Category: Pengurus Mark Hughes
December 22, 2009


Pengurus Manchester City dipecat dari jawatannya walaupun kelab itu mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Sunderland hujung minggu lalu.
Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dan pemilik kelab itu, Sheikh Mansour dikatakan kurang berpuas hati dengan pencapaian buruk City di mana kelab itu hanya mencatat dua kemenangan dari lapan perlawanan liga.
September 23, 2009


Pengurus Manchester City, Mark Hughes lantang mempertahankan perbuatan Craig Bellamy dalam pertembungan menentang seteru setempat, Manchester United hari Sabtu lalu dengan mendakwa penyerang City itu menjadi mangsa dalam insiden kontroversi dengan penonton di Old Trafford.
Pihak FA dan pihak polis Manchester telah mengadakan siasatan ke atas insiden itu di mana Bellamy dikatakan menumbuk muka penyokong Manchester United yang memasuki padang sebaik Michael Owen menjaringkan gol kemenangan United pada masa kecederaan.
August 23, 2009


Pengurus Manchester City, Mark Hughes menegaskan beliau masih belum menamatkan usaha untuk mendapatkan khidmat pemain Pertahanan Everton, Joleon Lescott walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan beliau sudah menggugurkan nama Lescott dari senarai pemain yang ingin dimilikinya.
Lescott menjadi buruan City sejak beberapa minggu lalu, dengan Everton telahpun menolak tawaran 15 juta pound dan 18 juta pound dari pesaingnya itu.
Pemain pertahanan tengah itu turut menyuarakan hasratnya untuk berpindah namun ia juga ditolak oleh pengurusan kelabnya, tetapi sejak itu dia sering diketepikan David Moyes dari kesebelasan utama Everton.
June 7, 2009


Pengurus Manchester City, Mark Hughes mengesahkan yang beliau berminat untuk mendapatkan khidmat Carlos Tevez, di mana kontrak pinjaman dua tahunnya dengan Manchester United tamat selepas berakhirnya musim ini.
Masa depan Tevez menjadi bahan spekulasi dan dipercayai akan kekal menjadi hak United dengan menandatangani kontrak baru. Dan mereka dijangka akan menawarkan 32 juta pound sebagai tanda harga untuk mengikat penyerang antarabangsa Argentina itu.
January 16, 2009


Pengurus Manchester City, Mark Hughes akan tetap meneruskan usaha untuk mendapatkan pemain tengah AC Milan, Kaka.
Laporan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mendakwa yang rundingan antara kelab itu dengan Kaka telah berakhir di sebalik berita yang mengatakan pemain Brazil itu bakal diikat City dengan nilai 100 juta pound, selain dia dijangka akan dibayar 500,000 pound seminggu.
Arabianbusiness.com yang memaparkan berita pengambil alihan City oleh jutawan ADUG pada musim panas lalu, mendakwa mereka memperolehi berita tentang kegagalan rundingan dengan pemain itu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
January 6, 2009


Pengurus Manchester City, Mark Hughes mahukan lima lagi pemain baru untuk diikat untuk mengelakkan kekecewaan ketika tewas 0-3 kepada Nottingham Forest dalam saingan Piala FA berulang.
Sebelum perlawanan itu, Hughes sempat memperkenalkan Wayne Bridge, pemain yang ditandatangani dari Chelsea dengan nilai 10 juta pound, kepada para penyokong City, namun penyingkiran City dari saingan Piala FA menyebabkan Hughes mensasarkan untuk mendapatkan lima lagi pemain baru untuk ditandatangani.
January 4, 2009


Menjelang pembukaan pintu perpindahan pemain, pengurus Manchester City, Mark Hughes menegaskan yang kelab terkaya di dunia itu tidak akan sesuka hati membeli bintang-bintang bola sepak untuk bermain dengan kelab itu.
City telah dikaitkan dengan beberapa nama besar, termasuk Gianluigi Buffon dan pemain tengah Brazil, Kaka, tetapi Hughes merasakan yang kelab itu tidak mudah untuk mempersetujui jumlah bayaran yang diminta pemain-pemain terbabit.
November 30, 2008


Pengurus Manchester City, Mark Hughes menganggap pertemuan antara kelabnya dengan Manchester United hari ini sebagai antara pertemuan terpenting dalam saingan EPL musim ini.
Hughes menyedari bahawa dia mampu melengkapkan City dengan pemain-pemain terbaik sebaik sahaja pintu perpindahan pemain dibuka Januari nanti berikutan pengambilalihan pengurusan kelab oleh Konsortium Abu Dhabi musim panas lalu.
October 26, 2008


Manchester City menerima khabar buruk apabila pemainnya, Martin Petrov disahkan mengalami kecederaan serius dan bakal berehat panjang. Perkara ini disahkan oleh pengurus City, Mark Hughes dalam kenyataan yang dibuat menerusi laman web rasmi kelab itu. Hughes juga mengesahkan bahawa kecederaan kaki Petrov amat serius dan pemain itu dijangka akan berehat selama tiga hingga empat bulan.
Petrov mengalami kecederaan itu sewaktu dia bermain untuk negaranya dalam satu tugas antarabangsa minggu lalu. Pemain itu telahpun dibawa berjumpa dengan pakar Isnin lalu untuk mengetahui sejauh mana tahap kecederaannya.
September 26, 2008


Mark Hughes menyifatkan pemainnya kurang profesional selepas Manchester City dimalukan oleh Brighton dalam saingan Piala Carling kelmarin. City tunduk kecewa 3-5 kepada kelab Divisyen 1 itu menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa penuh permainan. Keputusan memalukan ini muncul hanya selepas dua hari pengesahan pengambil alihan City yang melibatkan nilai 200 juta pound oleh Abu Dhabi United Group (ADUG).
September 13, 2008


Pengurus Manchester United, Alex Ferguson berang dengan kenyataan Mark Hughes bahawa Manchester City kini adalah pasukan yang terhangat di pasaran. Hughes juga dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa perlawanan antara Manchester City dengan Chelsea lebih hebat daripada perlawanan Manchester United menentang Liverpool malam ini. Hughes melabelkan perlawanan kelabnya dengan Chelsea itu sebagai pertembungan dua kuasa terkaya EPL.
Comments Off
|