HARAP MAAF. BLOG SEDANG DIKEMASKINI. HARAP MAAF.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pasukan Perak

September 24, 2008

Piala AFC - Dua Wakil Malaysia Tersingkir.

Kedah gagal meneruskan kemaraan dalam saingan Piala AFC apabila tewas 1-2 kepada kelab Bahrain, Muharraq di Stadium Darul Aman malam tadi. Kemenangan ini menyaksikan wakil Bahrain itu mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 7-1. Muharraq menang 5-0 perlawanan pertama di tempat sendiri minggu lalu. Bermain di hadapan 20,000 orang penyokong, Kedah menurunkan kesebelasan yang sama ketika menentang Muharraq di perlawanan pertama. 15 minit pertama menyaksikan Kedah mengatur banyak gerakan ke kubu Muharraq untuk mendapatkan gol awal. Peluang pertama diperolehi menerusi hantaran Fadly Baharom yang terpaksa ditumbuk keluar oleh penjaga gol Muharraq, Abdulla Alkaabi. Lima minit kemudian, rembatan jarak jauh Sabre Mat Abu pula dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh Rashed Abdulla Al Doseri.

September 23, 2008

Piala AFC - Safa Waspada Hadapi Perak.

Jurulatih kelab Safa SC, Samir Saad mahu semua pemainnya menumpukan perhatian terhadap perlawanan menentang Perak dalam saingan suku akhir pusingan kedua Piala AFC hari ini. Kelab Lebanon itu kini berada di kedudukan yang selesa selepas menang 2-0 dalam perlawanan pertama yang berlangsung di Ipoh hasil jaringan Rony Azar dan Hamid Termina. Bagaimanapun, Saad tidak mahu pemainnya terlalu yakin selagi masa permainan selama 90 minit lagi belum berakhir. Saad juga mengatakan bahawa mereka kini telah mengetahui kelemahan dan kekuatan Perak berdasarkan perlawanan pertama itu.

September 17, 2008

Piala AFC – Perak Tewas Di Halaman Sendiri.

Perak menempah laluan berliku apabila tewas 0-2 kepada Safa FC dari Lebanon dalam perlawanan suku akhir pusingan pertama Piala AFC di Stadium Perak malam tadi. Perak memulakan perlawanan dengan meyakinkan apabila melancarkan serangan awal ke kubu Safa. Hardi Jaafar menyaksikan sepakan percumanya pada minit ke-7 diselamatkan oleh penjaga gol lawan, Nazih Tay. Hardi sekali lagi berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-27 hasil gerakan bersama Ahmad Shahrul Azhar namun rembatannya tersasar.

September 16, 2008

Saingan Suku Akhir Piala AFC (Kelab Asia).

Dua pasukan dari Malaysia iaitu Kedah dan Perak adalah antara lapan pasukan yang akan bersaing di peringkat suku akhir Piala AFC hari ini. Enam pasukan lain adalah Safa FC dari Lebanon, Singapore Armed Forces FC dan Home United FC dari Singapura, Al-Nahda dari Oman, Dempo SC dari India serta pasukan dari Bahrain, Muharraq. Kelapan-lapan pasukan ini telahpun melepasi peringkat pusingan awal yang dijalankan secara liga lima kumpulan.

August 10, 2008

Selangor Cemas, Johor FC Buat Kejutan.

August 9, 2008

Pasukan Mana Ke Separuh Akhir ?

August 7, 2008

Kedah, UPB/MyTeam Menang Selesa.

August 6, 2008

Perlawanan Tumpuan – Kedah vs Perak.

August 3, 2008

Kedah, UPB/MyTeam Juarai Kumpulan.

August 2, 2008

Persaingan Sengit Cari Tiket Ke Suku Akhir.

Selangor Muncul Juara Piala Presiden.

August 1, 2008

Final Piala Presiden – Selangor vs Perak.

July 19, 2008

UPB/MyTeam Tersungkur Di Tangan Perak.

19 JULAI – Perak mencerahkan peluangnya ke suku akhir Piala Malaysia apabila mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas UPB/MyTeam dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Perak malam tadi. Perak terlebih dahulu dikejutkan pelawat pada minit …

July 8, 2008

PAFA Siasat Kes Pecah Cermin.

8 JULAI – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan menyiasat kes seorang pemain pasukan itu yang dikatakan memecahkan cermin di bilik persalinan Stadium Utama Kangar dua hari lepas. Kejadian itu berlaku selepas perlawanan antara Perlis …

July 6, 2008

Perak Kecundang Di Tangan Perlis.

6 JULAI – Perlis semakin mencabar UPB/MyTeam selaku pendahulu Kumpulan C apabila mengutip tiga mata lagi dalam perlawanan menentang Perak di Stadium Utama Kangar dalam saingan Piala Malaysia malam tadi. Perak yang terpaksa bermain dengan …

June 19, 2008

PFA Tiada Duit Bayar Gaji Pemain.

Filed under: Artikel, Isu Semasa, Pasukan Perak, Tempatan - 19 Jun 2008

Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) menyertai senarai persatuan bola sepak di negara ini yang gagal membayar gaji pemain-pemain di bawah naungannya. Dikatakan kedudukan kewangan PFA amat meruncing dan hanya mempunyai RM 2,000 dalam akaun mereka. …