Category: Pemain Steven Gerrard
October 20, 2009


Liverpool kembali mendapatkan khidmat Steven Gerrard ketika berhadapan dengan Olympique Lyon dalam saingan Liga Juara Eropah tetapi kekal tanpa khidmat Fernando Torres yang masih belum cergas.
Ketua pasukan ‘The Reds’ itu bersama Torres tiada dalam skuad Liverpool yang tumpas 0-1 kepada Sunderland hari Sabtu lalu akibat kecederaan belakang tetapi disahkan cergas untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Lyon nanti.
October 17, 2009


Rafael Benitez kini pening kepala memikirkan yang beliau kehilangan khidmat dua pemain utamanya, Steven Gerrard dan Fernando Torres dalam kunjungan ke Sunderland hari ini.
Gerrard kini sedang menjalani proses pemulihan dari kecederaan otot sekembalinya dari tugas antarabangsa bersama England, dan selepas bermain dalam perlawanan yang dimenangi England ketika menentang Belarus, dia dikatakan tidak cergas untuk menyertai barisan pemain Liverpool ke Sunderland.
July 28, 2009


Pemain tengah England, Steven Gerrard kini bebas dari sebarang pertuduhan menyerang seorang lelaki di sebuah bar tahun lalu.
Ketua pasukan Liverpool itu dituduh melakukan serangan ke atas DJ kelab malam itu akibat pertelingkahan mengenai muzik pada Disember 2008, tetapi dia dibebaskan oleh juri yang bersidang Jumaat lalu.
July 10, 2009


Liverpool dengan bangganya mengumumkan yang ketua pasukannya, Steven Gerrard bersetuju untuk menandatangani kontrak baru selama empat tahun, yang akan mengekalkan pemain berusia 29 tahun itu di Anfield sehingga penghujung kariernya.
Gerrard melengkapkan kontrak empat tahunnya itu selepas dia kembali ke latihan pra-musim pada hari Rabu lalu.
Perjanjian itu dikatakan melibatkan pembayaran gaji sebanyak 140,000 pound seminggu dan akan menuntut komitmen Gerrard di kelab kesayangannya itu sehingga umurnya mencecah 33 tahun.
May 14, 2009


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard telah diundi untuk menerima anugerah Pemain Terbaik 2009 oleh Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) England.
Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu berada dalam senarai teratas undian yang dilakukan mengatasi dua pemain Manchester United, Ryan Giggs dan Wayne Rooney untuk memenangi anugerah berprestij itu, yang telah bermula sejak tahun 1948.
March 31, 2009


Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan yang Steven Gerrard sepatutnya dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan PFA.
Dipercayai bintang Manchester United, Nemanja Vidic dan Ryan Giggs adalah pilihan utama untuk memenangi anugerah itu, tetapi Benitez merasakan Gerrard lebih layak.
Pemain tengah England itu sedang berada di prestasi terbaik dalam kerjayanya dan telah menjaringkan 21 gol musim ini untuk menjadi watak penting dalam usaha Liverpool memburu kejuaraan liga.
February 14, 2009


Fernando Torres memberi amaran kepada ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard agar tidak terburu-buru untuk pulih dari kecederaan hamstring yang dialaminya.
Gerrard kini masih dalam proses pemulihan setelah ditimpa kecederaan ketika perlawanan menentang Everton dalam saingan Piala FA pada awal bulan ini, dijangkakan akan pulih dalam tempoh dua minggu, dan pemain itu diharapkan dapat bermain dalam saingan kalah mati Liga Juara Eropah ketika Liverpool menentang Real Madrid.
February 7, 2009


Liverpool terpaksa menerima hakikat yang mereka bakal kehilangan khidmat ketua pasukannya, Steven Gerrard yang mengalami kecederaan hamstring selama tiga minggu selepas pemain itu menjalani pemeriksaan perubatan.
Gerrard terpaksa dikeluarkan hanya selepas beraksi selama 16 minit ketika perlawanan menentang Everton dalam saingan pusingan keempat Piala FA yang menyaksikan Liverpool tumbang 0-1 hasil jaringan pemain muda Everton, Dan Gosling pada masa tambahan.
Kenyataan dalam laman web rasmi kelab itu menyebut yang imbasan telah dilakukan pada kaki pemain itu dan disahkan dia mengalami kecederaan hamstring pada kaki kirinya.
January 1, 2009


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard kembali menyertai latihan semalam dengan sedikit rasa kebimbangan.
Pemain berusia 28 tahun itu, yang didakwa terlibat dalam kekacauan di sebuah kelab malam, telah menyertai latihan bersama rakan-rakannya di Pusat Latihan Melwood.
December 30, 2008


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard ditahan polis selepas berlaku satu pergaduhan di sebuah restoran. Pemain tengah England itu adalah antara enam orang yang ditahan oleh anggota polis yang dipanggil ke Lounge Inn di Southport, Merseyside.
Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun telah dibawa ke hospital akibat kecederaan di muka, bagaimanapun kecederaan lelaki itu dilaporkan tidak serius. Polis Merseyside berkata, pemain berusia 28 tahun itu dan lima lagi lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian itu.


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard semakin yakin yang Liverpool kini berada di landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan EPL pertama semenjak 1990.
Barisan bimbingan Rafael Benitez mula mengorak langkah buat pertama kali dengan jurang tiga mata ke atas pencabar terdekatnya, Chelsea selepas mereka mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas Newcastle United manakala pesaingnya itu pula terikat 2-2 dengan Fulham di tempat lawan.
November 22, 2008


Fernando Torres bersedia untuk diturunkan dalam penampilan pertamanya di Anfield selepas berehat tiga minggu akibat kecederaan hamstring ketika Liverpool menanti kunjungan Fulham dalam saingan EPL hari ini. Bagaimanapun, malang menimpa kaptennya, Steven Gerrard yang bakal diketepikan dari perlawanan itu kerana mengalami kecederaan otot.
October 29, 2008


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard memberi amaran kepada rakan-rakannya bahawa mereka belum membuktikan apa-apa walaupun kini mendahului liga yang baru berlangsung suku musim. Kerisauan Gerrard amat berasas kerana Liverpool pernah kehilangan jejak juara walaupun bermula dengan amat baik pada musim lalu. Pemain yang berusia 28 tahun itu yakin yang Chelsea akan bangkit dari kekalahan yang meleburkan rekod 86 perlawanannya kepada Liverpool Ahad lalu manakala Manchester United juga pasti akan menemui sentuhan juaranya nanti.
September 18, 2008


Pengurus Liverpool, Rafael Benitez tanpa berselindung memuji ketua pasukannya Steven Gerrard atas sumbangan dua golnya yang membantu kemenangan kelab itu ke atas Marseille semalam. Dalam perlawanan itu, Liverpool ketinggalan satu gol sebelum dua gol jaringan Gerrard memadam kelebihan Marseille itu sekaligus memberikan Liverpool tiga mata. Benitez mengakui gol pertama jaringan Gerrard cukup mengkagumkannya. Bagaimanapun, beliau tetap memuji persembahan keseluruhan pemain dalam pasukan Merseyside itu.
September 13, 2008


Steven Gerrard dan Fernando Torres yang dikhuatiri tidak dapat diturunkan dalam perlawanan EPL menentang Manchester United kerana kecederaan yang dialami mereka kini sudah semakin pulih. Pengurus Liverpool, Rafael Benitez dilaporkan berkata bahawa kedua-dua pemain itu kini sudah cergas dan berkemungkinan akan diturunkan dalam perlawanan menentang United hari ini. Torres terpaksa berehat disebabkan kecederaan hamstring manakala Gerrard menjalani pembedahan kecil bulan lalu. Kini, kedua-dua pemain sudahpun turun menjalani latihan di Padang Latihan Melwood dan telah diserapkan semula ke dalam skuad Liverpool.
|