IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pemain Gareth Barry

June 11, 2009

Redknapp Terkilan Gagal Dapatkan Khidmat Gareth Barry.

Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp mengakui yang beliau sedaya upaya mendapatkan khidmat bekas pemain Aston Villa, Gareth Barry tetapi ‘dilemaskan di dalam air’ oleh pakej kewangan besar Manchester City.

City membayar 12 juta pound kepada pemain yang akan tamat kontraknya pada musim depan dan menawarkan gaji mingguan tinggi yang gagal disaingi oleh Spurs mahupun kelab yang telah mengidamkannya untuk sekian lama, Liverpool.

June 5, 2009

Tamatkan Spekulasi Sertai Liverpool, Barry Sah Sertai Manchester City.

Gareth Barry melakukan keputusan di luar jangkaan apabila dia menerima tawaran berpindah dari Aston Villa ke Manchester City dengan nilai perpindahan 12 juta pound.

Sebelum ini, Barry begitu kuat dikaitkan dengan Liverpool namun ‘The Reds’ gagal memenuhi permintaan Villa yang mahukan bayaran sebanyak 18 juta pound.

Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama City selepas 12 tahun dan bermain sebanyak 400 perlawanan ketika bersama Villa.

June 4, 2009

Gareth Barry Timbang Kemungkinan Sertai Manchester City.

Aston Villa mengesahkan yang bintangnya, Gareth Barry kini sedang berunding dengan Manchester City tentang kemungkinan dia berpindah ke Eastlands pula.

Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu sebelum ini begitu kuat dikaitkan untuk berpindah ke Liverpool sejak musim lalu tetapi ‘The Reds’ gagal memenuhi permintaan Villa yang mahukan bayaran sejumlah 18 juta pound.