Category: Pengurus Jose Mourinho
February 20, 2010


Media tempatan Sepanyol mendakwa yang Real Madrid sedang berusaha mendapatkan khidmat Jose Mourinho dari Inter Milan pada musim panas nanti.
Pihak media itu yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan kelab gergasi Sepanyol itu melaporkan juara Eropah sembilan kali itu menjadikan Mourinho sasaran mereka lebih-lebih lagi mereka tewas kepada Lyon dalam saingan Liga Juara Eropah hari Selasa lalu.
January 16, 2010


Jose Mourinho hanya akan mengambil alih tugas Rafael Benitez di Liverpool jika kelab itu dijual kepada pelabur yang boleh bersaing dengan Manchester City dan Chelsea dalam urusan jual beli pemain.
Keputusan tentang masa depan Benitez masih samar-samar sehingga akhir musim ini, dengan usaha mendapatkan pelabur kini giat sedang dalam perbincangan.
December 27, 2009


Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho menafikan yang beliau akan meninggalkan kelab itu sebaik tamat musim ini.
Mourinho membimbing Inter memenangi kejuaraan liga pada musim pertamanya di kelab itu dan kelihatan akan berjaya mengekalkan pencapaian itu musim ini tetapi pengurusan kelab itu tidak begitu teruja disebabkan mereka kurang menyerlah dalam saingan Liga Juara Eropah manakala Mourinho sendiri tidak mempunyai hubungan yang baik dengan media Itali.
December 23, 2009


Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho mengingatkan pengurus baru Manchester City, Roberto Mancini yang kehidupan dalam saingan Liga Perdana adalah amat berbeza dengan suasana di Itali.
Mourinho, yang mengambil alih tugas Mancini di kelab itu musim lalu, menemui kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan suasana Serie A pada awal ketibaannya dan beliau menjangka perkara yang sama akan menimpa Mancini apabila mengendalikan City nanti.
May 27, 2009


Jose Mourinho telah menandatangani kontrak baru bersama Inter Milan yang mengekalkannya sehingga Jun 2012.
Bekas pengurus Chelsea itu, yang membimbing Inter gelaran juara Serie A pada tahun pertamanya bersama kelab itu, pada peringkat awal lagi mengatakan yang kemungkinan beliau meninggalkan Inter hanyalah 0.01%.
Mourinho mengambil alih tugas selaku pembimbing Inter pada akhir musim lalu berikutan pengunduran Roberto Mancini dan membantu kelab itu memenangi gelaran liga buat kali keempat berturut-turut.
April 24, 2009


Jose Mourinho sekali lagi mencipta kontroversi apabila mengkritik pengurusan bola sepak Itali, di samping mendakwa yang arena bola sepak di England ibarat ‘syurga’ bagi pengurus yang mempunyai rancangan jangka panjang.
Jurulatih Inter Milan itu, yang kini dalam usaha merangkul kejuaraan liga Italinya yang pertama, telah menyaksikan sepuluh pengurus Serie A dilantik dan disingkir dalam jangka masa singkat oleh kelab-kelab mereka. Beliau merasakan bola sepak England lebih banyak memberikan peluang buat pengurus mencapai sesuatu kejayaan.
March 15, 2009


Jabatan Polis Manchester sedang menyiasat insiden tumbukan yang melibatkan Jose Mourinho selepas pertembungan Inter Milan-Manchester United dalam saingan kalah mati Liga Juara Eropah hari Rabu lalu di Old Trafford.
Dakwaan menyebut Mourinho telah menumbuk penyokong yang cuba mendekati bas yang membawa pemain-pemain Inter ketika hendak meninggalkan stadium selepas kekalahan 0-2 kepada United.
Pihak polis telah menghubungi pihak United untuk mendapatkan tayangan CCTV di tempat kejadian dan mengesahkan aduan telah dibuat.
January 27, 2009


Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho mengakui yang beliau berminat untuk mendapatkan Didier Drogba atau Jermaine Jenas sebelum pintu perpindahan pemain ditutup.
Pasukan bimbingan Mourinho itu kini menduduki takhta Serie A dan walaupun beliau gembira dengan pemain-pemain yang ada dalam pasukannya, beliau tetap mahu menambah kekuatan sedia ada dengan kemasukan Drogba dan Jenas.
Drogba kini sedang berhadapan krisis dengan pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari sepanjang minggu, menguatkan spekulasi yang dia akan meninggalkan Stamford Bridge.
January 25, 2009


Inter Milan mungkin memulakan tahun baru dengan agak perlahan tetapi Presiden kelab itu, Massimo Moratti tetap gembira dengan pencapaian juara tiga tahun berturut-turut itu di bawah bimbingan Jose Maorinho yang kini masih menerajui takhta Serie A.
Keputusan seri 1-1 dengan Cagliari dan kekalahan 1-3 kepada Atalanta minggu lalu menipiskan jurang dengan Juventus ditangga kedua kepada hanya tiga mata sahaja ketika perjalanan liga sudah melepasi separuh musim.
Bagaimanapun, dengan pencapaian tanpa kalah Nerazzurri di San Siro dan hanya tumpas dalam dua dari 19 perlawanannya, Moratti menganggap Mourinho telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang.
November 22, 2008

 
Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho dan jurulatih Juventus, Claudio Ranieri bakal bertembung dalam persaingan Serie A antara dua bekas pengurus Chelsea. Kedua-dua jurulatih itu dilihat mempunyai corak pengendalian yang berbeza ketika menguruskan kelab masing-masing.
November 13, 2008


Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho memberi amaran kepada pemainnya bahawa mereka tidak boleh terus bergantung kepada nasib untuk mengekalkan kedudukan mereka selaku pendahulu Serie A. Ia berikutan persembahan barisan penyerangnya yang kebuntuan gol sehinggalah Julio Cruz menyelamatkan mereka dengan gol kemenangan pada saat akhir ketika menewaskan Udinese.
October 29, 2008


Pengurus Inter Milan, Jose Mourinho mengambil tindakan tegas dengan menggugurkan nama penyerang Brazil, Adriano dari kesebelasan utama yang akan turun menentang Fiorentina hari ini kerana kes disiplin. Adriano dikatakan datang lewat ke sesi latihan kelab itu menyebabkan Mourinho berang dan mengarahkan pemain itu pulang.
October 1, 2008


Pengurus Inter Milan, Jose Mourinho yakin pasukan bimbingannya akan bangkit semula selepas kecundang 0-1 kepada AC Milan dalam pertembungan dua Milan Ahad lalu. Kekalahan itu adalah yang pertama buat Inter di bawah bimbingan Mourinho. Perlawanan Kumpulan B Liga Juara Eropah menentang Werder Bremen awal pagi esok sekurang-kurangnya membolehkan Inter melupakan kekalahan itu.
September 24, 2008


Juara Itali, Inter Milan kini sudah semakin serasi dengan corak pengendalian pengurus baru mereka, Jose Mourinho dan sudah bersedia untuk mencatat kemenangan seterusnya ketika menentang Lecce hari ini. Kemenangan bergaya ketika mengalahkan kelab Greece, Panathinaikos dalam saingan Liga Juara Eropah serta mengalahkan Torino dalam saingan Seria A Ahad lalu menambahkan keyakinan kem Inter untuk berhadapan dengan Lecce nanti. Ditambah pula dengan prestasi penyerangnya, Zlatan Ibrahimovic yang kian meningkat pastinya jentera serangan Inter akan lebih berbisa.
|