Category: Skuad Belanda
November 16, 2009


Arsenal menerima kejutan sebaik mendapat berita yang penyerangnya, Robin van Persie bakal direhatkan selama beberapa bulan dari skuad utamanya selepas mengalami kecederaan serius pada ligamen kakinya ketika bermain dalam tugasan antarabangsa bersama Belanda.
Pemain Belanda itu hanya sempat beraksi selama 15 minit ketika negaranya mencatat keputusan seri 0-0 dengan juara dunia, Itali selepas dijatuhkan oleh pemain pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini ketika sedang mengejar bola.
August 17, 2009


England dan Belanda yang telahpun layak ke kojohanan sebenar Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan gagal mengatasi satu sama lain apabila sekadar terikat 2-2 dalam satu aksi persahabatan di Amsterdam 12 Ogos lalu.
Walaupun ketinggalan dua gol hasil jaringan Dirk Kuyt dan Rafael van der Vaart, England bangkit pada babak kedua dengan dua gol penyamaan jaringan Jermain Defoe pada babak kedua.
August 14, 2009


Dua gol jaringan pemain gantian, Jermain Defoe membolehkan England bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum mengikat Belanda 2-2 dalam satu aksi persahabatan di Amsterdam semalam.
England kelihatan akan memulakan perjalanan ke Piala Dunia 2010 dengan moral yang rendah berikutan dua kesilapan Rio Ferdinand dan Gareth Barry bagi membolehkan pesaing mereka itu mempunyai kelebihan selesa.
Bagaimanapun, Fabio Capello menyuntik semangat baru, dengan Defoe menggegar jaring menerusi hantaran cantik Frank Lampard dan pemain muda, James Milner bagi membolehkannya mencatat nama sebagai penjaring empat gol England dalam dua perlawanan.
June 11, 2009


Dua gol awal membolehkan Belanda menempah tempat dalam saingan sebenar Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas mereka membenam cabaran Iceland 2-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia zon Eropah hari Sabtu lalu.
Belanda kini menungguli Kumpulan 9 dengan 18 mata dari enam perlawanan, sebelas mata melebihi pasukan di tangga kedua, Scotland sekaligus menjadikan mereka skuad pertama dari Eropah yang melayakkan diri ke Afrika Selatan.
Nigel de Jong menanduk masuk gol pertama Belanda seawal minit ke-9 sebelum Mark van Bommel merembat kencang gol kedua skuad ‘Oranje’ tujuh minit kemudian.
August 22, 2008


Skuad England bernasib baik mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Rep. Czech dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Wembley. Milan Baros memberikan Rep. Czech gol pendahuluan pada minit ke-22 apabila merembat masuk bola ke gawang England dari jarak dekat.
Wes Brown kemudiannya menjaringkan gol penyamaan buat England menerusi tandukan hasil sepakan sudut David Beckham. Rep. Czech kembali mendahului apabila Marek Jankulovski menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-48.
Joe Cole menjadi penyelamat England apabila jaringannya pada minit-minit akhir perlawanan mengikat kedudukan 2-2.
August 11, 2008


11 OGOS - Pasukan Itali terus mengganas dengan menjadikan Korea Selatan sebagai mangsa seterusnya. Itali menewaskan Korea Selatan …
August 8, 2008


8OGOS - Lionel Messi menjaringkan satu gol untuk membantu Argentina mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Ivory Coast …
August 4, 2008
June 24, 2008


24 JUN – Jurulatih Belanda, Marco van Basten menafikan keputusannya merehatkan beberapa pemain utama dalam perlawanan menentang Romania telah menghilangkan momentum persembahan pemain-pemain utama tersebut ketika perlawanan suku akhir menentang Russia. Pasukan Belanda berjaya mengalahkan Romania 2-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan C dengan menurunkan ramai pemain simpanan dalam perlawanan itu.

Dalam perlawanan menentang Russia, pemain-pemain Belanda kelihatan seperti tidak bermaya terutama ketika perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan. Kelemahan itu digunakan sepenuhnya oleh pemain Russia untuk menjaringkan dua gol yang memberikan mereka kemenangan 3-1 dalam perlawanan tersebut.
June 22, 2008
 

22 JUN – Russia mengenepikan segala andaian dan pandangan rendah terhadap pasukan itu apabila menewaskan pasukan pilihan ramai iaitu Belanda 3-1 dalam perlawanan suku akhir Euro’08 awal pagi tadi. Russia memulakan permainan dengan yakin apabila melancarkan serangan yang tersusun ke kubu Belanda. Pasukan Belanda terpaksa menyerap segala asakan Russia sambil sesekali mengancam pintu gol Russia. Permainan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 0-0.
June 21, 2008
Pasukan Belanda kini menjadi bualan di mana-mana. Kehebatan mereka di Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 begitu diperkatakan. Perkembangan mereka diikuti rapat oleh peminat-peminatnya. Kejayaan mereka dalam semua perlawanan Kumpulan C memberikan kesan …
June 18, 2008


18 JUN – Itali menutup mulut pengkritik apabila mempamerkan aksi bersemangat untuk membenam satu lagi pasukan pilihan Perancis dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan Kumpulan C pagi tadi. Tanpa mahu bergantung kepada …
June 14, 2008

14 JUN – Belanda menjadikan Perancis mangsa terbarunya dalam Euro’08 apabila menewaskan pasukan itu 4-1 dalam aksi Kumpulan C pagi tadi. Belanda tidak menunggu lama apabila mendahului seawal minit ke-9 hasil tandukan Dirk Kuyt. Robbie van Persie menjadikan kedudukan 2-0 apabila dia menjaringkan gol pada minit ke-59, empat minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.
June 10, 2008
10 JUN – Belanda membuktikan bahawa mereka layak digelar pasukan pilihan apabila membenam cabaran Itali 3-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D pagi tadi. Itali yang merupakan Juara Piala Dunia 2006 ternyata tidak mampu menandingi kehebatan pasukan Belanda yang dibimbing Marco van Basten.
|