Category: Pemain Robinho
January 27, 2010


Kelab Brazil, Santos mengesahkan yang pihak mereka telah menghantar wakil ke England untuk berbincang dengan Manchester City tentang keinginan kelab itu mendapatkan khidmat Robinho secara pinjaman.
Pengurus City, Roberto Mancini beberapa kali menegaskan tetap memerlukan khidmat penyerang Brazil itu tetapi Santos beranggapan pinjaman pemain itu selama enam bulan sudah memadai buat kelab itu.
December 24, 2009


Roberto Mancini mengajak Robinho membuat sejarah di Manchester City dan menggunakan peluang pada sidang akhbar pertamanya sebagai pengurus baru kelab itu dengan mengumumkan yang beliau akan menggunakan khidmat penyerang Brazil itu.
Bekas pengendali Inter Milan, Lazio dan Fiorentina itu dengan yakinnya mengumumkan yang sasaran utamanya adalah meletakkan kelab itu dalam kelompok empat kelab terbaik liga dan untuk mencapainya, Mancini memerlukan khidmat terbaik daripada Robinho, yang gagal menjaringkan sebarang gol dari tujuh penampilannya dalam liga setakat ini.
November 28, 2009


Robinho kini bersedia untuk membuat kemunculan kembali bersama Manchester City ketika menentang Hull City hari ini dan ia merupakan penampilan pertamanya selepas berehat panjang akibat kecederaan buku lali yang dialaminya pada bulan Ogos lalu.
Dia menyertai pasukan negaranya pada awal bulan ini dan jurulatih skuad utama City, Eddie Niedzwiecki percaya ia akan membantu mempercepatkan proses pemulihan Robinho.
September 9, 2009


Robinho menimbulkan sedikit kemungkinan yang dia berpotensi untuk berpindah ke Barcelona bulan Januari ini apabila mengakui agak sukar baginya untuk menolak tawaran skuad yang memenangi tiga kejuaraan musim lalu itu.
Pemain Brazil itu menjadi bintang Manchester City apabila menyertai kelab itu dari Real Madrid dengan rekod British, 32 juta pound tetapi ada laporan mengatakan yang Robinho berkemungkinan kembali ke Sepanyol untuk bersama musuh ketat Madrid, Barcelona.
January 29, 2009


Penyerang Brazil dan Manchester City, Robinho menafikan terlibat dalam kes jenayah selepas dia ditahan kerana didakwa melakukan serangan seksual.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web pemain berusia 23 tahun itu menyatakan yang Robinho menafikan penglibatannya dalam kes itu dan gembira memberi kerjasama kepada pihak polis.
Robinho, yang merupakan pemain termahal dalam sejarah bola sepak British, telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan serangan seksual ke atas seorang wanita berusia 18 tahun di sebuah kelab malam di utara Leeds dua minggu yang lalu.
December 3, 2008


Robinho yakin Manchester City tetap mampu untuk menyaingi jirannya, Manchester United dalam pemburuan gelaran juara EPL pada masa akan datang. Walaupun tewas 0-1 kepada jirannya itu dalam saingan EPL Ahad lalu namun Robinho optimis bahawa impian itu boleh dicapai dengan kemampuan kewangan yang dimiliki kelab itu.
Pemain Brazil itu juga mendakwa bahawa Chelsea kerugian besar kerana gagal memilikinya dari Real Madrid setelah dia membuat kejutan memilih Manchester City dengan nilai perpindahan 32 juta pound yang merupakan rekod perpindahan EPL pada musim panas lalu.
November 24, 2008


Spekulasi yang bertiup mengatakan Chelsea berkeinginan mendapatkan khidmat Robinho masih belum terpadam selepas Luiz Felipe Scolari membayangkan pemain Brazil itu mempunyai masa depan yang cerah jika berpindah ke Stamford Bridge.
Chelsea tewas kepada Manchester City dalam persaingan mendapatkan tandatangan Robinho selepas pemain itu memilih City ketika pintu perpindahan pemain hampir ditutup musim panas lalu namun Scolari tidak pernah berputus asa.
November 17, 2008


Penyerang Brazil, Robinho percaya yang dia boleh menjadi Pemain Terbaik Dunia di Manchester City. Pemain 24 tahun itu, berpindah ke Eastlands di saat-saat akhir pintu perpindahan pemain ditutup dari Real Madrid. Dia kini telah mula menunjukkan kebolehannya di EPL dan dia yakin bahawa dia berada di kelab yang betul untuk mengembangkan potensi dirinya.
“Saya akan menjadi Pemain Terbaik Dunia,” beritahu Robinho kepada majalah Brazil, Placar.
September 5, 2008


Robinho yang membuat keputusan mengejut berpindah ke Manchester City di saat-saat akhir sebelum pintu perpindahan pemain ditutup, menerima kritikan terbuka dari lagenda bola sepak dunia, Pele. Pele menganggap Robinho sebagai pemain yang perlu menerima sesi kaunseling yang serius atas keputusannya tergesa-gesa berpindah ke Manchester City.
Pele juga melemparkan kecaman dengan mengatakan Robinho mendapat nasihat yang salah dari orang-orang yang rapat dengannya sehingga dia menganggap keputusan berhijrah ke kelab EPL itu sebagai keputusan yang tepat.
September 3, 2008


Kelab EPL, Manchester City berjaya memikat Robinho untuk bermain dengan kelab itu di saat-saat akhir sebelum pintu pembelian pemain ditutup semalam. Pemain berbakat dari Brazil itu sebelum ini heboh diperkatakan kerana keinginannya bermain dengan Chelsea di bawah bimbingan Luiz Felipe Scolari.
Kelabnya, Real Madrid menolak permintaan itu kerana Chelsea sekadar menawarkan 30 juta pound untuk mendapatkan pemain itu.
|