Category: Pemain Lionel Messi
December 23, 2009


Lionel Messi diberi penghargaan terbesar dalam kerjayanya setelah membantu Barcelona merangkul enam kejuaraan apabila dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan FIFA 2009.
Penyerang Argentina itu menanduk masuk gol kemenangan ke atas Manchester United semasa perlawanan akhir Liga Juara Eropah, juga menjaringkan gol kemenangan ke atas Estudiantes dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia FIFA 2009 di Abu Dhabi hari Sabtu lalu untuk membantu Barcelona muncul juara kejohanan itu.
December 3, 2009


Penyerang Argentina, Lionel Messi diumumkan sebagai penerima anugerah Ballon d’Or 2009, anugerah bagi Pemain Terbaik Eropah yang diundi oleh para wartawan dan dianjurkan oleh majalah France Football.
Messi, penyerang berbakat Barcelona, menyingkir Cristiano Ronaldo ke tempat kedua, menjadikan dia pemain Barcelona yang keenam menerima anugerah itu tetapi kali pertama dalam tempoh empat tahun sejak ia dimenangi oleh pemain tengah Brazil, Ronaldinho.
September 5, 2009


Lionel Messi diharap dapat mempamerkan bisanya dalam perlawanan antarabangsa apabila Argentina bertemu dengan musuh tradisinya, Brazil dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan esok, begitulah luahan jurulatihnya, Diego Maradona.
Messi sudahpun mempamerkan kepintaran permainannya sebagaimana prestasinya ketika bersama kelabnya, Barcelona sewaktu tugasan antarabangsa bersama Argentina menyebabkan para penyokong Argentina berharap untuk melihatnya menjadi inspirasi kepada kejayaan negara itu ketika menentang Brazil.
August 31, 2009


Penyerang Barcelona, Lionel Messi telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Kelab Eropah dalam satu majlis yang diadakan di Monaco hari Khamis lalu.
Sejurus sebelum itu, Messi juga telah diumumkan sebagai penerima anugerah Penyerang Terbaik Tahunan Kelab Eropah bagi musim 2008/09 menewaskan calon popular, Cristiano Ronaldo dan bekas rakan penyerangnya di Barca, Samuel Eto’o.
August 8, 2008


8OGOS - Lionel Messi menjaringkan satu gol untuk membantu Argentina mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Ivory Coast …
July 31, 2008
 
31 JULAI – Pemain Barcelona, Lionel Messi tetap berkeras mahu mewakili negaranya ke Sukan Olimpik di Beijing. Ini berikutan keputusan pengurusan kelabnya yang menghalang Messi ke Beijing memandangkan Barcelona turut memerlukan khidmatnya …
July 18, 2008

18 JULAI – Lionel Messi yang disenaraikan dalam skuad Argentina ke Sukan Olimpik di Beijing kini berada dalam dilema. Ini berikutan keputusan kelabnya Barcelona yang keberatan untuk melepaskannya bermain dengan skuad negaranya. Namun jurulatih skuad …
|