IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pemain Carloz Tevez

July 16, 2009

Carlos Tevez Kini Sah Milik Manchester City.

Carlos Tevez telah melengkapkan perpindahannya ke Manchester City dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dan pada masa yang sama menafikan kenyataan Sir Alex Ferguson yang dia enggan melayan panggilan telefon dari pengurus United itu.

Ferguson sebelum ini mendakwa yang beliau telah cuba menghubungi Tevez beberapa kali mengenai kontrak baru pemain itu yang akan mengekalkannya di Old Trafford namun seringkali gagal. Kini Tevez tampil untuk menafikannya.

July 15, 2009

Manchester City Makin Hampir Ikat Carlos Tevez.

Carlos Tevez kini bersedia untuk memakai jersi biru Manchester City selepas kelab itu mengumumkan yang kedua-dua pihak telah bersetuju dengan perjanjian perpindahan pemain itu ke City.

Tevez telah bersetuju dengan terma-terma perjanjian peribadi dan dia dijangka akan menandatangani kontrak selama lima tahun di Eastlands.

City juga mengesahkan yang perjanjian telah mendapat kebenaran dari pihak EPL dan Persatuan Bola Sepak England. Tevez akan menjalani ujian perubatan dalam masa terdekat sebelum menyertai kelab itu yang akan menjalani latihan pra-musim di Afrika Selatan.

June 22, 2009

Carlos Tevez Kini Jadi Rebutan Manchester City Dan Chelsea.

Manchester City dan Chelsea adalah dua kelab pilihan untuk mendapatkan khidmat Carlos Tevez selepas dia membuat keputusan menolak untuk menandatangani perjanjian baru dengan Manchester United kerana ‘dia bukanlah seorang pemain yang dikehendaki di Old Trafford’.

Ketua Eksekutif United, David Gill telah berbincang dengan penasihat Tevez, Kia Joorabchian, dengan harapan dapat mengekalkan penyerang Argentina itu namun di sebalik tawaran kontrak baru selama lima tahun yang membolehkan Tevez menjadi salah seorang pemain yang dibayar dengan nilai tinggi di kelab itu, pemain yang berusia 25 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan United.

June 7, 2009

Hughes Berminat Dapatkan Khidmat Tevez.

Pengurus Manchester City, Mark Hughes mengesahkan yang beliau berminat untuk mendapatkan khidmat Carlos Tevez, di mana kontrak pinjaman dua tahunnya dengan Manchester United tamat selepas berakhirnya musim ini.

Masa depan Tevez menjadi bahan spekulasi dan dipercayai akan kekal menjadi hak United dengan menandatangani kontrak baru. Dan mereka dijangka akan menawarkan 32 juta pound sebagai tanda harga untuk mengikat penyerang antarabangsa Argentina itu.

May 2, 2009

Tevez Hampir Pasti Tinggalkan Manchester United.

Carlos Tevez mengakui yang dia hampir pasti meninggalkan Manchester United selepas berakhirnya musim ini kerana bosan akibat sering diletakkan di bangku simpanan sepanjang musim ini.

Tevez gagal menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama United musim ini dan kurang gembira dengan keadaan itu, lebih-lebih lagi belum ada tanda-tanda yang United mahu mengikatnya dengan kontrak kekal dan dia bercadang untuk meneruskan kerjayanya ke Sepanyol.

January 6, 2009

Tevez Nafi Tolak Tawaran Kontrak Baru Manchester United.

Penyerang Manchester United, Carlos Tevez memberitahu yang dia agak kecewa dengan spekulasi yang mengatakan yang dia telah menolak untuk menerima kontrak baru bersama kelab itu.

Tevez yang diberi cuti selama seminggu oleh Alex Ferguson pada tahun baru, mengakui yang dia mahu kekal di Old Trafford dan dia tidak mengetahui dari mana munculnya cerita tersebut.

December 4, 2008

Tevez Cemerlang Bantu Kemenangan Manchester United.

Carlos Tevez yang lebih banyak memanaskan bangku simpanan musim ini, mengganas apabila meledak dengan empat gol sewaktu membantu Manchester United menewaskan Blackburn Rovers 5-3 dalam saingan peringkat suku akhir Piala Carling awal pagi tadi. Kemenangan itu sekaligus melayakkan United ke peringkat separuh akhir kejohanan tersebut.

October 18, 2008

Tevez Kini Diintai Real Madrid.

Real Madrid yang gagal mendapatkan khidmat pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo kini mengalihkan tumpuan untuk memikat rakan sekelabnya, Carlos Tevez. Real dikatakan cuba mengambil kesempatan di sebalik kegagalan pemain itu menandatangani kontrak baru sebagai pemain bersama United. Penyerang itu masih dalam kontrak pinjaman dan sedang berusaha mendapatkan kontrak tetap namun perbincangan masih menemui jalan buntu.

September 9, 2008

Terima Kad Merah – Tevez Mohon Maaf.

Penyerang Argentina, Carloz Tevez memohon maaf kepada rakan sepasukan dan penyokong Argentina setelah dibuang padang dalam perlawanan menentang Paraguay ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2010 hari Sabtu lalu. Argentina yang bermain dengan sepuluh orang akhirnya seri 1-1 dalam perlawanan itu.

Tevez menerima kad kuning pertama pada minit ke-16 selepas melakukan bentesan dari belakang. Pada minit ke-31, Tevez dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Paraguay, Dario Veron.