Category: Pasukan Terengganu
March 21, 2010

Selangor melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan bergaya apabila menewaskan Pos Malaysia 3-0 dalam perlawanan kedua saingan suku akhir di Stadium Shah Alam malam tadi sekaligus mencipta agregat besar 8-1 ke atas lawannya itu. Selangor sebelum ini menang 5-1 dalam perlawanan pertama.
R. Surendran menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu manakala satu gol lagi hasil jaringan Rudie Ramli.
Negeri Sembilan menempah pertemuan dengan Selangor apabila dipaksa bekerja keras sebelum menang 3-1 ke atas KL Plus di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban. Mereka melangkah ke separuh akhir dengan agregat 3-2 walaupun tewas 1-2 dalam perlawanan pertama.
January 31, 2010

Selangor yang menang besar 6-0 ke atas Johor dalam perlawanan terdahulu, gagal mengekalkan momentum kemenangannya apabila sekadar seri 1-1 dengan Perlis di Stadium Utama, Kangar malam tadi.
Ahmad Fakri Shaarani membuka tirai jaringan buat Perlis pada minit ke-12 sebelum Safiq Rahim menyelamatkan maruah Selangor dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-41 bagi membolehkan skuad Gergasi Merah membawa pulang satu mata sekaligus mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu liga.
Terengganu yang mengekori Selangor di tangga kedua kembali merapatkan diri dengan pendahulu liga itu dengan jurang dua mata sahaja apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
January 24, 2010

Terengganu mengenepikan semua ramalan awal yang mengatakan mereka akan tersungkur kepada Selangor apabila menang bergaya 4-0 ke atas lawannya itu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Dua sepakan penalti yang dimiliki Terengganu ternyata meruntun semangat para pemain Selangor sehingga mereka hilang punca di sebalik penguasaan bahagian tengah yang dijana oleh Safiq Rahim, Hardi Jaafar dan Bunyamin Omar.
Bagaimanapun, Terengganu lebih berbisa dari segi tindakan penyudah dengan kemampuan barisan pemain penyerang mereka yang begitu efisien ketika berada di hadapan gol lawan.
November 1, 2009


Kelantan merealisasikan harapan mereka untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia apabila menjinakkan Singa Utara, Perlis 3-1 dalam perlawanan kedua saingan separuh akhir di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi.
Kemaraan Kelantan dengan agregat 5-1 itu adalah buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun. Sebelum ini, skuad Wira Merah menang 2-0 ketika menentang Perlis di Kota Bharu dalam perlawanan pertama.
October 31, 2009

Kelantan dan Negeri Sembilan kini selangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Kemenangan dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir di tempat sendiri membolehkan mereka bertandang ke tempat lawan dengan sedikit bekalan yang mungkin boleh membantu mereka nanti.
Namun begitu, Perlis dan Terengganu bukanlah calang-calang pasukan. Kemampuan mereka melangkah ke separuh akhir sebenarnya sudah membuktikan yang mereka juga adalah pasukan yang perlu diberi perhatian dan ada kemungkinan mereka boleh membuat kejutan untuk ke final.
Perlawanan malam ini pastinya dinanti-nantikan oleh penyokong keempat-empat pasukan dengan perasaan penuh debar dan sudah pasti juga hanya kemenangan yang diimpikan oleh mereka bagi merealisasikan harapan untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia tahun ini.
October 28, 2009


Kelantan memiliki bekalan selesa apabila menundukkan Perlis 2-0 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.
Kemenangan ini pastinya akan menambah keyakinan skuad Wira Merah yang dibimbing oleh B. Sathianathan terutama mereka akan berhadapan sekali lagi dengan skuad Singa Utara di Kangar dalam perlawanan kedua pada hari Sabtu ini.
October 25, 2009


Selangor gagal menepati ramalan sebagai pasukan pilihan untuk merangkul piala keempatnya musim ini apabila tersingkir di peringkat suku akhir Piala Malaysia kepada Terengganu menerusi sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Selangor dan Terengganu terikat 1-1 buat kali kedua selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan yang sama dalam perlawanan suku akhir pertama di Shah Alam hari Selasa lalu.
October 24, 2009


Perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia akan berlangsung malam ini untuk melengkapkan keputusan perlawanan peringkat pertama yang sudahpun berlangsung pada hari Selasa lalu.
Empat pasukan iaitu Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis diramalkan akan tersenarai dalam kelompok empat pasukan terbaik kejohanan ini namun berdasarkan keputusan perlawanan suku akhir pertama, empat lagi pasukan iaitu Terengganu, KL Plus, Kuala Muda Naza dan Johor FC masih berpeluang membuat keputusan mengejut menyelitkan diri ke separuh akhir.
October 21, 2009

Selangor mensia-siakan peluang bermain di halaman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Terengganu dalam saingan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.
Puluhan ribu penyokong yang hadir ternyata membakar semangat pemain Merah Kuning untuk mempersembahkan permainan menarik dan penguasaan perlawanan jelas berpihak kepada pasukan tuan rumah.
Selepas terlepas peluang awal untuk mendahului Terengganu apabila rembatan jarak dekat Safee Sali yang melepasi palang, Mohd Amri Yahyah membuktikan keupayaannya sebagai pemain emas Selangor dengan menolak masuk gol pendahuluan pada minit ke-20.
August 2, 2009


Perlis menang perlawanan terakhirnya apabila menewaskan Polis 2-1 di Stadium Utama, Kangar sekaligus mengesahkan kedudukannya di tangga kedua Liga Super.
Kejayaan itu tambah bermakna apabila penyerang utamanya, Nizaruddin merangkul gelaran penjaring terbanyak Liga Super 2009 sesudah berjaya menjaringkan sejumlah 18 gol sepanjang kempen liga musim ini, termasuk dua gol yang dijaringkannya dalam perlawanan menentang Polis itu.
Polis yang terperosok di tangga terbawah liga membuat kejutan apabila terlebih dahulu menggegar jaring menerusi Khairul Azwan Abdullah pada minit ke-51.
May 24, 2009

Perlis tewas mengejut 0-2 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Utama, Kangar malam tadi sekaligus terpaksa melepaskan kedudukannya selaku pendahulu liga kepada Selangor.
Selangor merampas kedudukan pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam.
Perlawanan antara Terengganu dan Perlis agak seimbang pada babak pertama dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menemui sasaran menyebabkan mereka terikat tanpa jaringan pada babak pertama.
March 1, 2009

Kedah semakin mantap permainannya apabila terus mencatat kemenangan dalam saingan Liga Super apabila membenam Terengganu dengan keputusan 3-0 di Stadium Darul Aman malam tadi.
Walaupun masih dibelenggu kesedihan akibat tersingkir dari saingan Piala FA, skuad Hijau Kuning bangkit seperti harimau luka dengan mempamerkan aksi hebat di hadapan penyokong mereka yang kini mula membanjiri tempat duduk penonton semula.
February 22, 2009

Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan di bawah bimbingan Ken Worden apabila menewaskan skuad Harimau Muda 2-1 dalam perlawanan pertama pusingan kedua saingan Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi.
Harimau Muda membuatkan penyokong pasukan tuan rumah tergamam apabila terlebih dahulu menemui sentuhan gol apabila Mohd Fadhli Shas menanduk masuk bola sepakan sudut pada minit ke-20.
Bagaimanapun, Terengganu segera bangkit memberi tentangan dan hanya memerlukan dua minit untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak jauh Abdul Manaf Mamat.
February 15, 2009

Kelantan membuktikan yang mereka adalah jaguh sebenar Pantai Timur apabila menundukkan Terengganu 3-2 dalam satu perlawanan sengit yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan mereka menduduki tangga kedua Liga Super selepas pesaing terdekatnya, Negeri Sembilan tumpas 0-1 kepada Perlis di Stadium Utama, Kangar.
January 27, 2009


Skuad Terengganu kini akan dibimbing oleh jurulatih import, Ken Worden dalam usaha Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) memulihkan semula prestasi skuad Penyu yang kian terumbang-ambing dalam saingan Liga Super.
Dari empat perlawanan, Terengganu hanya memungut tiga mata menerusi satu kemenangan hingga menyebabkan pihak pengurusan mengambil tindakan drastik menggunakan khidmat Worden, sekaligus mengambil alih tugas jurulatih terdahulu, Mohd Nik yang kini ditugaskan untuk membantu Worden.
October 8, 2008

Pasukan Terengganu menerima khabar gembira apabila Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM 4 juta kepada pasukan itu untuk digunakan menguruskan pasukan sepanjang musim baru Liga Malaysia berlangsung. Berita gembira itu diumumkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Said bagi memastikan pasukan negeri itu dapat membuat persiapan secukupnya bagi mencabar kejuaraan Liga Malaysia musim baru nanti.
August 18, 2008
August 17, 2008
August 10, 2008

…
August 9, 2008
August 7, 2008
August 6, 2008
August 3, 2008
August 2, 2008
July 19, 2008

19 JULAI – Perak mencerahkan peluangnya ke suku akhir Piala Malaysia apabila mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas UPB/MyTeam dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Perak malam tadi. Perak terlebih dahulu dikejutkan pelawat pada minit …
Next Page »
|