IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pasukan Selangor

March 21, 2010

Piala FA – Selangor, NS, Kedah Dan Terengganu Mara Ke Separuh Akhir.

Selangor melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan bergaya apabila menewaskan Pos Malaysia 3-0 dalam perlawanan kedua saingan suku akhir di Stadium Shah Alam malam tadi sekaligus mencipta agregat besar 8-1 ke atas lawannya itu. Selangor sebelum ini menang 5-1 dalam perlawanan pertama.

R. Surendran menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu manakala satu gol lagi hasil jaringan Rudie Ramli.

Negeri Sembilan menempah pertemuan dengan Selangor apabila dipaksa bekerja keras sebelum menang 3-1 ke atas KL Plus di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban. Mereka melangkah ke separuh akhir dengan agregat 3-2 walaupun tewas 1-2 dalam perlawanan pertama.

March 7, 2010

Liga Super – Kedah Jadi Mangsa Belasahan Selangor.

Selangor mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu liga dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Kedah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi.

Selangor memulakan perlawanan dengan begitu meyakinkan dengan beberapa siri serangan awal ke gawang gol Kedah. Beberapa ledakan percubaan daripada Safee Sali, Hardi Jaafar, Amirul Hadi Zainal dan Mohd Amri Yahyah pada awal permainan begitu mencemaskan benteng pertahanan Kedah.

Selepas beberapa gempuran gagal menepati sasaran, Selangor memulakan pesta gol mereka menerusi rembatan jauh Safee Sali yang menerjah jaring pada minit ke-27.

January 31, 2010

Liga Super – Selangor Seri, Terengganu Kembali Himpit Pendahulu Liga.

Selangor yang menang besar 6-0 ke atas Johor dalam perlawanan terdahulu, gagal mengekalkan momentum kemenangannya apabila sekadar seri 1-1 dengan Perlis di Stadium Utama, Kangar malam tadi.

Ahmad Fakri Shaarani membuka tirai jaringan buat Perlis pada minit ke-12 sebelum Safiq Rahim menyelamatkan maruah Selangor dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-41 bagi membolehkan skuad Gergasi Merah membawa pulang satu mata sekaligus mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu liga.

Terengganu yang mengekori Selangor di tangga kedua kembali merapatkan diri dengan pendahulu liga itu dengan jurang dua mata sahaja apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

January 24, 2010

Liga Super – Terengganu Pamer Aksi Hebat Untuk Benam Selangor.

Terengganu mengenepikan semua ramalan awal yang mengatakan mereka akan tersungkur kepada Selangor apabila menang bergaya 4-0 ke atas lawannya itu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dua sepakan penalti yang dimiliki Terengganu ternyata meruntun semangat para pemain Selangor sehingga mereka hilang punca di sebalik penguasaan bahagian tengah yang dijana oleh Safiq Rahim, Hardi Jaafar dan Bunyamin Omar.

Bagaimanapun, Terengganu lebih berbisa dari segi tindakan penyudah dengan kemampuan barisan pemain penyerang mereka yang begitu efisien ketika berada di hadapan gol lawan.

January 17, 2010

Liga Super – Selangor Kekal Rekod Kemenangan, Kini Di Puncak Liga.

Selangor kini mengungguli takhta Liga Super apabila mengekalkan rekod kemenangan seratus peratus dengan menewaskan KL Plus 1-0 di Stadium Petaling Jaya malam tadi.

Menang dalam dua perlawanan sebelum ini, Hardi Jaafar memastikan rentak kemenangan pasukannya kekal apabila dia meledakkan jaringan tunggal dalam perlawanan itu pada minit ke-57.

Terengganu mendaki ke tangga kedua liga apabila membelasah Pulau Pinang 4-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

January 10, 2010

Piala Sumbangsih 2010 Milik Selangor.

Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih yang dimenanginya tahun lalu apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan pembukaan Liga Super musim ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban malam tadi.

Perlawanan antara juara Piala FA dan juara Piala Malaysia itu adalah perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia dengan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik mereka, termasuk pemain-pemain skuad Malaysia yang memenangi pingat emas di Sukan SEA di Laos baru-baru ini.

Negeri Sembilan yang bermain di hadapan penyokong sendiri ternyata begitu berbahaya dengan beberapa gerakan di awal permainan termasuk percubaan dari Aidil Zafuan Abdul Razak yang mengenai palang gol lawan.

December 21, 2009

Selangor Umum Barisan Pemain Dan Pegawai Untuk Saingan Liga Malaysia 2010.

Filed under: Artikel, Berita Liga Malaysia, Pasukan Selangor, Tempatan - 21 Dec 2009


PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) telah mengumumkan senarai pemain dan pegawai skuad Liga Super Selangor untuk musim 2010 pada satu sidang media yang berlangsung di Wisma FAS, Kelana Jaya pada 1 Disember lalu.

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad. Seramai enam pemain baru dibawa masuk iaitu Liew Kit Kong (KM Naza), Farderin Kadir (KM Naza), Bunyamin Umar (UPB-MyTeam), Safiq Rahim (KL Plus), Azrine Efendy Saduddin (Johor) dan Iqbal Suhaimi (Proton FC).

Mereka menyertai 17 pemain lama yang dikekalkan bagi menyaksikan skuad Selangor 2010 mempunyai keseluruhan 23 orang pemain.

October 25, 2009

Piala Malaysia – Terengganu Singkir Selangor Menerusi Penentuan Sepakan Penalti.

Selangor gagal menepati ramalan sebagai pasukan pilihan untuk merangkul piala keempatnya musim ini apabila tersingkir di peringkat suku akhir Piala Malaysia kepada Terengganu menerusi sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Selangor dan Terengganu terikat 1-1 buat kali kedua selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan yang sama dalam perlawanan suku akhir pertama di Shah Alam hari Selasa lalu.

October 24, 2009

Piala Malaysia – Pasukan Mana Akan Ke Separuh Akhir?

Perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia akan berlangsung malam ini untuk melengkapkan keputusan perlawanan peringkat pertama yang sudahpun berlangsung pada hari Selasa lalu.

Empat pasukan iaitu Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis diramalkan akan tersenarai dalam kelompok empat pasukan terbaik kejohanan ini namun berdasarkan keputusan perlawanan suku akhir pertama, empat lagi pasukan iaitu Terengganu, KL Plus, Kuala Muda Naza dan Johor FC masih berpeluang membuat keputusan mengejut menyelitkan diri ke separuh akhir.

October 21, 2009

Piala Malaysia – Selangor Tempah Laluan Sukar Ke Separuh Akhir.

Selangor mensia-siakan peluang bermain di halaman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Terengganu dalam saingan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.

Puluhan ribu penyokong yang hadir ternyata membakar semangat pemain Merah Kuning untuk mempersembahkan permainan menarik dan penguasaan perlawanan jelas berpihak kepada pasukan tuan rumah.

Selepas terlepas peluang awal untuk mendahului Terengganu apabila rembatan jarak dekat Safee Sali yang melepasi palang, Mohd Amri Yahyah membuktikan keupayaannya sebagai pemain emas Selangor dengan menolak masuk gol pendahuluan pada minit ke-20.

October 14, 2009

Piala Malaysia – Kelantan Menang Besar, Selangor Tewas Perlawanan Terakhir.

Saingan kumpulan Piala Malaysia sampai ke kemuncaknya malam tadi dengan beberapa keputusan mengejut dicatatkan oleh pasukan-pasukan yang bertanding dalam usaha terakhir mereka merebut tempat ke peringkat suku akhir.

Selangor yang telahpun mengesahkan tempatnya ke peringkat suku akhir gagal mengekalkan rekod kemenangan 100% mereka apabila tewas mengejut 2-3 kepada Kuala Muda Naza dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kemenangan ini bermakna Kuala Muda Naza turut melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia setelah memungut 12 mata dan berjaya menyelitkan diri dalam senarai lapan pasukan terbaik.

October 11, 2009

Piala Malaysia – Selangor Sahkan Tempatnya Di Suku Akhir.

Selangor hanya mampu mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang PDRM di Stadium Selayang malam tadi namun keputusan itu sudah cukup mengesahkan tempatnya di peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia.

Rudie Ramli memberikan kelebihan awal buat Selangor apabila merembat masuk dari jarak dekat pada minit ke-12 namun kemudiannya terpaku apabila ketinggalan menerusi dua jaringan PDRM menerusi Hairul Izwan Abdullah (minit ke-16) dan Abdul Rajal Jalil (minit ke-37).

Selangor yang meningkatkan asakan sebaik babak kedua bermula, berjaya menyamakan kedudukan menerusi ketua pasukannya, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-54.

Pasukan Perlis pula hampir menerima kejutan di Stadium Darul Makmur namun jaringan minit ke-85 oleh Azi Shahril Azmi berjaya memadam kelebihan milik Pahang hasil jaringan oleh Shahrizam Salleh.

October 6, 2009

Pasukan Veteran Turut Tumpas, Piala Sultan Selangor 2009 Menjadi Milik Singapura.

Singapura merampas semula Piala Sultan Selangor apabila menundukkan Selangor 3-0 di Stadium Jalan Besar semalam sekaligus menebus kehampaan ketika tumpas di Shah Alam tahun lalu.

Pasukan veteran Selangor turut tumpas 1-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada pasukan veteran Singapura selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh permainan.

October 3, 2009

Piala Malaysia – Selangor Cemas Sebelum Atasi Cabaran KM Naza.

Juara Liga Super 2009, Selangor cemas sebelum akhirnya berjaya mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Kuala Muda Naza di Stadium Shah Alam malam tadi.

Ketinggalan 0-2 pada satu ketika, kebangkitan skuad Gergasi Merah terutamanya pada babak kedua mencerminkan kesungguhan mereka untuk merangkul kejuaraan keempat pada tahun ini.

Farderin Kadir membuka tirai jaringan buat KM Naza pada minit ke-16 sebelum Akmal Rizal Ahmad Rakhli menggandakan kedudukan pada minit ke-32 membuatkan penyokong Selangor cemas seketika.

October 2, 2009

Piala Malaysia – Pasukan Pilihan Mula Pamerkan Aksi Menarik.

Selangor mula mempamerkan aksi menarik sekaligus membuktikan mereka layak diangkat sebagai pasukan pilihan apabila mudah menundukkan PDRM 3-0 dalam saingan kumpulan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam hari Selasa yang lalu.

Amirulhadi Zainal, Safee Sali dan Amri Yahyah mencatat nama sebagai penjaring gol Selangor untuk memadam keraguan terhadap kemampuan skuad Gergasi Merah yang sekadar menang tipis 1-0 ketika menentang Sabah dalam perlawanan pertama.

Perlis pula hampir dikejutkan oleh Pahang di Stadium Utama Negeri, Kangar namun bangkit semula dari ketinggalan pada satu ketika untuk menang 3-2.

July 26, 2009

Liga Super – Selangor Julang Kejuaraan Dengan Bergaya.

Selangor yang telah mengesahkan kejayaannya selaku juara Liga Super 2009, menutup tirai liga dengan bergaya apabila membelasah pasukan Pahang 5-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan itu tambah bermakna apabila di penamat saingan, telah diserahkan Piala Liga Super kepada skuad Gergasi Merah oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus menepati sasaran pengurusan Selangor untuk merangkul kejuaraan liga itu buat kali pertama sejak ia diperkenalkan.

July 8, 2009

Liga Super – Selangor Makin Kukuh Di Persada Liga, Perlis Mula Keciciran Mata.

Selangor semakin menjarakkan diri dari pesaing terdekatnya, Perlis apabila menang selesa 4-1 ke atas Kuala Muda Naza dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Selangor mengungguli takhta liga dengan kelebihan empat mata ke atas Perlis yang hanya mampu seri 1-1 dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Selangor terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan oleh pasukan pelawat menerusi bekas penyerangnya, Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-23 bagi membolehkan KM Naza mendahului 1-0 pada babak pertama.

July 5, 2009

Liga Super – Selangor Masih Kuasai Takhta, Perlis Kekal Pesaing Terdekat.

Selangor meneruskan penguasaannya di singgahsana Liga Super apabila membelasah UPB MyTeam 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Petaling Jaya malam tadi.

Selangor yang menguasai perlawanan, membuka tirai jaringan setelah permainan berlangsung setengah jam menerusi Hardi Jaafar sebelum penyerang kebangsaan, Safee Sali menggandakan kedudukan pada minit ke-50.

MyTeam bangkit melawan dengan merapatkan kedudukan menerusi Khaironisam Sahabudin pada minit ke-66 namun C. Premnath memastikan Selangor menang selesa dengan menjaringkan dua gol lagi pada minit ke-69 dan 76.

June 28, 2009

Liga Super – Kedudukan Selangor Dan Perlis Kekal, Kelantan Makin Bernafsu Catat Kemenangan.

Selangor dan Perlis kekal di tangga teratas dan kedua Liga Super apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam pertembungan di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi.

Perlis yang perlukan kemenangan untuk memintas Selangor, gagal mengambil kesempatan walaupun bermain di hadapan penyokong setianya ekoran kekentalan benteng pertahanan Selangor yang begitu kebal bertahan.

Keputusan seri itu menyaksikan Selangor memungut 48 mata dari 21 perlawanan meninggalkan Perlis dengan hanya kelebihan dua mata sahaja di belakangnya.

June 21, 2009

Liga Super – Selangor Seri, Perlis Kembali Melonjak Ke Takhta Liga.

Selangor gagal meneruskan penguasaan di tangga teratas Liga Super apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban semalam.

Pasukan ‘Gergasi Merah’ itu yang kelihatan gementar dalam perlawanan itu sehingga membolehkan pasukan tuan rumah mendahului 1-0 seminit selepas babak kedua bermula menerusi Shahurain Abu Samah.

Ketua pasukan, Mohd Amri Yahyah menyelamatkan Selangor apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64 sekaligus membolehkan Selangor membawa pulang satu mata.

June 17, 2009

Liga Super – Asakan Perlis Berterusan, Selangor Masih Kekal Terajui Liga.

Selangor menewaskan Perak 1-0 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi untuk mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu Liga Super dengan hanya satu mata mengatasi pencabar di tangga kedua, Perlis yang turut mencatat kemenangan.

Bagaimanapun, Selangor yang memungut 43 mata dari 18 perlawanan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Selepas buntu tanpa jaringan pada babak pertama, R. Surendran menggegarkan jaring Perak empat minit selepas babak kedua bermula selepas dia menyudahkan hantaran C. Premnath.

May 24, 2009

Liga Super – Perlis Tewas Mengejut, Selangor Kini Muncul Pendahulu Liga.

Perlis tewas mengejut 0-2 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Utama, Kangar malam tadi sekaligus terpaksa melepaskan kedudukannya selaku pendahulu liga kepada Selangor.

Selangor merampas kedudukan pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam.

Perlawanan antara Terengganu dan Perlis agak seimbang pada babak pertama dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menemui sasaran menyebabkan mereka terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

May 6, 2009

Liga Super – Situasi Kejar-Mengejar Selangor Dan Perlis Berlarutan.

Selangor terus menghambat kedudukan Perlis selaku pendahulu Liga Super apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Pahang di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Pahang yang baru mendapat sentuhan jurulatih baru, Dollah Salleh membuka tirai jaringan menerusi Muhamad Badrul Hisani Abdul Rahman pada minit ke-55 namun berjaya disamakan oleh Selangor hasil jaringan ketua pasukannya, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-65.

Empat minit kemudian, Mohd. Fitri Shazwan Raduwan memastikan Selangor membawa pulang tiga mata penuh dengan jaringan kemenangan untuk terus mengekori Perlis dengan ketinggalan hanya satu mata.

April 29, 2009

Video Pilihan Final Piala FA 2009 - Selangor vs Kelantan.

Selangor merangkul Piala FAnya yang kelima apabila menundukkan Kelantan 4-1 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa tambahan perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hari Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan dan terikat tanpa jaringan apabila masa penuh perlawanan tamat menyebabkan perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan.

Kelantan menceriakan para penyokongnya apabila berjaya membolosi gawang gol Selangor menerusi tandukan Norfarhan Mohamad pada minit ke-92 namun berjaya disamakan oleh Mohd Amri Yahyah yang menanduk masuk hantaran D. Surendran pada minit ke-100.

April 26, 2009

Final Piala FA - Selangor Julang Kejuaraan Piala FA 2009.

Selangor meneruskan tradisi kecemerlangannya dalam arena bola sepak tanah air apabila muncul juara Piala FA 2009 setelah mengenepikan cabaran sengit Kelantan menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Kelantan yang memendam perasaan selama 39 tahun tanpa kejuaraan, tampil dengan persembahan bersemangat berhadapan dengan barisan pemain Selangor yang kembali mendapatkan khidmat Khairul Anuar Baharom untuk mengepalai benteng pertahanan ‘Red Giants’ dalam perlawanan itu tetapi kehilangan P. Gunalan yang menjalani hukuman penggantungan perlawanan.

Next Page »