IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pasukan Kuala Lumpur

January 31, 2010

Liga Super – Selangor Seri, Terengganu Kembali Himpit Pendahulu Liga.

Selangor yang menang besar 6-0 ke atas Johor dalam perlawanan terdahulu, gagal mengekalkan momentum kemenangannya apabila sekadar seri 1-1 dengan Perlis di Stadium Utama, Kangar malam tadi.

Ahmad Fakri Shaarani membuka tirai jaringan buat Perlis pada minit ke-12 sebelum Safiq Rahim menyelamatkan maruah Selangor dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-41 bagi membolehkan skuad Gergasi Merah membawa pulang satu mata sekaligus mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu liga.

Terengganu yang mengekori Selangor di tangga kedua kembali merapatkan diri dengan pendahulu liga itu dengan jurang dua mata sahaja apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

February 15, 2009

Selangor Kini Pimpin Takhta Liga Super Selepas Tundukkan KL Plus.

Selangor merampas takhta Liga Super apabila menundukkan KL Plus 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kula Lumpur, Cheras malam tadi.

Ketua pasukan Selangor, Mohd Amri Yahyah membuktikan kehebatannya dengan menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu untuk membolehkan pasukan Gergasi Merah memungut tiga mata lagi untuk memintas kedudukan Negeri Sembilan yang sebelum ini menguasai takhta dengan kelebihan jaringan gol.

January 14, 2009

KL Plus Terus Pamer Aksi Berbisa, Kini Kuasai Takhta Liga.

Pasukan bukan pilihan, KL Plus terus mempamerkan kehebatannya apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super, kali ini dengan membenam cabaran Pulau Pinang 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Selepas mengekori rapat pasukan Selangor sejak dari permulaan musim, pasukan bimbingan Mat Zan Mat Aris kini memintas kedudukan skuad Merah Kuning itu yang tumpas mengejut 1-2 kepada Johor FC di Pasir Gudang.

June 28, 2008

Piala Malaysia – Juara Bertahan Kecundang.

28 JUN – Pasukan Kedah mengalami kekalahan mengejut apabila tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur dalam saingan Kumpulan B di Stadium Darul Aman malam tadi. Pemain Kuala Lumpur, Stanley Bernard menjadi pemusnah apabila jaringannya pada minit …