IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pemain Karim Benzema

July 11, 2009

Benzema Mahu Ikuti Jejak Zinedine Zidane.

Karim Benzema berazam untuk mengikuti jejak dua wira pujaannya iaitu Zinedine Zidane dan Ronaldo selepas melengkapkan perpindahannya pada hari Khamis lalu.

Sudahpun melepasi ujian perubatan dan menandatangani kontrak selama enam tahun bersama kelab Sepanyol itu pada awal pagi, Benzema kemudiannya diperkenalkan sebagai pemain Madrid di hadapan 20,000 penyokong pada sebelah petang di Bernabeu.

Pengenalan Benzema kebetulannya pada hari yang sama lapan tahun lalu di mana pemain pujaannya, Zidane diperkenalkan kepada khalayak setelah mencatat rekod perpindahan dunia dari Juventus.

July 3, 2009

Selepas Kaka dan Ronaldo, Benzema Pula Diikat Real Madrid.

Karim Benzema kini sah akan menjadi bintang terbaru yang menyertai Real Madrid selepas Olympique Lyon menerima tawaran kelab Sepanyol itu.

Pemain berusia 21 tahun itu bakal menyertai Kaka dan Cristiano Ronaldo apabila bersetuju mengikat kontrak selama enam tahun di Bernabeu selepas kelab lamanya bersetuju melepaskannya dengan nilai 29.7 juta pound.

Benzema akan menjadi pemain keempat yang menyertai Real sejak Florentino Perez kembali menjadi Presiden kelab itu bulan lalu, mengikut jejak Kaka, Ronaldo dan Raul Albiol.