HARAP MAAF. BLOG SEDANG DIKEMASKINI. HARAP MAAF.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Pasukan Kedah

December 2, 2008

Liverpool Hanya Mampu Seri Dengan West Ham.

Liverpool sekali lagi melepaskan peluang untuk menjarakkan diri dengan jurang tiga mata selaku pendahulu EPL apabila diikat tanpa jaringan oleh West Ham di Anfield awal pagi tadi. Bagaimanapun, keputusan seri itu tetap membolehkan Liverpool memintas Chelsea dengan kelebihan satu mata. Chelsea sebelum ini tewas 1-2 kepada Arsenal di Stamford Bridge.

Bagi West Ham, keputusan seri itu memberikan mereka mata pertama sejak kali terakhir menang 45 tahun lalu di stadium ini.

October 21, 2008

Inter Milan Mudah Tundukkan Roma.

Inter Milan kembali melonjak ke persada liga Serie A selepas mudah menundukkan AS Roma 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpico semalam. Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan satu gol pada setiap babak permainan untuk membantu kemenangan besar ini. Kemenangan ini menyaksikan Inter kini mendahului liga dengan kelebihan dua mata.

October 20, 2008

Stoke Beri Satu Lagi Kekalahan Buat Spurs.

Pengurus Totenham Hotspur, Juande Ramos terus mengalami mimpi ngeri apabila pasukan bimbingannya kalah lagi dalam saingan EPL malam tadi. Spurs tewas 1-2 kepada Stoke City dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Brittania. Ini adalah kekalahan keenam dari lapan perlawanan yang dilalui Spurs setakat ini. Kekalahan ini menyaksikan kedudukan Spurs bertambah parah dan kini terperosok ke dasar liga dengan memungut hanya dua mata. Malam yang malang itu diserikan lagi dengan layangan dua kad merah kepada pemain Spurs menyebabkan Ramos pulang dengan muka merah padam. Ini adalah pencapaian terburuk Spurs dalam sejarah kelab itu sejak tahun 1912 di mana pada tahun tersebut Spurs hanya memungut tiga mata dari lapan perlawanan.

September 24, 2008

Piala AFC - Dua Wakil Malaysia Tersingkir.

Kedah gagal meneruskan kemaraan dalam saingan Piala AFC apabila tewas 1-2 kepada kelab Bahrain, Muharraq di Stadium Darul Aman malam tadi. Kemenangan ini menyaksikan wakil Bahrain itu mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 7-1. Muharraq menang 5-0 perlawanan pertama di tempat sendiri minggu lalu. Bermain di hadapan 20,000 orang penyokong, Kedah menurunkan kesebelasan yang sama ketika menentang Muharraq di perlawanan pertama. 15 minit pertama menyaksikan Kedah mengatur banyak gerakan ke kubu Muharraq untuk mendapatkan gol awal. Peluang pertama diperolehi menerusi hantaran Fadly Baharom yang terpaksa ditumbuk keluar oleh penjaga gol Muharraq, Abdulla Alkaabi. Lima minit kemudian, rembatan jarak jauh Sabre Mat Abu pula dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh Rashed Abdulla Al Doseri.

September 17, 2008

Piala AFC - Muharraq Belasah Kedah.

Kedah tidak berdaya untuk menandingi kehebatan kelab Muharraq dari Bahrain apabila dibelasah 0-5 dalam perlawanan peringkat suku akhir pusingan pertama Piala AFC di Stadium Nasional Bahrain malam tadi. 25 minit terakhir menjadi mimpi ngeri buat Kedah apabila Muharraq meledak dengan lima gol bagi mendapatkan bekalan gol yang selesa untuk di bawa ke tempat lawan nanti. Bagaimanapun, pemain-pemain Kedah bertahan dengan baik pada babak pertama sehingga pasukan tuan rumah buntu untuk menembusi benteng pertahanan lawan. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada babak pertama.

September 16, 2008

Spurs Kecewa Ditangan Aston Villa.

Totenham Hotspur terus menghuni tangga terbawah EPL selepas menerima kekalahan ketiga dari empat perlawanan malam tadi. Spurs gagal mengutip sebarang mata apabila tewas 1-2 kepada Aston Villa di White Hart Lane. Kekalahan ini menyaksikan Spurs hanya mengutip satu mata dari empat perlawanan. Villa pula kini berganjak ke tangga keempat selepas memungut tujuh mata dan kemenangan ini merupakan kemenangan pertama dari sembilan perlawanan mereka di White Hart Lane.

Saingan Suku Akhir Piala AFC (Kelab Asia).

Dua pasukan dari Malaysia iaitu Kedah dan Perak adalah antara lapan pasukan yang akan bersaing di peringkat suku akhir Piala AFC hari ini. Enam pasukan lain adalah Safa FC dari Lebanon, Singapore Armed Forces FC dan Home United FC dari Singapura, Al-Nahda dari Oman, Dempo SC dari India serta pasukan dari Bahrain, Muharraq. Kelapan-lapan pasukan ini telahpun melepasi peringkat pusingan awal yang dijalankan secara liga lima kumpulan.

August 27, 2008

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.

August 24, 2008

Kedah Layak Dinobatkan Pasukan Terbaik Malaysia !

Filed under: Artikel, Artikel Terbaik, Pasukan Kedah - 24 Aug 2008

Kedah Catat Sejarah Ulangi `Treble’.

August 23, 2008

Peminat Ramal Kedah Juara !

Kecederaan Jejas Persiapan Finalis Piala Malaysia.

Analisis Perlawanan Akhir Selangor – Kedah.

Detik kemuncak perlawanan akhir Piala Malaysia semakin hampir. Debaran pemain dan penyokong kedua-dua pasukan kian menghimpit dada. Kedua-dua pasukan telahpun bertemu di final Piala FA sebelum ini …

August 22, 2008

Ganjaran Wang Faktor Penentu Julang Kejuaraan ?

August 21, 2008

Tiket Final Piala Malaysia RM20.

August 19, 2008

Azraai Tidak Khuatir Walaupun Kedah Kalah.

Stadium Nasional Gelanggang Final Piala Malaysia.

August 18, 2008

Kedah Mara Ke Final Walaupun Tewas.

August 17, 2008

Kedah Pasukan Pilihan Ke Final.

August 10, 2008

Selangor Cemas, Johor FC Buat Kejutan.

August 9, 2008

Pasukan Mana Ke Separuh Akhir ?

August 7, 2008

Kedah, UPB/MyTeam Menang Selesa.

August 6, 2008

Perlawanan Tumpuan – Kedah vs Perak.

August 3, 2008

Kedah, UPB/MyTeam Juarai Kumpulan.

August 2, 2008

Persaingan Sengit Cari Tiket Ke Suku Akhir.

Next Page »