IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pemain Kaka

July 3, 2009

Kaka Mahu Jadi Sebahagian Sejarah Real Madrid.

Kaka mengakui adalah menjadi impiannya untuk menjadi lagenda di Real Madrid selepas dia diperkenalkan selaku pemain pertama yang dibeli kelab itu pada era baru ‘galacticos’.

Pemain antarabangsa Brazil itu telah diperkenalkan di hadapan 50,000 penyokong di Bernabeu hanya beberapa jam selepas membantu negaranya mempertahankan kejuaraan Piala Konfederasi FIFA 2009.

Kaka secara rasminya menyertai kelab Sepanyol itu sebelum pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo turut mengikuti jejaknya dengan rekod perpindahan dunia sebanyak 80 juta pound. Itu bermakna, perpindahan Kaka yang bernilai 56 juta pound dari AC Milan yang tertinggi ketika itu hanya bertahan beberapa hari sahaja. Namun, kehadiran pemain bernilai tinggi tidak akan berakhir di bawah pimpinan Florentino Perez sebagai Presiden kelab itu.

June 4, 2009

Melibatkan Nilai 56 Juta Pound, Real Madrid Berjaya Pikat Kaka ?

Masa depan pemain tengah Brazil, Kaka diselubungi misteri selepas sebuah radio Sepanyol melaporkan yang pemain itu telah menyertai Real Madrid dengan nilai 56 juta pound, tetapi jurucakap pemain itu dan AC Milan tegas menafikan laporan itu.

Real sedang bersedia untuk mendapatkan pemain baru berikutan kembalinya Florentino Perez sebagai Presiden kelab itu.

Di sebalik tiada permintaan Kaka untuk meninggalkan AC Milan, adalah dipercayai tawaran itu sukar ditolak, tidak seperti tawaran dari Manchester City pada Januari lalu, ada kemungkinan pemain itu tidak akan menolak tawaran itu.

April 21, 2009

Kaka – Saya Lebih Selesa Kekal Di AC Milan.

Bintang Brazil, Kaka percaya adalah lebih munasabah dia kekal di AC Milan selepas cuba dipujuk menyertai Manchester City, pada ketika dia turut diburu oleh Real Madrid untuk perpindahan pada musim panas nanti.

City yang ditunjangi oleh jutawan Abu Dhabi cuba mendapatkan tandatangan Kaka ketika pintu perpindahan pemain dibuka pada Januari lalu yang pada ketika itu bakal memecahkan rekod dunia sekitar 109 juta pound.

Kaka bagaimanapun mengambil keputusan kekal di AC Milan dan kini mendakwa yang dia telah membuat keputusan yang tepat, di samping turut mengenepikan cadangan untuk menyertai Real Madrid pada musim panas nanti.

January 21, 2009

Usaha City Dapatkan Kaka Berakhir, Kaka Tolak Tawaran Lumayan City.

Lamaran Manchester City untuk mendapatkan tandatangan Kaka dari AC Milan menemui noktahnya apabila pemain tengah Brazil itu secara muktamad menolak tawaran lumayan City yang melibatkan nilai 107 juta pound.

Sebelum ini, delegasi Manchester City yang diketuai Ketua Eksekutifnya, Garry Cook telah mengadakan rundingan rasmi dengan AC Milan dan bapa Kaka, Bosco Leite pula bertindak sebagai orang tengah untuk merealisasikan impian City itu, sekaligus mencatat rekod baru dunia bagi perpindahan pemain.

January 19, 2009

Ancelotti Sudah Bersedia Kehilangan Kaka.

Diselubungi asakan menggunung tentang spekulasi perpindahan Kaka ke Manchester City dengan nilai yang dikatakan mencecah 107 juta pound, jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti telah mempersiapkan mindanya yang besar kemungkinan beliau bakal kehilangan Kaka.

“Anda tidak boleh anggap bola sepak masih sama seperti 20 tahun yang lalu,” kata Ancelotti.

Kata-katanya itu dilihat cuba menggambarkan para penyokong Milan mengapa juara Eropah lapan kali itu membenarkan dan kelihatan menerima tawaran 107 juta pound dari City untuk memikat pemain tengah Brazil itu.

January 17, 2009

Manchester City Selangkah Dapatkan Kaka, Tingkatkan Tawaran Kepada 107 Juta Pound.

Manchester City kini meningkatkan usahanya untuk mendapatkan tandatangan bekas Pemain Terbaik Dunia, Kaka bagi bermain dengan kelab itu. Perkara itu didedahkan oleh AC Milan TV semalam.

Sumber dari Itali mengatakan yang tawaran dari City mencecah 120 juta pound, tetapi nilai sebenarnya dikatakan sekitar 107 juta pound. Laporan itu juga mendakwa yang City akan turut membayar kepada pihak yang rapat dengan Kaka, termasuk ayahnya yang dikatakan akan menerima 31 juta pound.

Media antarabangsa pula melaporkan yang Milan telah memberi kebenaran kepada City untuk memulakan rundingan dengan Kaka.

January 15, 2009

Manchester City Mulakan Usaha Pikat Kaka, Tawarkan 100 Juta Pound.

Manchester City telah memulakan langkah awal untuk berbincang dengan kelab Serie A Itali, AC Milan bagi mendapatkan pemain tengahnya, Kaka dengan satu nilai yang dikatakan bakal memecahkan rekod dunia, 100 juta pound.

Delegasi City yang diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Garry Cook telah terbang ke Itali Selasa lalu untuk mengadakan perbincangan dan dilaporkan sanggup membayar Kaka 250,000 pound atau 13.65 juta pound semusim.

October 9, 2008

Kudrat Kaka Ditagih Dunga.

Pemain AC Milan, Kaka seharusnya menjadi diri sendiri dan bermain seperti biasa dalam perlawanan pertamanya bersama Brazil selepas 11 bulan diketepikan kerana kecederaan yang dialaminya. Jurulatih Brazil, Dunga berkata demikian ketika mengulas tentang kembalinya Kaka ke kem Brazil sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 Ahad ini.

Brazil akan menentang Venezuela di tempat lawan pada hari Ahad nanti. Ketika ini Brazil menduduki tangga kedua kelayakan Amerika Selatan ketinggalan empat mata dari pendahulu, Paraguay.

July 23, 2008

Kaka Masih Pemain AC Milan.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Kelab AC Milan, Pemain Kaka - 23 Jul 2008

Pemain Brazil, Kaka berkemungkinan besar akan kekal di AC Milan selepas kelab itu menafikan menerima tawaran lumayan dari pemilik Chelsea iaitu Roman Abramovich.

Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani menyatakan demikian sambil menegaskan bahawa Kaka gembira berada di Milan buat masa ini. Beliau juga mendakwa bahawa berita tentang tawaran itu hanya direka-reka oleh pihak akhbar.

July 22, 2008

Nilai Kaka Mencecah RM 772 Juta.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Pemain Kaka, kelab Chelsea - 22 Jul 2008

Sebuah akhbar Itali, Gazetta dello Sport melaporkan bahawa pemilik kelab Chelsea iaitu Roman Abramovich bersedia untuk meningkatkan bidaan terhadap Kaka bagi memastikan pemain itu ke Stamford Bridge musim baru nanti. Abramovic dikatakan sanggup mengeluarkan belanja sehingga 150 juta euro (RM 772 juta) walaupun AC Milan agak keberatan untuk melepaskan pemain Brazil itu.

Tawaran lumayan itu menjadikan Kaka sebagai pemain termahal setakat ini berbanding bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yang hanya menerima tawaran sebanyak 100 juta euro (RM 514.66 juta) dari kelab Real Madrid.

July 20, 2008

Kaka Mungkin Ke Chelsea.

AC Milan yang baru mendapatkan khidmat Ronaldinho kini berkemungkinan melepaskan pula pemain tengahnya yang berasal dari Brazil iaitu Kaka ke kelab Chelsea. Ini berikutan tawaran lumayan yang dikemukakan kelab Liga Perdana England (EPL) itu kepada AC Milan untuk mendapatkan Kaka.

Chelsea dikatakan menawarkan 80 juta pound (RM 517 juta) yang menyebabkan Milan bersedia membuka meja perundingan ke arah merealisasikan harapan Chelsea itu walaupun pemain itu masih mempunyai kontrak dengan Milan sehingga 2012.

June 17, 2008

Pemain Bergaji Paling Lumayan.

Bola sepak kini menjanjikan habuan yang lumayan kepada para pemain. Ramai pemain di dunia ini yang menerima pendapatan yang lumayan dalam kerjaya mereka. Kebanyakan pemain tersebut berpengkalan di Eropah dan bermain dengan kelab-kelab yang terkenal di dunia. Selain itu, pendapatan mereka juga dijana melalui iklan-iklan yang menjadikan mereka sebagai model.