IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pengurus Arsene Wenger

December 5, 2009

Kecederaan Walcott Tambah Kerunsingan Wenger.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan yang Theo Walcott mengalami kecederaan hamstring dan bakal terlepas aksi menentang Stoke City dalam saingan EPL hari ini.

Pemain sayap England itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Chelsea di mana Arsenal tewas 0-3 hari Ahad lalu selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

August 30, 2009

EPL – MU Menang Pertembungan Getir, Arsenal Ibarat Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.

Arsene Wenger diarahkan keluar padang pada saat akhir ketika penafian gol penyamaan pada masa kecederaan menambah duka buat Arsenal yang akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-2 kepada Manchester United di Old Trafford semalam.

Wenger awal-awal lagi sudahpun berasa kecewa ekoran anugerah penalti kontroversi kepada United selain jaringan sendiri oleh Abou Diaby meranapkan impiannya untuk membawa pulang tiga mata dari gelanggang keramat United itu.

Tetapi apabila gol penyamaan pada masa kecederaan oleh Robbie van Persie enggan diiktiraf oleh pengadil ekoran kedudukan ofsaid William Gallas, ia amat mengecewakan Wenger yang menunjukkan reaksi yang keterlaluan dan akibatnya beliau diarahkan ke tempat duduk penonton oleh pengadil, Mike Dean.

August 9, 2009

Wenger Ramalkan City Dan Villa Boleh Berada Dalam Kelompok Empat Terbaik EPL.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Berita EPL, Pengurus Arsene Wenger - 09 Aug 2009

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menjangkakan yang Manchester City, kelab yang menghabiskan banyak duit untuk membeli pemain baru, dan Aston Villa, yang menunjukkan peningkatan ketara pada saingan musim EPL yang lalu akan berada dalam kelompok empat pasukan terbaik EPL musim baru nanti.

Bagaimanapun, warga Perancis itu memberi amaran bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah buat City dengan mengambil kira apa yang berlaku kepada gergasi Sepanyol, Real Madrid musim lalu apabila terpaksa mengambil masa yang lama untuk muncul sebagai skuad yang mantap walaupun mempunyai barisan pemain bintang.

July 5, 2009

Wenger akan Pikat Chamakh Jika Adebayor Tinggalkan Arsenal.

Arsene Wenger amat yakin yang Emmanuel Adebayor akan kekal di Arsenal, tetapi pada masa yang sama beliau merasakan yang penyerang Bordeaux, Marouane Chamakh adalah pengganti yang sesuai andainya Adebayor memilih untuk meninggalkan kelab itu.

Masa depan penyerang Togo itu masih samar, dengan AC Milan berterusan menunjukkan minatnya terhadap pemain itu sejak dari musim panas lalu di mana Adebayor akhirnya bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.

February 21, 2009

Wenger Bersedia Untuk Turunkan Arshavin.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan yang Andrei Arshavin akan membuat penampilan dalam perlawanan menentang Sunderland di Stadium Emirates hari ini.

The Gunners kini terdesak dalam usaha untuk mencapai sasaran berada dalam kelompok empat pasukan terbaik EPL musim ini dan berharap pemain serba boleh Rusia yang bernilai 15 juta pound itu akan membantu mereka merapatkan kedudukan dengan pasukan ditangga keempat, Chelsea yang kini berkelebihan lima mata dengan mereka.

January 10, 2009

Wenger - Gallas Dan Silvestre Terpaksa Berehat Tiga Minggu.

Arsene Wenger mengesahkan yang dua pemain pertahanan Arsenal, William Gallas dan Mikail Silvestre terpaksa berehat selama tiga minggu akibat ditimpa kecederaan.

Silvestre mengalami kecederaan peha sejak minggu lalu dalam saingan Piala FA ketika menentang Portsmouth, manakala bekas ketua pasukan Arsenal, Gallas pula mengalami kecederaan hamstring.

December 31, 2008

Kedudukan Kewangan Arsenal Bataskan Keinginan Wenger Kukuhkan Pasukan.

Arsene Wenger mengakui yang beliau perlu membuat perubahan pemain ketika pintu perpindahan pemain dibuka Januari nanti untuk memacu Arsenal ke arah pemburuan gelaran juara liga namun beliau tidak tahu sama ada kedudukan kewangan kelab itu mampu memenuhi keinginannya.

Gol pada lewat permainan dari William Gallas memberikan kemenangan 1-0 ke atas Portsmouth untuk menghidupkan peluang buat Arsenal buat mengejar gelaran juara liga, bagaimanapun mereka tetap jauh ketinggalan dari pendahulu, Liverpool dengan jurang sepuluh mata.

December 15, 2008

Arsene Wenger Belum Mahu Mengaku Kalah.

Arsene Wenger percaya bahawa barisan bimbingannya akan kembali ke Stadium Emirates untuk berhadapan dengan pencabar kejuaraan EPL, Liverpool dengan semangat yang membara dan mengembalikan mereka ke landasan pemburuan kejuaraan EPL musim ini.

Pada hari sama ketika dua seteru utamanya, Liverpool dan Manchester United turut mencicirkan mata, maka keputusan Arsenal seri 1-1 dengan Middlesbrough dilihatnya masih belum menggugat peluang mereka untuk memburu gelaran liga. Tambahan pula, Chelsea turut diikat 1-1 oleh West Ham pada hari berikutnya.

December 2, 2008

Wenger Gembira Arsenal Mampu Tundukkan Chelsea.

Bercakap mengenai peluang Arsenal untuk mengejar gelaran juara liga mungkin terlalu awal tetapi Arsene Wenger percaya bahawa anak-anak buahnya kini telah bersedia ke arah itu. Keyakinannya itu memang tidak boleh disangkal lagi jika merujuk kepada kebangkitan Arsenal dari ketinggalan satu gol sebelum mengalahkan Chelsea 2-1 dalam saingan Liga Perdana England semalam.

Cabaran yang dihadapi oleh Arsenal bukan sahaja ketika berhadapan empat pesaing teratas EPL di mana dia turut mencatat kemenangan ke atas Manchester United tetapi juga ketika berhadapan dengan Fulham, Hull, Stoke dan Manchester City yang telah memberikannya empat dari lima kekalahan musim ini.

November 26, 2008

Fabregas Akan Ambil Alih Tugas Kapten – Wenger.


William Gallas akan disenaraikan dalam skuad Arsenal yang akan bertemu Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara Eropah di Stadium Emirates Rabu ini tetapi bukan sebagai ketua pasukan.

Arsene Wenger mengesahkan bahawa tugas pemain Perancis berusia 31 tahun itu akan diserahkan kepada pemain  Arsenal yang berusia 21 tahun, Cesc Fabregas.

November 25, 2008

Wenger Tuntut Gallas Mohon Maaf.

Arsene Wenger hanya akan menyenaraikan semula William Gallas dalam skuad Arsenal ketika bertemu kelab Ukraine, Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu ini sekiranya pemain itu memohon maaf dari rakan sekelabnya.

Wenger mempertahankan keputusannya mengenepikan Gallas dari tugas ketua pasukan di sebalik kekalahan 0-3 kepada Manchester City dalam saingan EPL di Eastlands Sabtu lalu.

November 7, 2008

Fabregas dan Wenger Mahu Arsenal Bangkit.

Pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas mencabar rakan-rakannya agar bangkit dengan persembahan baik untuk menewaskan Manchester United dalam pertembungan antara dua kelab gergasi England itu dalam saingan EPL Sabtu ini.

Ia berikutan prestasi tidak menentu The Gunners yang tidak menang dalam tiga perlawanan terakhir mereka. Terbaru, mereka terikat tanpa jaringan dengan kelab Turki, Fernerbahce dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu lalu.

September 19, 2008

Wenger – Kiev Cuba Musnahkan Walcott.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendakwa pengadil Luis Medina Cantalejo sengaja memejam mata terhadap percubaan pemain Dynamo Kiev memusnahkan karier bintang muda England, Theo Walcott. Perlawanan antara Arsenal dan Kiev itu berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Wenger percaya ketua pasukan Kiev, Andriy Nesmachniy ditugaskan untuk menjalankan misi itu ke atas Walcott yang menjaringkan hatrik ketika mewakili England menentang Croatia. Katanya lagi, ketua pasukan Kiev itu sepatutnya dilayangkan kad merah oleh pengadil atas kesalahan berterusan ke atas Walcott.