IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pengurus Alex Ferguson

January 9, 2010

Ferguson Sudah Sedia Untuk Turunkan Diouf.

Manchester United sudah bersedia untuk menurunkan Mame Biram Diouf dalam saingan Piala Carling selepas pemain muda Senegal itu mendapat permit kerja dan pelepasan tugasan antarabangsa.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson agak teruja dengan prestasi pemain berusia 22 tahun itu yang begitu cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Old Trafford dan akan menyerahkan kepada pemain baru United itu jersi bernombor 32 yang sebelum ini pernah digunakan oleh Carlos Tevez.

December 31, 2009

Ferguson Beri Van Der Sar Cuti Tambahan.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan yang penjaga golnya, Edwin van der Sar diberikan cuti tambahan ekoran masalah kesihatan yang dialami isterinya.

Isteri penjaga gol berusia 39 tahun itu pengsan hari Rabu minggu lalu dan Van der Sar dijangka tidak akan kembali ke Manchester sehingga kesihatan isterinya pulih semula.

November 24, 2009

Ferguson Yakin Ferdinand Akan Kembali Cergas.

Manchester United yakin yang tahap kecergasan Rio Ferdinand akan kembali meningkat dalam beberapa minggu lagi di sebalik cakap-cakap yang mengatakan pemain pertahanannya itu akan diketepikan dalam satu tempoh yang lebih lama.

Ferdinand hanya membuat lima kali penampilan bersama United musim ini dan kali terakhir dia diturunkan adalah ketika United kalah 0-2 kepada Liverpool pada 25 Oktober lalu di mana dia gagal menyaingi kepantasan Fernando Torres yang menjaringkan gol pembukaan Liverpool.

October 24, 2009

Rooney Tidak Akan Sertai Kunjungan Ke Anfield - Ferguson.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan yang Wayne Rooney mengalami kecederaan serius dan tidak akan menyertai kunjungan kelab itu ke Anfield untuk berhadapan dengan seteru ketatnya dalam saingan EPL Ahad ini.

Penyerang United itu telah diketepikan akibat kecederaan rusuk sejak saingan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine tempoh hari dan dia belum pulih sepenuhnya dari kecederaan itu.

September 20, 2009

Berang Dikeluarkan, Ferguson Kurang Senang Dengan Sikap Rooney.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson kurang senang dengan sikap panas baran Wayne Rooney setelah pemain itu digantikan ketika perlawanan menentang Besiktas dalam saingan Liga Juara Eropah yang dimenangi oleh United 1-0 di Istanbul hari Selasa lalu.

Rooney, yang bermain sebagai penyerang tunggal sepanjang sejam perlawanan, menghantuk kepalanya sebelum melemparkan kasutnya setelah meninggalkan padang.

September 12, 2009

Ferdinand Pasti Cergas Untuk Perlawanan Menentang Spurs – Ferguson.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan yang Rio Ferdinand berada dalam pemerhatiannya untuk diturunkan dalam pertembungan menentang Tottenham Hotspur dalam saingan EPL di White Hart Lane hari ini.

Pemain pertahanan England itu diketepikan dari skuad United sejak mengalami kecederaan otot bulan lalu dan hanya sempat bermain dalam perlawanan Perisai Komuniti musim ini.

August 18, 2009

Ferdinand Perlu Berehat Selama Dua Minggu – Ferguson.

Sir Alex Feguson menjangkakan yang Rio Ferdinand tidak akan dapat beraksi selama dua minggu selepas terlepas peluang membantu kemenangan Manchester United ke atas Birmingham hari Ahad lalu.

Ferdinand terdesak untuk segera pulih dari kecederaan peha, dengan Ferguson mendakwa sebelum perlawanan menentang Birmingham yang pemain pertahanan 2.1 juta pound itu akan menjalani imbasan pada sebelah pagi.

Bagaimanapun, boss United itu telah meletakkan tempoh masa buat Ferdinand pulih dari kecederaan itu, yang mungkin memaksa pemain pertahanan England berusia 30 tahun itu melupakan aksi kelayakan Piala Dunia menentang Croatia pada 9 September.

July 15, 2009

Tiada Lagi Pemain Baru Di Manchester United – Ferguson.

Sir Alex Ferguson menyerahkan kepada Michael Owen jersi bernombor 7 milik Cristiano Ronaldo dan kemudian mengumumkan yang segala urusan pembelian pemain baru di Old Trafford telah dihentikan.

Selepas menerima 80 juta pound dari penjualan Ronaldo ke Real Madrid, adalah dijangkakan yang Ferguson akan menambah senarai pembelian pemain sedia ada yang terdiri daripada Owen, Antonio Valencia dan Gabriel Obertan.

February 25, 2009

Liga Juara Eropah – Ferguson Kecewa Dengan Kebuntuan Jentera Serangan United.

Sir Alex Ferguson yakin Manchester United akan bangkit menundukkan Inter Milan dalam perlawanan kedua saingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara Eropah.

United terdesak untuk mencatat kemenangan setelah seri tanpa jaringan dengan Inter, disebalik penguasaan pada sebahagian besar perlawanan ketika bertemu pendahulu Seria A Itali itu di San Siro awal pagi tadi.

January 24, 2009

Manchester United Dilanda Krisis Kecederaan, Ferguson Tetap Enggan Beli Pemain Baru.

Sir Alex Ferguson mengesahkan yang dua pemainnya, Anderson dan Johnny Evans terpaksa diketepikan selama tiga minggu kerana mengalami kecederaan buku lali tetapi enggan terlibat dalam sebarang pembelian pemain dalam tempoh masa yang dibenarkan.

Anderson dan Evans mengalami kecederaan itu dalam saingan separuh akhir Piala Carling ketika Manchester United mengalahkan Derby County untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Anderson terpaksa dibawa keluar menggunakan pengusung selepas wisel penamat ditiup manakala Evans dibawa keluar lebih awal, di sebalik kemenangan 4-2 United ke atas Derby itu.

January 9, 2009

United Bernasib Baik Tidak Kalah Teruk – Ferguson.

Sir Alex Ferguson lega apabila Manchester United hanya tewas 0-1 kepada Derby dalam saingan separuh akhir pertama Piala Carling semalam.

Juara EPL, Eropah dan Kelab Dunia itu kalah buat pertama kali dalam 15 perlawanan menerusi rembatan menakjubkan oleh Kris Commons pada minit ke-30 memberikan Derby kemenangan mengejut untuk dibawa sebagai bekal apabila bertemu sekali lagi dengan United pada perlawanan kedua nanti di Old Trafford.

January 1, 2009

Ferguson Gembira Jurang Mata United Dan Liverpool Kini Semakin Rapat.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berpuas hati dengan prestasi skuad bimbingannya apabila mereka akan memulakan tahun baru dengan penuh keyakinan.

Kemenangan 1-0 ke atas Middlesbrough di Old Trafford hari Isnin lalu merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Liverpool kepada hanya tujuh mata, dengan United berkelebihan dua perlawanan dalam tangan.

December 25, 2008

Ferguson – Tiada Perpindahan Buat Pemain Manchester United Januari Ini.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson amat gembira sekiranya kelab itu menamatkan cabaran musim ini dengan barisan pemain yang sedia ada.

Kini, fokus utamanya adalah membawa United ke puncak liga sebaik memasuki tahun baru 2009.

December 12, 2008

Ferguson Mahu United Juarai Kejohanan Kelab Dunia.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengakui bahawa menjuarai Kejohanan Kelab Dunia FIFA adalah salah satu yang menjadi idaman dalam kariernya.

Beliau akan membawa pasukan bimbingannya itu ke Jepun untuk menyertai kejohanan tahunan itu yang mempertemukan kelab-kelab dari pelbagai benua.

November 25, 2008

Ronaldo Tetap Ke Sepanyol - Ferguson.

Manchester United tetap akan membawa Cristiano Ronaldo ke Sepanyol untuk berhadapan dengan Villareal dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu ini walaupun pemain itu mengalami kecederaan kaki.

Bagaimanapun, juara Eropah itu pasti tidak dapat menggunakan khidmat Dimitar Berbatov yang terpaksa direhatkan kerana turut mengalami kecederaan dalam perlawanan yang berlangsung di Estadio El Madrigal itu.

November 22, 2008

Manchester United Hilang Khidmat Berbatov - Ferguson.

Dimitar Berbatov bakal terlepas aksi EPL ketika Manchester United menentang Aston Villa hari ini dan ketika United menentang Villareal dalam saingan Liga Juara Eropah pertengahan minggu hadapan. Berbatov mengalami kecederaan hamstring ketika mewakili Bulgaria menentang Serbia dalam aksi persahabatan Rabu lalu.

Berbatov terpaksa digantikan ketika permainan baru berusia setengah jam kerana ditimpa kecederaan dalam perlawanan yang dimenangi oleh Serbia 6-1.

October 25, 2008

Ferguson Kagumi Prestasi Terkini Berbatov.

Dimitar Berbatov menepati statusnya sebagai penyerang berbisa apabila kian menemui prestasi terbaiknya seperti ketika mewakili Totenham Hotspur. Berbatov memberikan persembahan cemerlang ketika menentang Celtic dalam saingan Liga Juara Eropah Selasa lalu dengan menjaringkan dua dari tiga gol United dalam perlawanan itu.

Pengurus United, Alex Ferguson mengkagumi prestasi terkini Berbatov dan beliau memberitahu bahawa nilai pembelian Berbatov sebanyak 30.75 juta pound amat berbaloi. Beliau kini percaya nilai Berbatov semakin meningkat hasil persembahan dalam Liga Juara Eropah tempoh hari.

September 21, 2008

Ronaldo Sedia Diturunkan Hadapi Chelsea.

Cristiano Ronaldo amat mengharapkan agar pengurus Manchester United, Alex Ferguson akan mempertimbangkan namanya untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama yang akan menentang Chelsea dalam perlawanan EPL malam ini. Ronaldo yang baru pulih dari kecederaan kaki yang dialaminya sebelum ini diturunkan sewaktu United menentang Villareal dalam saingan Liga Juara Eropah Khamis lalu.

September 13, 2008

Ferguson Tempelak Kenyataan Hughes.

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson berang dengan kenyataan Mark Hughes bahawa Manchester City kini adalah pasukan yang terhangat di pasaran. Hughes juga dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa perlawanan antara Manchester City dengan Chelsea lebih hebat daripada perlawanan Manchester United menentang Liverpool malam ini. Hughes melabelkan perlawanan kelabnya dengan Chelsea itu sebagai pertembungan dua kuasa terkaya EPL.