IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pemain Cristiano Ronaldo

November 17, 2009

Kecederaannya Semakin Pulih, Ronaldo Jangka Dapat Jalani Latihan Minggu Ini.

Pemain tengah Real Madrid, Cristiano Ronaldo menjangkakan yang dia akan pulih sepenuhnya dari kecederaan buku lali dan akan mula turun menjalani latihan pada pertengahan minggu ini.

Ronaldo mengalami kecederaan pada akhir September lalu dan kecederaannya bertambah parah ketika perlawanan menentang Hungary yang dimenangi Portugal 3-0 sepuluh hari kemudian. Kini dia dijangkakan boleh diturunkan dalam perlawanan menentang Racing Santander hari Sabtu ini.

September 25, 2009

Jaring Gol Dalam Empat Perlawanan, Ronaldo Catat Sejarah Di Real Madrid.

Cristiano Ronaldo sudahpun mencatat sejarah di Real Madrid apabila menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam empat perlawanan pertama buat kelab itu.

Bekas pemain sayap Manchester United yang menyertai gergasi Sepanyol itu dengan rekod dunia sebanyak 80 juta pound, menjaringkan gol pertama yang menakjubkan ketika Real menewaskan barisan sepuluh pemain Villareal 2-0 di Estadio El Madrigal semalam.

July 8, 2009

Ronaldo – Kejayaan Real Madrid Kelak Bukan Kerana Seorang Pemain.

Cristiano Ronaldo menolak cakap-cakap yang dia akan memimpin Real Madrid memacu kejayaan di peringkat Eropah musim depan.

Bagaimanapun, pemain paling mahal di dunia itu dengan nilai 80 juta pound mengakui yang impiannya adalah sekali lagi merangkul kejuaraan Liga Juara Eropan yang dimenanginya bersama Manchester United musim lalu dan akan melakukan segala yang terdaya untuk mencapainya.

June 27, 2009

Impian Jadi Kenyataan, Ronaldo Sah Sertai Real Madrid.

Real Madrid dan Manchester United telah memuktamadkan perjanjian bernilai 80 juta pound berkaitan perpindahan Cristiano Ronaldo ke kelab Sepanyol itu.

Awal bulan ini United mengesahkan yang mereka telah bersetuju menerima tawaran yang memecah rekod dunia dari Real Madrid.

June 13, 2009

Bakal Jadi Pemain Termahal Di Dunia, Ronaldo Sah Sertai Real Madrid.

Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo kelihatan hampir pasti menjadi salah seorang bintang bola sepak yang menerima bayaran tertinggi di dunia.

Laporan media memetik sumber mendakwa yang pemain Portugal itu bakal melengkapkan rekod perpindahan dunia bernilai 80 juta pound dari United ke Real Madrid pada akhir bulan ini, dengan menerima bayaran sebanyak 9.5 juta pound setahun dan akan meningkat 25% dari musim ke musim.

Pemain berusia 24 tahun itu dijangka akan menandatangani kontrak selama enam tahun di Bernabeu, yang bermakna pada tahun terakhirnya dia akan menerima 29 juta pound atau 557,000 pound seminggu, yang dikatakan 33 kali lebih tinggi dari gaji pemain liga Sepanyol.

May 30, 2009

Ronaldo Salahkan Taktik Pasukan Punca Kekalahan Manchester United Dalam Final Liga Juara Eropah.

Cristiano Ronaldo berkata yang ‘segalanya serba tak kena’ selepas kekalahan Manchester United 0-2 kepada Barcelona dalam final Liga Juara Eropah dan turut menyalahkan taktik pasukan sebagai ‘tidak bagus’.

United turun dalam perlawanan akhir di Stadio Olimpico dengan formasi yang sama ketika menentang Arsenal dalam saingan separuh akhir, dengan Ryan Giggs mengambil alih tempat Darren Fletcher yang digantung perlawanan.

Bagaimanapun, selepas permulaan positif, juara EPL itu gagal bangkit dari ketinggalan gol awal jaringan Samuel Eto’o pada minit ke-10 walaupun berusaha keras sepanjang perlawanan.

May 3, 2009

Perpindahan Ke Real Madrid Kini Sekadar Impian – Ronaldo.

Cristiano Ronaldo mengukuhkan pendiriannya untuk terus kekal di Manchester United ketika musim ini semakin hampir ke penghujung apabila menegaskan yang perpindahan ke Real Madrid sudah tiada dalam kamus hidupnya.

Madrid menunjukkan minat mendalam untuk mendapatkan pemain Portugal itu pada musim panas lalu dan Ronaldo sendiri menyatakan minat untuk menerima tawaran itu, di samping mengakui adalah menjadi impiannya untuk bermain di Sepanyol pada suatu hari nanti.

February 23, 2009

Ronaldo Berhadapan Tuntutan 20,000 Pound Ekoran Kemalangan Ferrari.

Pengurus Lapangan Terbang Manchester mengesahkan yang pihak mereka akan mengemukakan tuntutan insuran kepada bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo di atas kerosakan yang terjadi pada terowong milik lapangan terbang itu selepas dirempuh kereta Ferrari yang dipandu Ronaldo.

Pemain Portugal itu keluar dari keretanya tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku bulan lepas.

February 20, 2009

Real Madrid Yakin Dapat Pikat Ronaldo.

Pemangku Presiden Real Madrid, Vicente Boluda yakin kelab itu bakal mendapatkan khidmat pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo.

Boluda, yang dikatakan akan memegang jawatan tertinggi dalam kelab itu selepas Ramon Calderon meletak jawatan bulan lalu, menambah spekulasi yang pemain Portugal itu akan ke Sepanyol apabila berkata, “Saya amat berharap dapat melihat Ronaldo beraksi di Barnebeu.”

January 14, 2009

Ronaldo Ditabal Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008.

Seperti yang telah dujangka, Cristiano Ronaldo dinamakan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008 dalam satu majlis di Zurich semalam dan menjadi pemain pertama dari EPL yang merangkul anugerah itu.

Pemain berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi hebat pada musim lalu apabila membantu Manchester United menjuarai kejohanan Eropah dan EPL, di samping menjaringkan sejumlah 42 gol, dan selepas acara pengundian oleh pengurus-pengurus dan ketua-ketua pasukan, dia berjaya menambah koleksi peribadinya selepas merangkul anugerah Pemain Terbaik FIFPro dan Pemain Terbaik Eropah, Ballon d’Or.

January 12, 2009

Ronaldo Diramal Ungguli Anugerah Pemain Terbaik Dunia.

Cristiano Ronaldo merupakan pemain pilihan antara lima calon yang disenaraikan untuk merangkul anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA tahun 2008.

Pemain sayap Manchester United itu yang telahpun memenangi anugerah Pemain Terbaik FIFPro dan Pemain Terbaik Eropah, Ballon d’Or, merupakan pilihan utama berbanding nama-nama lain yang dicalonkan seperti Fernando Torres, Lionel Messi, Xavi Hernandes dan pemegang gelaran, Kaka.

January 9, 2009

Ferrari Terbabas, Ronaldo Tidak Alami Sebarang Kecederaan.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Pemain Cristiano Ronaldo, Umum - 09 Jan 2009

Pemain sayap Manchester United, Cristiano Ronaldo tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kereta Ferrari yang dipandunya terbabas ketika dia dalam perjalanan ke tempat latihan pagi semalam.

Pemain Portugal berusia 23 tahun itu terbabas di terowong yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Manchester lebih kurang pada jam 10.20 pagi (waktu Manchester).

January 4, 2009

Ronaldo Mahu Kekal Di United, Tolak Spekulasi Ke Real Madrid.

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo merasakan adalah tidak adil jika spekulasi perpindahannya ke Real Madrid terus diperkatakan.

Ronaldo begitu menyerlah dengan persembahan cemerlang musim lalu dengan menjaringkan sejumlah 42 gol dalam semua kejohanan yang disertai United, dengan kelab itu muncul juara Eropah dan EPL.

December 20, 2008

Ronaldo – Saya Amat Gembira Di Old Trafford.

Cristiano Ronaldo mengakui yang dia kini amat gembira bermain di Manchester United di sebalik berita yang cuba mengaitkan dirinya lagi dengan Real Madrid.

Nama pemain itu kembali hangat selepas pihak media mendedahkan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan kelab Sepanyol itu. Kali pertama namanya dikaitkan dengan Real Madrid adalah pada ketika musim baru belum bermula namun lenyap selepas Alex Ferguson bertegas tidak mahu melepaskannya.

December 3, 2008

Ronaldo Diisytihar Penerima Anugerah Ballon d’Or.

Pemain sayap Manchester United dan Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan salah satu hari indah dalah hidupnya setelah diisytiharkan sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or semalam.

Pemilihan Ronaldo itu dilihat bertepatan kerana dia telah membantu kelabnya Manchester United merangkul dua kejuaraan besar musim lalu iaitu dengan muncul juara EPL dan Liga Juara Eropah. Di samping itu, Ronaldo telah menjaringkan sejumlah 42 gol sepanjang musim lalu dalam semua kejohanan yang disertai kelabnya.

November 25, 2008

Ronaldo Tetap Ke Sepanyol - Ferguson.

Manchester United tetap akan membawa Cristiano Ronaldo ke Sepanyol untuk berhadapan dengan Villareal dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu ini walaupun pemain itu mengalami kecederaan kaki.

Bagaimanapun, juara Eropah itu pasti tidak dapat menggunakan khidmat Dimitar Berbatov yang terpaksa direhatkan kerana turut mengalami kecederaan dalam perlawanan yang berlangsung di Estadio El Madrigal itu.

November 19, 2008

Ronaldo Disenarai Pendek Untuk Anugerah Ballon d’Or.

Nama pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo telah disenarai pendek dalam senarai 30 pemain sebagai antara pemain yang akan dipertimbangkan untuk menerima anugerah Ballon d’Or 2008. Kaka yang mengungguli anugerah ini pada tahun lalu turut berada dalam senarai 30 pemain itu. Kaka adalah satu-satunya pemain Brazil yang disenaraikan untuk menerima anugerah itu pada tahun ini.

November 8, 2008

Ronaldo Mahu Kemenangan Pertama di Emirates.

Cristiano Ronaldo berharap Manchester United akan memahat kemenangan pertama di Stadium Emirates ketika menentang Arsenal dalam saingan EPL hari ini. Pemain Portugal itu menjangka United menghadapi ujian getir berhadapan dengan Arsenal walaupun The Gunners sedang mengalami masalah kecederaan pemainnya.

October 31, 2008

Ronaldo Rangkul Anugerah Pemain Terbaik FifPro.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Pemain Cristiano Ronaldo - 31 Oct 2008

Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Dunia FifPro 2008. Kejayaan Ronaldo itu memang telah diduga berdasarkan kemampuannya menjaringkan 42 gol musim lalu.

Ronaldo juga membantu United merangkul dua kejuaraan utama musim lalu iaitu Kejuaraan EPL dan Liga Juara Eropah. Nama Ronaldo telah dicalonkan minggu lalu dan tiada pemain lain yang mampu bersaing dengannya untuk merangkul anugerah ini dan ini telah terbukti dengan undian sebulat suara yang dibuat oleh lebih 40 buah negara anggota.

October 29, 2008

Ronaldo Terpilih Dalam Senarai Pasukan Impian Dunia.

Cristiano Ronaldo telah disenaraikan sebagai salah seorang pemain dalam pasukan FifPro yang merupakan pasukan impian dunia di mana pemain-pemain yang disenaraikan adalah pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia. Ronaldo merupakan salah seorang dari lima pemain dari EPL yang diumumkan berada dalam senarai tersebut.

September 21, 2008

Ronaldo Sedia Diturunkan Hadapi Chelsea.

Cristiano Ronaldo amat mengharapkan agar pengurus Manchester United, Alex Ferguson akan mempertimbangkan namanya untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama yang akan menentang Chelsea dalam perlawanan EPL malam ini. Ronaldo yang baru pulih dari kecederaan kaki yang dialaminya sebelum ini diturunkan sewaktu United menentang Villareal dalam saingan Liga Juara Eropah Khamis lalu.

September 4, 2008

Manchester City Idam Ronaldo Pula.

Kelab EPL, Manchester City yang baru mengikat Robinho untuk bermain dengan kelab itu kini sudah mula mengintai beberapa pemain handalan dunia yang lain.

Pemilik baru kelab itu, Dr Sulaiman Al-Fahim dari Kumpulan Abu Dhabi United (ADUG) membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa mereka akan berusaha mendapatkan Pemain Terbaik Eropah 2008, Cristiano Ronaldo untuk bermain dengan kelab itu apabila pintu perpindahan pemain dibuka semula pada Januari nanti.

September 2, 2008

Cristiano Ronaldo Pemain Terbaik Eropah 2008.

Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo dipilih sebagai Pemain Terbaik Eropah 2008 dalam satu majlis Anugerah Pemain Terbaik UEFA yang berlangsung di Monaco.

Ronaldo dipilih berdasarkan sumbangannya kepada Manchester United yang merangkul kejuaraan Liga Juara Eropah musim 2007/08. Selain itu, United turut muncul sebagai juara Liga Perdana England (EPL) di mana Ronaldo muncul penjaring terbanyak EPL. Di samping itu, Ronaldo juga telah dipilih sebagai Pemain Penyerang Terbaik Eropah.

July 22, 2008

Ronaldo Kekal Di Old Trafford.

Kecoh seketika kisah Cristiano Ronaldo hendak berhijrah ke Real Madrid. Semua peminat bola ternanti-nanti apa kesudahan skrip bagi filem ciptaan Ronaldo ini. Pada satu ketika perpindahan itu seperti akan berlaku memandangkan tuan empunya diri beria-ia hendak merasa nyamannya tiupan angin sepoi-sepoi bahasa di Sepanyol.

Angan-angan juga sudah dipasang betapa gembiranya hati menerima gaji yang amat lumayan. Lebih menggembirakan hati, nilai perpindahannya akan mencatat satu rekod dunia yang baru.

July 10, 2008

Kecederaan Halang Ronaldo Ke Real Madrid ?

Baru-baru ini heboh kisah Cristiano Ronaldo yang berhajat untuk berpindah ke Real Madrid. Real Madrid dikatakan berminat untuk mendapatkan Ronaldo bermain dengan kelab mereka pada musim yang akan datang. Ronaldo juga dikatakan ditawarkan gaji yang agak lumayan iaitu sebanyak AS$ 586,000 (RM 1.9 juta) seminggu.

Next Page »