Essien Terpaksa Berehat Selama Enam Minggu.
Chelsea menjangkakan yang Michael Essien terpaksa diketepikan antara empat hingga enam minggu apabila mengalami kecederaan buku lali ketika menjalankan tugas antarabangsa di Kejohanan Negara Afrika bersama Ghana.
Essien dengan segera dibawa pulang awal dari kejohanan di Angola itu selepas mengalami kecederaan itu ketika menjalani latihan pada hujung minggu lalu.












































