IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pasukan Pahang

July 26, 2009

Liga Super – Selangor Julang Kejuaraan Dengan Bergaya.

Selangor yang telah mengesahkan kejayaannya selaku juara Liga Super 2009, menutup tirai liga dengan bergaya apabila membelasah pasukan Pahang 5-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan itu tambah bermakna apabila di penamat saingan, telah diserahkan Piala Liga Super kepada skuad Gergasi Merah oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus menepati sasaran pengurusan Selangor untuk merangkul kejuaraan liga itu buat kali pertama sejak ia diperkenalkan.

July 5, 2009

Liga Super – Selangor Masih Kuasai Takhta, Perlis Kekal Pesaing Terdekat.

Selangor meneruskan penguasaannya di singgahsana Liga Super apabila membelasah UPB MyTeam 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Petaling Jaya malam tadi.

Selangor yang menguasai perlawanan, membuka tirai jaringan setelah permainan berlangsung setengah jam menerusi Hardi Jaafar sebelum penyerang kebangsaan, Safee Sali menggandakan kedudukan pada minit ke-50.

MyTeam bangkit melawan dengan merapatkan kedudukan menerusi Khaironisam Sahabudin pada minit ke-66 namun C. Premnath memastikan Selangor menang selesa dengan menjaringkan dua gol lagi pada minit ke-69 dan 76.

February 18, 2009

Liga Super – Selangor Tersungkur, Kelantan Gah Di Persada Liga.

Kelantan mengenepikan kesedihan di awal musim dan membuktikan kehadiran mereka dalam saingan Liga Super harus digeruni apabila membelasah Pahang 5-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus dua kali menggegar jaring untuk membantu pasukan ‘Wira Merah’ itu melonjak ke takhta liga dengan memintas kedudukan Selangor yang tewas mengejut 0-1 kepada UPB MyTeam.

July 27, 2008

Johor FC Sahkan Tempat Ke Suku Akhir.

27 JULAI – Johor FC menjadi pasukan kedua selepas Selangor layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia apabila menewaskan PDRM 3-2 dalam saingan Kumpulan B malam tadi. PDRM mengejutkan Johor FC seawal minit ke-9 apabila …

June 18, 2008

Final Piala FA – Selangor vs Kedah.

18 JUN – Pasukan Selangor mengatasi cabaran hebat Terengganu dalam perlawanan pusingan kedua separuh akhir apabila mengikat musuhnya itu dengan keputusan 1-1. Dalam perlawanan yang dilangsungkan malam tadi di Stadium Sultan Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, …

June 15, 2008

Piala FA – Selangor dan Kedah Menang Bergaya.

15 JUN – Pasukan Selangor dan Kedah berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala FA malam tadi. Kedah mengatasi Pahang 4-1 dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Darul Aman. Kedah mendahului seawal …