Category: Pengurus Carlo Ancelotti
April 5, 2010


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mendakwa yang Manchester United jauh lebih lemah tanpa kelibat Wayne Rooney tetapi mengakui yang ‘Red Devils’ tetap berpeluang melangkah ke separuh akhir Liga Juara Eropah.
Kecederaan buku lali bermakna penyerang United dan England itu terlepas aksi dalam perlawanan Chelsea-United hari Sabtu lalu, yang menyaksikan skuad bimbingan Ancelotti kini mendahului United dengan kelebihan dua mata dengan berbaki lima perlawanan.
August 4, 2009


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mendakwa yang beliau akan menggunakan kebanyakan penyerang yang dipunyai oleh kelab itu untuk menyokong sesama sendiri dalam formasi ‘diamond’.
Sebelum ini timbul kebimbangan yang Chelsea akan mengamalkan corak permainan negatif berikutan kebanyakan perancang Itali menggunakan corak sedemikian namun situasi terkini menunjukkan keadaan itu tidak akan berlaku kepada kelab itu musim baru nanti.
July 22, 2009


Pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti yakin yang ketua pasukannya, John Terry akan kekal di Stamford Bridge di sebalik usaha keras Manchester City untuk mendapatkan khidmatnya.
Terry menjadi sasaran pengurus City, Mark Hughes, yang percaya beliau mampu mempengaruhi kapten England itu meninggalkan Stamford Bridge namun di sebalik spekulasi yang membelenggu pemain itu, Ancelotti tetap percaya Terry akan kekal di Chelsea.
June 5, 2009


Chelsea mengesahkan yang Carlo Ancelotti telah dilantik sebagai pengurus baru kelab itu untuk menggantikan Guus Hiddink yang akan meneruskan kembali tugasnya selaku pembimbing skuad kebangsaan Rusia.
Hiddink yang hanya mengendali ‘The Blues’ untuk satu tempoh masa yang pendek, mengakhiri tugasnya dengan cemerlang apabila membawa kelab itu menjulang kejuaraan Piala FA selepas mengalahkan Everton 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley hari Sabtu lalu.
Ancelotti yang telah dikaitkan dengan Chelsea untuk sekian lama, menamatkan kontraknya bersama AC Milan pada hari Ahad lalu.
May 15, 2009


Jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti menafikan yang beliau telah bersetuju untuk mengambil alih jawatan pengurus Chelsea pada musim depan.
Sebaliknya, Ancelotti mendakwa yang beliau akan meneruskan tugasnya di San Siro.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan menentang Juventus yang berkesudahan dengan seri 1-1, Ancelotti menganggap berita itu sebagai ‘sampah’.
February 1, 2009


Jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti memuji David Beckham selepas satu lagi aksi hebat yang dipamerkan pemain tengah England ketika kelab itu mencatat keputusan seri 1-1 dengan Genoa.
Beckham menjaringkan gol menerusi gaya biasanya, sepakan percuma pada babak pertama, yang satu ketika kelihatan akan memberikan Rossoneri tiga mata sebelum Genoa merampas impian itu dengan gol penyamaan menerusi penyerangnya, Diego Milito ketika permainan berbaki tiga minit untuk ditamatkan.
Ancelotti berkata, “Dia mempamerkan satu lagi aksi hebatnya.”
January 19, 2009


Diselubungi asakan menggunung tentang spekulasi perpindahan Kaka ke Manchester City dengan nilai yang dikatakan mencecah 107 juta pound, jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti telah mempersiapkan mindanya yang besar kemungkinan beliau bakal kehilangan Kaka.
“Anda tidak boleh anggap bola sepak masih sama seperti 20 tahun yang lalu,” kata Ancelotti.
Kata-katanya itu dilihat cuba menggambarkan para penyokong Milan mengapa juara Eropah lapan kali itu membenarkan dan kelihatan menerima tawaran 107 juta pound dari City untuk memikat pemain tengah Brazil itu.
November 16, 2008


Jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti percaya prestasi Ronaldinho akan terus meningkat ketika persaingan Serie A semakin hangat dengan pemburuan kejuaraan musim ini. Pemain Brazil itu telah membuktikan bahawa dia kini berada dalam prestasi terbaiknya selepas berpindah dari Barcelona pada musim panas lalu. Setakat ini Ronaldinho belum gagal menggegar jaring lawan dalam tiga perlawanan terakhir Rossoneri.
|