Category: Pemain Fernando Torres
January 12, 2010


Rafael Benitez mengakui yang Liverpool mungkin terpaksa melepaskan Fernando Torres jika mereka gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara Eropah musim lalu.
Isu kewangan Liverpool yang tenat sememangnya sering diperkatakan dan difahamkan yang Benitez hanya diperuntukkan dengan dana yang kecil hasil penjualan beberapa pemainnya bulan ini.
December 26, 2009


Rafael Benitez menegaskan yang Liverpool tidak mempunyai keperluan untuk menghantar penyerangnya, Fernando Torres menjalani pembedahan atas kecederaan hernia yang dialaminya.
Pengurus Liverpool itu memberi reaksi atas cadangan Sepanyol yang mahukan penyerangnya itu segera menjalani pembedahan untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan yang boleh menghalang peluangnya beraksi di pusingan akhir Piala Dunia.
December 25, 2009


Fernando Torres mengakui yang dia agak kecewa dengan kedudukan kewangan Liverpool yang menyebabkan pencapaian skuad bimbingan Rafael Benitez itu tergugat tetapi menegaskan yang dia tetap menyokong apa jua tindakan pengurus ‘The Reds’ itu.
Liverpool telahpun kalah tujuh perlawanan musim ini, berbanding hanya dua pada musim 2008/09 dan turut tersingkir dari saingan Liga Juara Eropah musim ini.
November 18, 2009


Rafael Benitez menegaskan yang beliau akan berhenti dari tugasnya selaku pengurus Liverpool andai bintang penyerangnya, Fernando Torres dijual tanpa kerelaannya.
Bebanan hutang Liverpool mula menimbulkan tanda tanya sama ada pemilik bersama kelab itu, Tom Hicks dan George Gillet akan menjual penyerang Sepanyol itu bagi mendapatkan dana tambahan.
Bagaimanapun, Benitez dalam kenyataannya kepada pihak media menegaskan yang pemain berusia 25 tahun itu tidak akan dijual dengan apa-apa nilai pun.
October 20, 2009


Liverpool kembali mendapatkan khidmat Steven Gerrard ketika berhadapan dengan Olympique Lyon dalam saingan Liga Juara Eropah tetapi kekal tanpa khidmat Fernando Torres yang masih belum cergas.
Ketua pasukan ‘The Reds’ itu bersama Torres tiada dalam skuad Liverpool yang tumpas 0-1 kepada Sunderland hari Sabtu lalu akibat kecederaan belakang tetapi disahkan cergas untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Lyon nanti.
October 17, 2009


Rafael Benitez kini pening kepala memikirkan yang beliau kehilangan khidmat dua pemain utamanya, Steven Gerrard dan Fernando Torres dalam kunjungan ke Sunderland hari ini.
Gerrard kini sedang menjalani proses pemulihan dari kecederaan otot sekembalinya dari tugas antarabangsa bersama England, dan selepas bermain dalam perlawanan yang dimenangi England ketika menentang Belarus, dia dikatakan tidak cergas untuk menyertai barisan pemain Liverpool ke Sunderland.
September 26, 2009


Fernando Torres merupakan seorang penyerang berprofil tinggi yang cukup digeruni oleh kebanyakan pemain pertahanan lawan.
Liverpool memecah rekod perpindahannya pada 4 Julai 2007 apabila mereka mengikat Torres dengan nilai 26.5 juta pound dari kelab Sepanyol, Atletico Madrid.
Dia memulakan kariernya di Atletico Madrid dan bermain di kelab itu selama 12 tahun, enam tahun sebagai pemain profesional, membuat sebanyak 214 penampilan dan menjaringkan sebanyak 82 gol.
July 1, 2009


Penyerang Liverpool, Fernando Torres percaya yang kelab itu perlu mengekalkan beberapa bintangnya seperti Xavi Alonso dan Javier Mascherano jika mereka mahu merampas kejuaraan EPL dari Manchester United.
Kedua-dua pemain tengah itu sedang dilobi hebat oleh Real Madrid dan Barcelona namun Torres bersetuju dengan pendapat Rafael Benitez, kedua-duanya tidak akan dijual, disebalik potensi tawaran yang boleh mencecah sehingga 25 juta pound setiap seorang.
Hari Isnin lalu, Alonso dikatakan gagal menyatakan komitmen kepada kelab Merseyside itu manakala Presiden Barca, Joan Laporta sekali lagi memberi isyarat yang mereka akan menggunakan rakan sepasukan Mascherano dalam skuad Argentina, Lionel Messi untuk memujuk ketua pasukannya itu meninggalkan Anfield.
February 28, 2009


Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengesahkan yang Fernando Torres hampir pasti tiada dalam senarai pemain yang akan berkunjung ke Middlesbrough hari ini.
Penyerang Sepanyol itu mengalami kecederaan buku lali ketika menentang Real Madrid awal minggu ini dan digantikan selepas sejam perlawanan berlangsung. Keadaan itu meninggalkan Benitez dengan hanya sedikit pilihan ketika berhadapan dengan Boro, pada ketika mereka amat memerlukan tiga lagi mata berharga untuk memastikan pemburuan gelaran juara liga masih terus bernyawa.
February 14, 2009


Fernando Torres memberi amaran kepada ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard agar tidak terburu-buru untuk pulih dari kecederaan hamstring yang dialaminya.
Gerrard kini masih dalam proses pemulihan setelah ditimpa kecederaan ketika perlawanan menentang Everton dalam saingan Piala FA pada awal bulan ini, dijangkakan akan pulih dalam tempoh dua minggu, dan pemain itu diharapkan dapat bermain dalam saingan kalah mati Liga Juara Eropah ketika Liverpool menentang Real Madrid.
December 5, 2008


Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengesahkan bahawa Fernando Torres mengalami kecederaan hamstring yang serius menyebabkan penyerang Sepanyol itu terpaksa berehat sehingga awal tahun depan.
Pemain 24 tahun itu pada awalnya dikatakan hanya perlu berehat selama dua minggu sahaja tetapi pakar perubatan di Sepanyol menasihatkan bekas penyerang Atletico Madrid itu supaya berehat selama sebulan.
November 22, 2008


Fernando Torres bersedia untuk diturunkan dalam penampilan pertamanya di Anfield selepas berehat tiga minggu akibat kecederaan hamstring ketika Liverpool menanti kunjungan Fulham dalam saingan EPL hari ini. Bagaimanapun, malang menimpa kaptennya, Steven Gerrard yang bakal diketepikan dari perlawanan itu kerana mengalami kecederaan otot.
November 4, 2008


Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menyerahkan kepada keadaan sama ada dapat menurunkan Torres atau tidak dalam perlawanan menentang bekas kelabnya, Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara Eropah di Anfield awal pagi nanti. Torres terlepas lima aksi bersama Liverpool setelah mengalami kecederaan kaki ketika mewakili Sepanyol dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 bulan lalu. Ketiadaannya juga menyaksikan Liverpool tumpas 1-2 kepada Tottenham Hotspur dalam saingan EPL Sabtu lalu yang juga merupakan kekalahan pertama Liverpool musim ini.
October 18, 2008


Pasukan Liverpool yang sedang bersaing hebat untuk merebut kejuaraan EPL musim ini terpaksa menerima hakikat bahawa mereka bakal turun menentang Wigan hari ini tanpa kehadiran penyerang sensasi mereka, Fernando Torres.
Torres yang menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan terakhir bersama Liverpool tercedera sewaktu mewakili Sepanyol ketika menentang Belgium dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Eropah Rabu lalu. Dalam perlawanan itu, Sepanyol menang 2-1 ke atas Belgium.
September 13, 2008


Steven Gerrard dan Fernando Torres yang dikhuatiri tidak dapat diturunkan dalam perlawanan EPL menentang Manchester United kerana kecederaan yang dialami mereka kini sudah semakin pulih. Pengurus Liverpool, Rafael Benitez dilaporkan berkata bahawa kedua-dua pemain itu kini sudah cergas dan berkemungkinan akan diturunkan dalam perlawanan menentang United hari ini. Torres terpaksa berehat disebabkan kecederaan hamstring manakala Gerrard menjalani pembedahan kecil bulan lalu. Kini, kedua-dua pemain sudahpun turun menjalani latihan di Padang Latihan Melwood dan telah diserapkan semula ke dalam skuad Liverpool.
July 21, 2008


Merupakan pemain penyerang skuad Sepanyol. Telah mewakili Sepanyol sebanyak 54 kali dan telah menjaringkan sejumlah 17 gol antarabangsa untuk Sepanyol. Menggunakan jersi bernombor 9 ketika mewakili Sepanyol.
Menjaringkan gol kemenangan untuk Sepanyol ketika muncul juara menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 baru-baru ini. Juga telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir itu.
July 5, 2008

Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 (Euro’08) telahpun seminggu berakhir. Demam yang melanda peminat-peminat bola seluruh duniapun sudah mula beransur reda. Cuma rakyat Sepanyol yang masih bergembira dan merayakan kejayaan pasukan mereka menjuarai kejohanan Euro’08 memandangkan ia merupakan kejohanan besar pertama yang dimenangi selepas 44 tahun.
Kini, kita akan mengimbas kembali kemeriahan yang dirasai oleh peminat-peminat bola sepak sepanjang Euro’08 berlangsung. Berikut adalah antara pemain-pemain yang menyerlah semasa kejohanan ini berlangsung.
|