Category: Skuad Amerika Syarikat
July 2, 2009


Brazil berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya empat tahun lalu di Jerman apabila menewaskan Amerika Syarikat 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi hari Ahad lalu.
Kejayaan itu adalah yang ketiga buat Brazil manakala Amerika Syarikat terpaksa akur dengan kehebatan skuad Samba itu walaupun mereka mendahului dengan dua jaringan pada babak pertama menerusi Clint Dempsey dan Landon Donovan.
Luis Fabiano kemudiannya memulakan kebangkitan Brazil dengan jaringan pertama sebaik babak kedua bermula dan menyamakan kedudukan dengan jaringan kedua pada minit ke-73.
June 29, 2009


Brazil bangkit dari ketinggalan dua gol pada babak pertama sebelum menewaskan Amerika Syarikat 3-2 dalam aksi mendebarkan perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 semalam.
Semangat kemenangan setelah menewaskan Sepanyol pada separuh akhir disemarakkan dengan persembahan menarik skuad Amerika pada babak pertama.
Setelah mendominasi babak pertama dengan dua gol mengatasi juara dunia sebanyak lima kali itu, Amerika tiba-tiba kehilangan arah pada babak kedua sehingga membenarkan gawangnya ditembusi tiga kali.
June 25, 2009


Amerika Syarikat melakukan kejutan terbesar apabila layak ke perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 selepas mengecewakan juara Eropah, Sepanyol 2-0 dalam saingan peringkat separuh akhir di Afrika Selatan semalam.
Lebih sensasi, Amerika adalah pasukan yang hampir terkeluar dari saingan kejohanan ini dan sudahpun bersedia untuk pulang ekoran persembahan hambar dalam dua perlawanan awal.
June 22, 2009


Amerika Syarikat membuat kejutan melangkah ke separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila menewaskan Mesir 3-0 Rustenberg, dibantu oleh kekalahan besar 0-3 Itali kepada Brazil.
Amerika yang kalah dalam dua perlawanan awal kejohanan ini perlukan kemenangan, sambil mengharapkan kemenangan Brazil ke atas Itali melebihi enam jaringan bagi membolehkan mereka mara ke peringkat seterusnya.
June 19, 2009


Mesir mencatat kemenangan paling berharga apabila menundukkan juara dunia, Itali yang belum pernah kalah kepada pasukan dari Afrika 1-0 dalam saingan Kumpulan B Piala Konfederasi FIFA di Johannesburg semalam.
Kejutan itu bermakna kesemua empat pasukan masih berpeluang melangkah ke separuh akhir dan terpaksa menunggu sehingga ke perlawanan terakhir kumpulan untuk menentukan dua wakil dari kumpulan itu.
Gol tandukan Mohamed Hommos lima minit sebelum tamat babak pertama membolehkan Mesir menggenggam mata pertama dalam kejohanan itu setelah tewas tipis 3-4 kepada Brazil dalam perlawanan pertama.
June 17, 2009


Brazil terpaksa menunggu sehingga ke penghujung perlawanan hasil bantuan sepakan penalti Kaka untuk mengenepikan saingan sengit Mesir 4-3 dalam perlawanan pertama Kumpulan B Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 di Afrika Selatan semalam.
Pada ketika Mesir hampir mengikat juara dunia itu namun malang menimpa pada saat akhir apabila Ahmed Al Muhamadi dilayangkan kad merah dan Brazil mendapat tuah dikurniakan sepakan penalti yang menjadi faktor penting kejayaan mereka.
October 1, 2008
September 12, 2008

 
Amerika Syarikat gagal disaingi lawannya apabila mudah membenam cabaran Trinidad and Tobago 3-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 di Bridgeview semalam. Michael Bradley memberikan gol pertama buat Amerika apabila menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-9. Sembilan minit kemudian, kedudukan berubah menjadi 2-0 apabila Clint Dempsey merembat kencang masuk ke gawang gol Trinidad.
September 8, 2008

 
Pasukan Mexico yang dibimbing oleh Sven Goran Erickson berjaya mengalahkan Jamaica 3-0 dalam perlawanan yang diubah tempat ke Azteca. Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 zon CONCACAF itu sepatutnya berlangsung di Kingston tetapi terpaksa diubah ke Azteca untuk mengelakkan Taufan Gustav yang melanda Caribbean.
August 22, 2008





Skuad wanita Amerika Syarikat mengenepikan segala ramalan awal yang memihak kepada Brazil apabila menewaskan skuad dari Amerika Selatan itu dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan akhir acara bola sepak wanita Sukan Olimpik Beijing di Stadium Pekerja Beijing malam tadi.
Bagaimanapun, kemenangan itu tidak dicapai dengan mudah sebaliknya ia berlanjutan sehingga ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan gagal menemui sentuhan penyudah pada masa penuh permainan.
August 19, 2008
 
 
Skuad wanita Brazil meneruskan buruan merangkul pingat emas apabila menewaskan skuad Jerman …
August 11, 2008


11 OGOS - Pasukan Itali terus mengganas dengan menjadikan Korea Selatan sebagai mangsa seterusnya. Itali menewaskan Korea Selatan …
August 10, 2008


10 OGOS - Pasukan wanita Argentina gagal menuruti jejak pasukan bola sepak lelakinya apabila tewas kepada pasukan Sweden …
August 8, 2008

8OGOS - Pasukan Brazil memulakan kempen memenangi pingat emas Sukan Olimpik dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan Belgium 1-0 dalam perlawanan Kumpulan C di Shenyang semalam. Hernanes muncul wira …
June 6, 2008
6 JUN – Sepanyol berada di landasan yang betul apabila menewaskan pasukan Amerika Syarikat 1-0 dalam perlawanan persahabatan menjelang Euro’08 kelmarin. Gol jaringan Xavi Hernandes pada minit ke-79 membantu Sepanyol mencatatkan kemenangan 16 perlawanan berturut-turut. Walaupun tidak mempamerkan mutu persembahan yang menarik namun Sepanyol agak bernasib baik mencatat kemenangan ini.
|