felipe Melo yang dibuang padang pada awal babak kedua, Brazil turut cemas apabila Chile berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menyamakan kedudukan pada satu ketika namun mereka membuktikan kehebatan dengan menambah dua gol lagi bagi mencatat satu lagi kejayaan walaupun mereka sebenarnya telah pun layak ke Afrika Selatan selepas menang 3-1 ke atas Argentina minggu lalu.
September 7, 2009


Brazil muncul pasukan pertama Amerika Selatan yang melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan apabila menundukkan seteru ketatnya, Argentina 3-1 dalam kelayakan Piala Dunia di Rosario semalam.
Ketajaman Luis Fabiano selain sumbangan gol Luisao membantu juara dunia lima kali itu menempah tiket ke saingan sebenar Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.
September 5, 2009


Lionel Messi diharap dapat mempamerkan bisanya dalam perlawanan antarabangsa apabila Argentina bertemu dengan musuh tradisinya, Brazil dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan esok, begitulah luahan jurulatihnya, Diego Maradona.
Messi sudahpun mempamerkan kepintaran permainannya sebagaimana prestasinya ketika bersama kelabnya, Barcelona sewaktu tugasan antarabangsa bersama Argentina menyebabkan para penyokong Argentina berharap untuk melihatnya menjadi inspirasi kepada kejayaan negara itu ketika menentang Brazil.
August 8, 2009

Malaysia berjaya memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 5 Ogos apabila meningkat lima anak tangga dan kini menduduki tangga ke-152 berbanding tangga ke-157 pada bulan sebelumnya.
Di peringkat Asia pula, Malaysia kini berkedudukan tangga ke-26. Bagaimanapun, kedudukan itu juga menyaksikan yang Malaysia masih kekal di bawah kedudukan Thailand (117), Singapura (127), Indonesia (134), Vietnam (144) dan Myanmar (147) dalam persaingan rantau Asia Tenggara.
Berikut adalah kedudukan Malaysia dalam ranking dunia yang dikeluarkan FIFA.
July 2, 2009


Brazil berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya empat tahun lalu di Jerman apabila menewaskan Amerika Syarikat 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi hari Ahad lalu.
Kejayaan itu adalah yang ketiga buat Brazil manakala Amerika Syarikat terpaksa akur dengan kehebatan skuad Samba itu walaupun mereka mendahului dengan dua jaringan pada babak pertama menerusi Clint Dempsey dan Landon Donovan.
Luis Fabiano kemudiannya memulakan kebangkitan Brazil dengan jaringan pertama sebaik babak kedua bermula dan menyamakan kedudukan dengan jaringan kedua pada minit ke-73.
June 29, 2009


Brazil bangkit dari ketinggalan dua gol pada babak pertama sebelum menewaskan Amerika Syarikat 3-2 dalam aksi mendebarkan perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 semalam.
Semangat kemenangan setelah menewaskan Sepanyol pada separuh akhir disemarakkan dengan persembahan menarik skuad Amerika pada babak pertama.
Setelah mendominasi babak pertama dengan dua gol mengatasi juara dunia sebanyak lima kali itu, Amerika tiba-tiba kehilangan arah pada babak kedua sehingga membenarkan gawangnya ditembusi tiga kali.
June 26, 2009


Pemain gantian, Daniel Alves menghampakan harapan rakyat Afrika Selatan apabila sepakan percumanya tiga minit sebelum tamat perlawanan menggegar jaring bagi membolehkan Brazil melangkah ke perlawanan akhir Piala Konfederasi dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tuan rumah itu di Johannesburg semalam.
Pemain pertahanan kanan Barcelona itu, yang hanya masuk pada penghujung perlawanan, meledakkan rembatan dari jarak 18 ela untuk melenyapkan sorakan penyokong tempatan yang teruja dengan persembahan baik pasukan mereka.
June 24, 2009


Brazil membuktikan yang mereka sememangnya lebih baik dari Itali apabila mudah menundukkan juara dunia itu dengan keputusan 3-0 dalam saingan Piala Konfederasi di Afrika Selatan.
Luis Fabiano muncul wira Brazil apabila dia meledakkan dua gol pada minit ke-36 dan 42 manakala satu gol lagi hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Itali, Andrea Dossena pada minit ke-44.
June 22, 2009


Brazil menyingkir Itali dari Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila mudah menundukkan juara dunia itu 3-0 dalam saingan Kumpulan B di Pretoria semalam.
Tiga gol pantas dalam masa 14 minit sebelum tamat babak pertama membolehkan juara bertahan itu mengungguli Kumpulan B dengan rekod bersih dengan kutipan sembilan mata maksimum sekaligus menempah pertemuan dengan naib juara Kumpulan A, Afrika Selatan di peringkat separuh akhir.
June 19, 2009


Mesir mencatat kemenangan paling berharga apabila menundukkan juara dunia, Itali yang belum pernah kalah kepada pasukan dari Afrika 1-0 dalam saingan Kumpulan B Piala Konfederasi FIFA di Johannesburg semalam.
Kejutan itu bermakna kesemua empat pasukan masih berpeluang melangkah ke separuh akhir dan terpaksa menunggu sehingga ke perlawanan terakhir kumpulan untuk menentukan dua wakil dari kumpulan itu.
Gol tandukan Mohamed Hommos lima minit sebelum tamat babak pertama membolehkan Mesir menggenggam mata pertama dalam kejohanan itu setelah tewas tipis 3-4 kepada Brazil dalam perlawanan pertama.
June 17, 2009


Brazil terpaksa menunggu sehingga ke penghujung perlawanan hasil bantuan sepakan penalti Kaka untuk mengenepikan saingan sengit Mesir 4-3 dalam perlawanan pertama Kumpulan B Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 di Afrika Selatan semalam.
Pada ketika Mesir hampir mengikat juara dunia itu namun malang menimpa pada saat akhir apabila Ahmed Al Muhamadi dilayangkan kad merah dan Brazil mendapat tuah dikurniakan sepakan penalti yang menjadi faktor penting kejayaan mereka.
June 8, 2009


Brazil menggunakan kesempatan dari prestasi tidak menentu penjaga gol Sebastian Viera untuk membelasah Uruguay 4-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 Zon Amerika Selatan di Montevideo sekaligus memungut kemenangan pertama di tempat lawannya itu dalam tempoh 33 tahun.
Daniel Alves menjaringkan gol pertama buat Brazil seawall minit ke-11 apabila dia menolak masuk ke gawang gol lawan selepas berlaku kekeliruan antara Viera dengan rakan pertahanannya.
Juan menanduk masuk gol kedua sepuluh minit sebelum tamat babak pertama manakala Luis Fabiano menjaringkan gol ketiga pada awal babak kedua sebelum dia dilayangkan kad merah pada minit ke-64.
November 21, 2008


Brazil memberikan Dunga sedikit kelegaan apabila mudah menewaskan Portugal 6-2 dalam perlawanan persahabatan di Brasilia kelmarin. Kemenangan ini dibantu oleh jaringan hatrik Luis Fabiano.
Juara dunia lima kali itu mencatat tiga keputusan seri 0-0 dalam tiga perlawanan terakhir ketika menentang Argentina, Bolivia dan Colombia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010. Keadaan ini menyebabkan kedudukan Dunga agak goyah akibat desakan para penyokong Brazil yang mahu melihat persembahan Brazil meningkat.
October 20, 2008



Pasukan tuan rumah, Brazil menepati ramalan awal apabila menjuarai Kejohanan Futsal Piala Dunia 2008 apabila menewaskan Sepanyol menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan permainan tamat. Penjaga gol Brazil, Franklin muncul wira pasukannya apabila menepis dua sepakan penalti lawan sekaligus memberikan Brazil kejuaraan kejohanan ini.
October 17, 2008


Chile mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk menundukkan Argentina 1-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan di Santiago semalam. Fabian Orellana muncul wira Chile apabila jaringannya pada minit ke-36 sudah cukup memberikan skuad bimbingan Marcelo Bielsa itu kemenangan yang diharapkan. Ini adalah kemenangan Chile yang pertama ke atas Argentina sejak tahun 1973 dan juga yang pertama dalam kelayakan Piala Dunia. Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan memungut mata yang sama iaitu 16 mata dari 10 perlawanan.
October 15, 2008


Pasukan Brazil membatalkan latihan pada hari Isnin lalu bagi memberi peluang pemain-pemainnya berehat selepas mengharungi perjalanan pulang yang memenatkan dari Venezuela yang bermula dengan menaiki bas selama tiga jam melalui jalan berbukit-bukau. Pemain Manchester City, Robinho dan penjaga gol, Julio Cesar dilihat bersantai di pantai yang berhadapan hotel penginapan mereka. Pemain-pemain Brazil yang akan menghadapi Colombia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan hari ini telah diberi rehat sepanjang hari itu bagi memulihkan semula tenaga mereka.
October 14, 2008


Jurulatih Brazil, Dunga melahirkan rasa kecewanya dengan layanan yang diterima oleh pasukan Brazil ketika berada di Venezuela untuk menentang pasukan itu dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan Ahad lalu. Dalam perlawanan itu, Brazil menang besar 4-0 ke atas pasukan tuan rumah. Dunga mendakwa tidur pemain-pemainnya sering terganggu dan beberapa pemainnya mengalami masalah sakit perut.
October 10, 2008


Penyerang kontroversi, Adriano kini sudah bersedia untuk mengetuai jentera serangan Brazil ketika menentang Venezuela dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 hari Ahad ini. Adriano dilihat dipasangkan bersama penyerang Manchester City, Robinho dalam latihan skuad utama Brazil menentang pasukan simpanannya sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan itu. Pemain Inter Milan itu dipanggil semula menganggotai skuad Brazil tahun selepas menempuhi tempoh suram dalam kerjayanya dengan menyaksikan dia disisihkan dari skuad Brazil dalam satu tempoh yang agak lama.
October 9, 2008


Pemain AC Milan, Kaka seharusnya menjadi diri sendiri dan bermain seperti biasa dalam perlawanan pertamanya bersama Brazil selepas 11 bulan diketepikan kerana kecederaan yang dialaminya. Jurulatih Brazil, Dunga berkata demikian ketika mengulas tentang kembalinya Kaka ke kem Brazil sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 Ahad ini.
Brazil akan menentang Venezuela di tempat lawan pada hari Ahad nanti. Ketika ini Brazil menduduki tangga kedua kelayakan Amerika Selatan ketinggalan empat mata dari pendahulu, Paraguay.
Next Page »
|