IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pemain Cesc Fabregas

August 11, 2009

Barcelona Ukur Kemampuan Sebelum Pikat Fabregas.

Barcelona sedang berkira-kira untuk membawa kembali ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas ke Nou Camp.

Pengarah Sukan Barca, Txiki Begiristain mengakui yang Fabregas masih dalam perhatian kelab itu tetapi berkata yang gergasi Catalan itu tidak akan berbelanja di luar kemampuan semata-mata untuk memikat pemain itu.

Fabregas adalah produk akademi Barca sebelum menyertai Arsenal pada 2003 dengan nilai 500,000 pound dan menurut Begiristain, pemain itu adalah antara beberapa pemain dunia yang boleh memantapkan skuad bimbingan Pep Guardiola itu.

July 12, 2009

Setelah Gagal Pikat Alonso, Real Madrid Nafi Mahu Pikat Fabregas.

Real Madrid menegaskan yang kelab itu tidak sesekali berminat untuk mendapatkan pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas, begitulah menurut kata Pengarah Sukannya, Miguel Pardeza.

Kelab gergasi Sepanyol itu merasakan tiada keperluan buat mereka untuk mendapatkan khidmat Fabregas walaupun mereka kecewa kerana gagal memikat pemain tengah Liverpool, Xavi Alonso.

Real secara konsisten dikaitkan dengan Fabregas namun bekas kelabnya, Barcelona pula menjadi pilihan sebagai destinasinya andai dia memilih untuk meninggalkan Emirates.

December 24, 2008

Arsenal Hilang Khidmat Fabregas Selama Empat Bulan Akibat Kecederaan.

Arsenal semakin tertekan untuk meneruskan cabaran memburu kejuaraan liga apabila menerima berita buruk yang pemain tengahnya, Cesc Fabregas bakal berehat selama empat bulan akibat kecederaan lutut yang dialaminya ketika menentang Liverpool Ahad lalu.

Pengurusnya, Arsene Wenger mengesahkan perkara itu dalam sidang akhbar semalam dan memilih untuk tidak menyalahkan Xavi Alonso yang terlibat dalam pertembungan antara kedua orang pemain Sepanyol itu.

November 26, 2008

Fabregas Akan Ambil Alih Tugas Kapten – Wenger.


William Gallas akan disenaraikan dalam skuad Arsenal yang akan bertemu Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara Eropah di Stadium Emirates Rabu ini tetapi bukan sebagai ketua pasukan.

Arsene Wenger mengesahkan bahawa tugas pemain Perancis berusia 31 tahun itu akan diserahkan kepada pemain  Arsenal yang berusia 21 tahun, Cesc Fabregas.

November 7, 2008

Fabregas dan Wenger Mahu Arsenal Bangkit.

Pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas mencabar rakan-rakannya agar bangkit dengan persembahan baik untuk menewaskan Manchester United dalam pertembungan antara dua kelab gergasi England itu dalam saingan EPL Sabtu ini.

Ia berikutan prestasi tidak menentu The Gunners yang tidak menang dalam tiga perlawanan terakhir mereka. Terbaru, mereka terikat tanpa jaringan dengan kelab Turki, Fernerbahce dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu lalu.