IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pengurus Fabio Capello

December 30, 2009

Beckham Perlu Cergas Jika Mahu Ke Piala Dunia – Capello.

Pengurus England, Fabio Capello menegaskan yang beliau akan menyenaraikan David Beckham dalam skuad yang akan bermain di pusingan akhir Piala Dunia tahun depan sekiranya pemain itu berada pada tahap kecergasan tinggi, kenyataan yang merujuk kontrak pinjaman pemain itu buat kali kedua bersama AC Milan.

Beckham kembali ke Milan sehingga akhir musim ini dalam usahanya merebut tempat dalam skuad England sambil menambah penampilannya bersama skuad England yang kini mencecah 115 caps, satu rekod buat mana-mana pemain England.

November 17, 2009

Capello Beri Amaran Agar David James Tingkatkan Kecergasan.

Fabio Capello memberi amaran kepada David James bahawa impiannya untuk bermain di pusingan akhir Piala Dunia bakal berakhir sekiranya penjaga gol itu gagal meningkatkan kecergasannya.

James dihantar pulang ke England berikutan mengalami kecederaan peha sebelum perlawanan persahabatan yang dimenangi Brazil di Doha. Itu bermakna penjaga gol veteran itu tidak berada dalam kesebelasan pertama England sejak saingan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine di Wembley pada 1 April.

November 11, 2009

Capello Namakan Warnock, Bent Dan Huddlestone Untuk Hadapi Brazil.

Fabio Capello menamakan pemain pertahanan Aston Villa, Stephen Warnock, pemain tengah Tottenham Hotspur, Tom Huddlestone dan penyerang Sunderland, Darrent Bent dalam skuad England yang akan menentang Brazil dalam perlawanan persahabatan.

England akan berhadapan dengan juara dunia lima kali itu pada hari Sabtu ini (14 November) di Doha, Qatar dan Capello menyenaraikan ramai muka baru dengan mengenepikan nama-nama besar seperti Steven Gerrard, Rio Ferdinand, Ashley Cole, Aaron Lennon, David James, Emile Heskey dan Carlton Cole.

October 29, 2009

Owen Belum Ada Dalam Perancangan Capello.

Pengurus England, Fabio Capello tetap tidak menyenaraikan nama Michael Owen walaupun penyerang Manchester United itu telah menjaringkan sejumlah 40 gol, lebih dari mana-mana pesaingnya di posisi berkenaan.

Capello membandingkan situasi dengan apa yang dilakukan oleh jurulatih Itali, Marcello Lippi yang dikritik kerana tidak menyenaraikan penyerang Sampdoria, Antonio Cassano dalam skuad Itali.

October 9, 2009

Rooney Gembira Di Bawah Bimbingan Capello.

Penyerang England, Wayne Rooney percaya yang Fabio Capello telah menemui bakat sebenar pada dirinya dalam pasukan England.

Rooney mengalami prestasi tidak menentu sewaktu England dibimbing oleh Steve McLaren tetapi kini penyerang Manchester United itu merupakan penjaring terbanyak dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon Eropah dengan sejumlah sembilan gol.

September 3, 2009

Barisan Skuad England Hadapi Croatia Diumum, Owen Masih Gagal Pikat Capello.

Michael Owen sekali lagi disisihkan oleh Fabio Capello dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 apabila England dijadualkan bertemu Croatia pada 9 September ini di Wembley.

Situasi itu menunjukkan tanggapan ramai pihak sebelum ini yang penyertaan Owen ke dalam skuad Manchester United untuk menghadapi saingan EPL musim baru ini akan membuka semula ruang buatnya menyertai skuad kebangsaan England ternyata meleset sama sekali.

Walaupun penyerang berusia 29 tahun itu telahpun menemui sentuhan gol dengan jaringan pertamanya dalam saingan kompetitif ketika perlawanan United menentang Wigan minggu lalu, namun Capello tetap memandang sepi prestasi penyerang yang berada dalam senarai keempat penjaring terbanyak England itu.

February 7, 2009

Capello Bawa Skuad England Ke Sepanyol Untuk Aksi Persahabatan.

Pengurus England, Fabio Capello memandang ke hadapan dengan membawa skuad bimbingannya ke Sepanyol minggu depan sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia akan datang.

Capello, yang dua kali menjadi pengurus pasukan La Liga, Real Madrid, akan membawa England ke Seville pada hari Rabu untuk berhadapan dengan juara Eropah itu.

January 30, 2009

Capello Gembira Dengan Prestasi Beckham Di Milan.

Prestasi baik David Beckham ketika bersama kelab AC Milan adalah bagus untuk skuad England, begitulah kata pengurusnya, Fabio Capello.

Pemain tengah England itu menyertai Milan secara pinjaman selam dua bulan dari LA Galaxy bulan ini dalam usahanya untuk mengekalkan kecergasannya ketika musim bola sepak Amerika Syarikat berhenti rehat.

Capello, yang menyaksikan aksi Beckham ketika perlawanan Milan menentang Genoa di San Siro, memberikan bayangan jelas yang pemain berusia 33 tahun itu akan berada dalam skuad England yang akan menentang Sepanyol dalam perlawanan persahabatan pada 11 Februari.

October 15, 2008

Capello Kehilangan Terry, Cole dan Green Ke Belarus.

Penjaga gol West Ham, Robert Green menyertai senarai pemain yang tercedera dalam skuad England menyebabkan pemain itu bakal mengikut jejak John Terry dan Ashley Cole yang digugurkan dari kunjungan ke Minsk untuk menentang Belarus hari ini. Green dikatakan mengalami kecederaan lutut dan hampir pasti disisihkan oleh Fabio Capello. Terry pula dikatakan belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialaminya yang menyebabkan namanya digugurkan ketika menentang Kazakhstan Sabtu lalu manakala Cole pula dikatakan mengalami kecederaan hamstring semasa perlawanan menentang Kazakhstan.

October 11, 2008

Capello Gugurkan Terry Lawan Kazakhstan.

Pengurus England, Fabio Capello mengesahkan bahawa ketua pasukannya John Terry tidak akan menyertai skuad itu yang akan menentang Kazakhstan dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 di Stadium Wembley hari ini. Dalam sidang akhbar itu, Capello memberitahu bahawa kecederaan belakang Terry belum sembuh sepenuhnya. Pada ketika skuad 23 pemain England menjalani latihan terakhir, Terry masih menjalani rawatan untuk merawat kecederaannya.

October 9, 2008

Wright-Phillips Kecewa Diketepikan Capello.

Shaun Wright-Phillips yang kini sedang memuncak prestasinya amat kecewa apabila mendapati dirinya kembali disisihkan oleh pengurus England, Fabio Capello.

Pemain sayap itu yang berpindah ke Manchester City dari Chelsea dengan nilai perpindahan 8.5 juta pound disenaraikan Capello dalam perlawanan menentang Switzerland di Wembley Februari lalu. Dalam perlawanan itu Wright-Phillips menjaringkan satu gol untuk membantu kemenangan 2-1 England ke atas Switzerland.

September 6, 2008

Ferdinand Terkeluar Dari Senarai Pemain England.

England yang bakal bertemu Andorra dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 bagi benua Eropah di Barcelona terpaksa mengenepikan pemain pertahanan berpengalaman, Rio Ferdinand dari senarai pemain kesebelasan utamanya.

Ini berikutan Ferdinand dikatakan mengalami kecederaan yang menyebabkan dia tersisih dalam perlawanan tersebut. Pengurus England, Fabio Capello mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar.

Bagaimanapun Capello berkata bahawa Ferdinand akan kembali cergas untuk diturunkan dalam perlawanan seterusnya menentang Croatia di Zagreb hari Sabtu depan. Pemain pertahanan berusia 29 tahun itu juga sekadar berada di tepi padang sewaktu pemain-pemain England menjalani latihan.