Category: Skuad Afrika Selatan
November 20, 2009


Portugal berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia dengan bergaya apabila menewaskan Bosnia-Herzegovina 1-0 dalam perlawanan kedua play-off di Stadium Olympic semalam sekaligus menang dengan agregat 2-0.
Selepas menang 1-0 di Lisbon minggu lalu, pasukan bimbingan Carlos Queiroz menampilkan persembahan lebih menarik untuk menempah tempat ke Afrika Selatan.
June 30, 2009


Sepanyol menebus kehampaan gagal ke perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila berjaya menduduki tempat ketiga selepas berhempas pulas menundukkan Afrika Selatan 3-2 pada masa tambahan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat hari Ahad lalu.
Sepanyol yang tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat dalam saingan di separuh akhir, ketinggalan pada minit ke-73 hasil jaringan penyerang Afrika, Katlego Mphela sebelum Daniel Guiza menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit (minit ke-87 dan 88) untuk memberikan juara Eropah itu kelebihan untuk memenangi perlawanan itu.
June 29, 2009


Sepakan percuma Xavi Alonso pada masa tambahan membolehkan Sepanyol mengenepikan cabaran sengit Afrika Selatan dengan mencatat kemenangan tipis 3-2 sekaligus memberikan juara Eropah itu tempat ketiga dalam Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009.
Sepanyol, yang rekod tanpa kalahnya sebanyak 35 perlawanan lebur selepas kecundang kepada Amerika Syarikat pada perlawanan separuh akhir, kelihatan masih gagal melupakan kejutan yang diterimanya itu dan kelihatan akan mencatat satu lagi kekalahan apabila Katlego Mphela meletakkan Afrika di depan pada minit ke-73.
June 26, 2009


Pemain gantian, Daniel Alves menghampakan harapan rakyat Afrika Selatan apabila sepakan percumanya tiga minit sebelum tamat perlawanan menggegar jaring bagi membolehkan Brazil melangkah ke perlawanan akhir Piala Konfederasi dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tuan rumah itu di Johannesburg semalam.
Pemain pertahanan kanan Barcelona itu, yang hanya masuk pada penghujung perlawanan, meledakkan rembatan dari jarak 18 ela untuk melenyapkan sorakan penyokong tempatan yang teruja dengan persembahan baik pasukan mereka.
June 21, 2009


Sepanyol memecahkan rekod dunia dengan mencatat kemenangan ke-15 berturut-turut selepas mengalahkan Afrika Selatan 2-0 dalam saingan Kumpulan A Piala Konfederasi FIFA 2009 semalam.
Gol dari David Villa dan Fernando Llorente membolehkan Sepanyol melepasi Brazil, Australia dan Perancis di samping menyamai tahap pasukan Brazil dengan rekod tanpa kalah sebanyak 35 perlawanan.
June 18, 2009


Juara Eropah, Sepanyol menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila menang tipis 1-0 ke atas juara Asia, Iraq di Afrika Selatan semalam.
Kemenangan itu membolehkan Sepanyol meneruskan catatan tanpa kalah dalam 34 perlawanan dan hanya kurang satu perlawanan dari rekod dunia catatan Brazil yang berjumlah 35 perlawanan tanpa kalah.
Gol tandukan kencang David Villa pada minit ke-55 meletakkan penyerang itu di tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak dalam sejarah Sepanyol dengan 30 gol, 14 gol di belakang rekod milik Raul sebanyak 44 gol.
August 21, 2008


Pasukan Australia yang sedang dalam persediaan menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2010 hanya mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Afrika Selatan dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Loftus Road, Queens Park Rangers.
Afrika Selatan yang layak ke Piala Dunia 2010 selaku tuan rumah, mendahului Australia 1-0 apabila Siyabonga Nkosi menyudahkan hantaran Benni McCarthy pada minit ke-21. Bagaimanapun, empat minit kemudian Mile Sterjovski berjaya menjaringkan gol untuk Australia mengikat kedudukan 1-1.
|