IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pengurus Rafael Benitez

January 12, 2010

Torres Mungkin Terpaksa Dijual – Benitez.

Rafael Benitez mengakui yang Liverpool mungkin terpaksa melepaskan Fernando Torres jika mereka gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara Eropah musim lalu.

Isu kewangan Liverpool yang tenat sememangnya sering diperkatakan dan difahamkan yang Benitez hanya diperuntukkan dengan dana yang kecil hasil penjualan beberapa pemainnya bulan ini.

January 2, 2010

Glen Johnson Bakal Berehat Selama Sebulan - Benitez.

Pemain pertahanan Liverpool, Glen Johnson bakal diketepikan sekurang-kurangnya selama sebulan ekoran kecederaan buku lali tetapi pihak kelab akan melihat pilihan yang ada sepanjang tempoh pemulihan pemain itu.

Johnson mengalami kecederaan itu pada buku lali kanannya dan terpaksa digantikan ketika permainan masih berbaki seminit dalam perlawanan menentang Aston Villa yang dimenangi oleh Liverpool pada 29 Disember lalu.

December 26, 2009

Benitez Tidak Benarkan Torres Jalani Pembedahan.

Rafael Benitez menegaskan yang Liverpool tidak mempunyai keperluan untuk menghantar penyerangnya, Fernando Torres menjalani pembedahan atas kecederaan hernia yang dialaminya.

Pengurus Liverpool itu memberi reaksi atas cadangan Sepanyol yang mahukan penyerangnya itu segera menjalani pembedahan untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan yang boleh menghalang peluangnya beraksi di pusingan akhir Piala Dunia.

November 27, 2009

Pengurusan Liverpool Beri Jaminan Yang Jawatan Benitez Masih Selamat.

Jawatan pengurus Liverpool, Rafael Benitez masih dikira selamat ekoran sokongan terbuka yang dinyatakan oleh Pengarah Urusan kelab itu, Christian Purslow agar beliau dikekalkan walaupun kelab itu dilanda bencana terkeluar dari saingan Liga Juara Eropah buat pertama kali sejak musim 2002/03.

Liverpool menewaskan Debrecen 1-0 hasil jaringan tunggal David Ngog tetapi keputusan perlawanan di Stadium Ferenc Puskas, Budapest langsung tidak relevan buat Liverpool berikutan Fiorentina turut menang 1-0 ke atas Olympique Lyon yang langsung menutup laluan Liverpool ke pusingan seterusnya.

November 18, 2009

Saya Akan Berhenti Jika Torres Dijual – Benitez.

Rafael Benitez menegaskan yang beliau akan berhenti dari tugasnya selaku pengurus Liverpool andai bintang penyerangnya, Fernando Torres dijual tanpa kerelaannya.

Bebanan hutang Liverpool mula menimbulkan tanda tanya sama ada pemilik bersama kelab itu, Tom Hicks dan George Gillet akan menjual penyerang Sepanyol itu bagi mendapatkan dana tambahan.

Bagaimanapun, Benitez dalam kenyataannya kepada pihak media menegaskan yang pemain berusia 25 tahun itu tidak akan dijual dengan apa-apa nilai pun.

November 13, 2009

Senarai Kecederaan Pemain Liverpool Peningkan Benitez.

Rafael Benitez menjadi antara orang yang menarik nafas lega apabila tempoh rehat liga sempena aksi perlawanan antarabangsa akhirnya tiba, sambil berharap beberapa pemainnya yang tercedera akan kembali cergas untuk menghadapi perlawanan genting menentang Manchester City pada 21 November nanti di Anfield.

Liverpool terpempan dengan senarai kecederaan terbaru dalam perlawanan menentang Birmingham yang berkeputusan seri 2-2 hari Isnin lalu, dengan Youssi Benayoun dan Albert Riera kedua-duanya terpaksa diusung keluar.

November 9, 2009

Benitez – Pemain Liverpool Sudah Bersiap Untuk Berjuang.

Rafael Benitez percaya perasaan para pemainnya sedang membuak-buak memikirkan perjalanan Liverpool musim ini dan mahu bangkit berjuang bagi menamatkan musim ini dengan kedudukan terbaik.

Liverpool terdesak untuk mendapatkan kemenangan untuk mengembalikan keyakinan mereka selepas hanya mencatat satu kemenangan dari lapan perlawanan dalam semua kejohanan dan kini memperolehi peluang itu apabila turun menentang Birmingham dalam saingan EPL di Anfield hari ini.

October 17, 2009

Benitez Harapkan Gerrard Dan Torres Segera Pulih Dari Kecederaan.

Rafael Benitez kini pening kepala memikirkan yang beliau kehilangan khidmat dua pemain utamanya, Steven Gerrard dan Fernando Torres dalam kunjungan ke Sunderland hari ini.

Gerrard kini sedang menjalani proses pemulihan dari kecederaan otot sekembalinya dari tugas antarabangsa bersama England, dan selepas bermain dalam perlawanan yang dimenangi England ketika menentang Belarus, dia dikatakan tidak cergas untuk menyertai barisan pemain Liverpool ke Sunderland.

August 22, 2009

Kyrgiakos Akan Berikan Liverpool Lebih Pilihan – Benitez.

Pemain antarabangsa Greece, Sotiris Kyrgiakos akan menambah kekuatan dan pengalaman kepada benteng pertahanan Liverpool, begitulah menurut Rafael Benitez selepas bersetuju untuk mengikat pemain AEK Athens hari Khamis lalu.

Kyrgiakos, 30, yang mempunyai 49 ‘caps’ bersama negaranya, dijangka akan melengkapkan perpindahannya dengan menjalani ujian perubatan di Anfield.

May 24, 2009

Alonso Masih Dalam Sebahagian Perancangan Saya – Benitez.

Rafael Benitez tampil untuk meredakan spekulasi yang mengatakan Xavi Alonso akan meninggalkan Liverpool akhir musim ini.

Pengurus Liverpool itu memberikan reaksinya tentang laporan yang mengatakan pemain tengah Sepanyol akan bermain dalam perlawanan terakhirnya bersama ‘The Reds’ menentang Tottenham Hotspur hari ini sebelum berpindah.

Laporan mendakwa Real Madrid akan membuat tawaran memikat Alonso andainya Florentino Perez memenangi pertandingan pemilihan presiden kelab itu bulan depan dengan melibatkan nilai 20 juta pound, sekaligus membantu Benitez mendapatkan dana bagi pembelian pemain baru musim depan.

May 4, 2009

Manchester United Pasti Akan Cicirkan Mata – Benitez.

Rafael Benitez tetap menjangkakan yang Manchester United bakal keciciran mata selepas Liverpool kembali merapatkan jurang kepada tiga mata apabila menewaskan Newcastle United 3-0 di Anfield kelmarin.

Gol pada babak pertama menerusi Youssi Benayoun dan Dirk Kuyt diikuti tandukan pada minit terakhir Lukas Leiva menyaksikan Liverpool masih enggan mengalah walaupun United masih berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

March 31, 2009

Benitez – Gerrard Sepatutnya Dinamakan Pemain Terbaik PFA.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan yang Steven Gerrard sepatutnya dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan PFA.

Dipercayai bintang Manchester United, Nemanja Vidic dan Ryan Giggs adalah pilihan utama untuk memenangi anugerah itu, tetapi Benitez merasakan Gerrard lebih layak.

Pemain tengah England itu sedang berada di prestasi terbaik dalam kerjayanya dan telah menjaringkan 21 gol musim ini untuk menjadi watak penting dalam usaha Liverpool memburu kejuaraan liga.

March 20, 2009

Benitez Mahu Pastikan Bintangnya Diikat Lebih Lama.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez akan mengusahakan agar bintang-bintang utamanya diikat lebih lama, sesuatu yang menjadi keutamaannya, selepas beliau menandatangani kontrak baru bersama kelab itu sehingga musim panas 2014.

Anfield bakal berada dalam suasana ‘bahaya’ ekoran kebuntuan rundingan Benitez dengan kelab itu, di mana kontrak Benitez kelihatan bakal berakhir tanpa sebarang persetujuan dicapai, tetapi ia akhirnya terungkai apabila persefahaman dicapai antara kedua-dua pihak pada hari Rabu lalu.

March 14, 2009

Selepas Real Madrid, Kini Tiba Giliran Manchester United – Benitez.

Selepas kejayaan Liverpool membelasah Real Madrid 4-0 dalam saingan Liga Juara Eropah hari Selasa lalu, Rafael Benitez merasakan yang kelab bimbingannya itu akan kembali mencabar gelaran juara liga dengan kemenangan ke atas Manchester United di Old Trafford hari ini.

Sebelum pertembungan dengan Real Madrid, Benitez mengeluh yang Liverpool masih dipandang ringan dalam saingan kalah mati peringkat Eropah, tetapi keadaan itu berubah sebaik kelab itu memberikan kekalahan paling teruk kepada Real dalam sejarahnya di Eropah.

February 28, 2009

Benitez - Torres Hampir Pasti Digugurkan Dalam Kunjungan Liverpool Ke Middlesbrough.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengesahkan yang Fernando Torres hampir pasti tiada dalam senarai pemain yang akan berkunjung ke Middlesbrough hari ini.

Penyerang Sepanyol itu mengalami kecederaan buku lali ketika menentang Real Madrid awal minggu ini dan digantikan selepas sejam perlawanan berlangsung. Keadaan itu meninggalkan Benitez dengan hanya sedikit pilihan ketika berhadapan dengan Boro, pada ketika mereka amat memerlukan tiga lagi mata berharga untuk memastikan pemburuan gelaran juara liga masih terus bernyawa.

February 7, 2009

Benitez Resah, Liverpool Kehilangan Khidmat Gerrard Selama Tiga Minggu.

Liverpool terpaksa menerima hakikat yang mereka bakal kehilangan khidmat ketua pasukannya, Steven Gerrard yang mengalami kecederaan hamstring selama tiga minggu selepas pemain itu menjalani pemeriksaan perubatan.

Gerrard terpaksa dikeluarkan hanya selepas beraksi selama 16 minit ketika perlawanan menentang Everton dalam saingan pusingan keempat Piala FA yang menyaksikan Liverpool tumbang 0-1 hasil jaringan pemain muda Everton, Dan Gosling pada masa tambahan.

Kenyataan dalam laman web rasmi kelab itu menyebut yang imbasan telah dilakukan pada kaki pemain itu dan disahkan dia mengalami kecederaan hamstring pada kaki kirinya.

February 4, 2009

Benitez Akui Tanggung Risiko Di Sebalik Penjualan Keane Kepada Spurs.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengakui yang beliau mengambil risiko apabila menjual Robbie Keane kepada Tottenham Hotspur, lebih-lebih lagi beliau gagal mendapatkan pengganti pemain itu sebelum tamat tarikh yang ditetapkan.

Pemergian Keane itu merupakan satu kejutan memandangkan yang dia hanya berada di Anfield untuk tempoh enam bulan sahaja tetapi Benitez menganggap yang beliau tidak mempunyai pilihan selain melepaskan Keane, merasakan situasi pemain Ireland itu tidak bagus untuk keseluruhan pasukan.

January 17, 2009

Benitez Dan Liverpool Belum Capai Kata Sepakat Tentang Kontrak Barunya.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez dikatakan menolak terma perjanjian dalam kontrak barunya yang dikemukakan kelab itu.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu yang berada di Anfield sejak 2004 itu telah menerima tawaran baru dari pemilik kelab itu, Tom Hicks dan George Gillett. Beliau mengesahkan yang kontrak itu berkaitan dengan tempoh kontrak dan gaji yang akan diterimanya.

Bagaimanapun, Benitez menegaskan yang beliau hanya akan menerima tawaran baru itu sekiranya beliau diberikan lebih kuasa untuk membuat keputusan mengenai pasukannya.

December 16, 2008

Liverpool Bakal Berentap Dengan Arsenal Tanpa Kelibat Benitez.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez akan bercuti ketika kelab itu sedang melakukan persiapan untuk bertemu dengan pesaingnya, Arsenal hari Ahad nanti, dengan tugasnya dipikul oleh Sammy Lee.

Pembantu pengurus, Lee akan mengambil alih sebentar tugas Benitez kerana pengurus berbangsa Sepanyol itu akan menjalani pembedahan kecil menggantikan buah pinggangnya.

December 5, 2008

Benitez Risau Torres Kembali Dibelenggu Kecederaan.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengesahkan bahawa Fernando Torres mengalami kecederaan hamstring yang serius menyebabkan penyerang Sepanyol itu terpaksa berehat sehingga awal tahun depan.

Pemain 24 tahun itu pada awalnya dikatakan hanya perlu berehat selama dua minggu sahaja tetapi pakar perubatan di Sepanyol menasihatkan bekas penyerang Atletico Madrid itu supaya berehat selama sebulan.

November 27, 2008

Liga Juara Eropah - Benitez Jangka Tentangan Sengit Marseille.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez berkata pasukannya sudah bersiap sedia untuk menanti kedatangan Marseille ke Anfield dalam saingan Liga Juara Eropah awal pagi nanti.

Kelab Perancis itu ke Anfield dengan matlamat untuk mencatat kemenangan bagi membuka semula ruang untuk mereka melangkah ke saingan kalah mati Liga Juara Eropah. Sekiranya seri, mereka tetap layak ke saingan Piala UEFA.

November 22, 2008

Torres Cergas, Gerrard Bakal Direhatkan - Benitez.

Fernando Torres bersedia untuk diturunkan dalam penampilan pertamanya di Anfield selepas berehat tiga minggu akibat kecederaan hamstring ketika Liverpool menanti kunjungan Fulham dalam saingan EPL hari ini. Bagaimanapun, malang menimpa kaptennya, Steven Gerrard yang bakal diketepikan dari perlawanan itu kerana mengalami kecederaan otot.

November 12, 2008

Piala Carling - Keane Dan Gerrard Bakal Direhatkan.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengesahkan bahawa Robbie Keane dan Steven Gerrard akan direhatkan ketika pertemuan menentang Tottenham Hotspur dalam saingan pusingan keempat Piala Carling hari ini. Selain itu, Jamie Carragher, Dirk Kuyt dan Xabi Alonso turut akan memanaskan bangku simpanan semasa perlawanan itu berlangsung.

November 8, 2008

Benitez Adakan Perbincangan Kontrak Barunya.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez bakal mengadakan perbincangan untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab EPL itu. Warga Sepanyol itu dijangka akan ditawarkan kontrak baru berdasarkan prestasi semasa Liverpool yang agak baik pada musim ini. Benitez akan mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab, George Gillett dan Tom Hicks pada minggu hadapan untuk berbincang tentang perkara itu.

November 4, 2008

Benitez Pasrah Keadaan Torres.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menyerahkan kepada keadaan sama ada dapat menurunkan Torres atau tidak dalam perlawanan menentang bekas kelabnya, Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara Eropah di Anfield awal pagi nanti. Torres terlepas lima aksi bersama Liverpool setelah mengalami kecederaan kaki ketika mewakili Sepanyol dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 bulan lalu. Ketiadaannya juga menyaksikan Liverpool tumpas 1-2 kepada Tottenham Hotspur dalam saingan EPL Sabtu lalu yang juga merupakan kekalahan pertama Liverpool musim ini.

Next Page »