IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pemain Samuel Eto'o

August 6, 2009

Mimpi Ngerinya Berakhir, Casillas Lega Eto’o Telah Tinggalkan Barcelona.

Penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas mengakui yang dia begitu lega apabila Samuel Eto’o mengambil keputusan meninggalkan Sepanyol.

Bekas penyerang Barcelona itu telah berpindah ke Inter Milan dalam perjanjian yang menyaksikan Zlatan Ibrahimovic pula berpindah ke Barcelona.

Pada ketika Casillas berhati-hati dengan ketajaman Ibrahimovic di depan gol tetapi pada masa yang sama dia berasa lega tidak akan berhadapan lagi dengan ancaman Eto’o dalam liga domestik Sepanyol.

July 29, 2009

Eto’o Dan Hleb Ke Inter Milan, Ibrahimovic Pula Kini Bergelar Pemain Barcelona.

Zlatan Ibrahimovic menandatangani kontrak selama lima tahun dengan Barcelona sambil mendakwa yang dia berpindah dengan penuh kekecewaan kepada Inter Milan dan bola sepak Itali secara keseluruhannya.

Penyerang Sweden itu menyertai juara Eropah itu menerusi perpindahan bersyarat, luar dari klausa 250 juta pound yang terdapat dalam kontraknya, selepas dia melepasi ujian perubatan walaupun imbasan yang dilakukan menunjukkan terdapat keretakan pada tangan kirinya.

Kenyataan dari pihak Barca mendedahkan yang mereka membayar Inter Milan 46 juta euro untuk mendapatkan penyerang Sweden itu, dengan Samuel Eto’o dan Alexander Hleb pula menyertai juara Itali itu dalam pakej perjanjian antara kedua-dua kelab itu.

June 23, 2009

Anggap Eto’o Penyerang Terbaik Dunia, Laporta Mahu Eto’o Kekal Di Barcelona.

Presiden Barcelona, John Laporte mahu penyerang Samuel Eto’o menamatkan kariernya di Nou Camp.

Eto’o yang hanya mempunyai kontrak setahun lagi bersama pemenang tiga kejuaraan itu, sekali lagi menjadi bahan spekulasi perpindahan sejak beberapa minggu lalu tetapi Laporta menegaskan yang beliau tidak mahu melihat penyerang prolifik antarabangsa Cameroon itu pergi ke mana-mana, sekurang-kurangnya sehingga tamat kariernya sebagai pemain.

May 1, 2009

Masa Depan Saya Bersama Barcelona – Eto’o.

Penyerang Barcelona, Samuel Eto’o bertindak mematikan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan perpindahan ke kelab EPL apabila mengumumkan yang dia mahu menandatangani kontrak baru yang akan mengekalkannya di Nou Camp.

Penyerang yang berusia 28 tahun itu telah menjaringkan 27 gol dari 31 perlawanan musim ini masih mempunyai kontrak setahun lagi bersama Barca menyebabkan Tottenham Hotspur, Chelsea dan Manchester City menunjukkan minat untuk mengikat penyerang Cameroon itu.

July 21, 2008

Barcelona Sedia Lepaskan Eto’o.