IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Kelab Wigan Athletic

January 1, 2010

EPL – Wigan Jadi Mangsa Belasahan Manchester United.

Wayne Rooney menampilkan satu lagi aksi bertaraf tinggi apabila membantu Manchester United membelasah Wigan 5-0 di Old Trafford semalam.

Sir Alex Ferguson pasti menjadi orang yang paling gembira dengan prestasi terkini United dan sekiranya ianya diambil kira maka Chelsea adalah pasukan yang paling gusar dengan pencapaian United itu.

Mereka bukan sahaja hanya ketinggalan dua mata dari pendahulu liga, Chelsea tetapi juga mempunyai kelebihan perbezaan jaringan yang lebih baik berbanding seteru ketatnya itu.

September 27, 2009

EPL – Chelsea Tewas Mengejut, Manchester United Kini Dipuncak Liga.

Ryan Giggs mempamerkan satu lagi persembahan mengkagumkan apabila memandu Manchester United mencatat kemenangan 2-0 ke atas Stoke City dan kini mengambil giliran selaku pendahulu EPL.

Selama 55 minit, Nani berusaha keras menembusi benteng Stoke dengan gerakan di sebelah sayap namun kecewa walaupun United lebih banyak mendominasi perlawanan.

August 27, 2009

Video Pilihan - Wigan 0 vs Manchester United 5 (EPL).

Manchester United yang tewas 0-1 kepada Burnley pada perlawanan kedua EPL, mengamuk apabila membelasah Wigan 5-0 di tempat lawan hari Sabtu lalu.

Wayne Rooney menunjukkan betapa tajamnya dia di depan gol dengan meledakkan dua gol dalam perlawanan itu manakala dua gol lagi hasil jaringan Dimitar Berbatov dan Nani. Michael Owen turut mencatat nama sebagai penjaring apabila menjaringkan gol pertamanya bersama United dalam saingan EPL musim ini.

March 1, 2009

EPL – Chelsea Kian Bertenaga Di Bawah Bimbingan Hiddink, Arsenal Kini Pakar Seri.

Chelsea mengambil peluang di atas kemurungan prestasi Liverpool dalam saingan domestik dengan memintas kedudukan The Reds di tangga kedua apabila mengenepikan cabaran sengit Wigan Athletic sebelum menang 2-1 di Stamford Bridge semalam.

Chelsea dan Liverpool kini memungut 55 mata dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan gol, dan ia juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut kelab itu sejak Guus Hiddink mengambil alih tugas pengurus dari Luiz Felipe Scolari.

January 29, 2009

EPL – Chelsea Melonjak Ke Tangga Kedua, Singkir Liverpool Di Tangga Ketiga.

Mido menambah duka Liverpool apabila membantu Wigan mencatat keputusan seri 1-1 dalam saingan EPL di Stadium JJB awal pagi tadi.

Pemain Mesir itu, yang baru menyertai Wigan secara pinjaman dari Middlesbrough, menyempurnakan sepakan penalti yang diperolehi kelab barunya itu selepas Lucas dipersalahkan kerana mengasari Jason Koumas ketika permainan berbaki sembilan minit untuk ditamatkan.

Fernando Torres hampir meletakkan Liverpool di depan apabila tandukannya hasil hantaran Steven Gerrard sekadar menggegar palang gol sebelum Youssi Benayoun menjaringkan gol buat Liverpool pada minit ke-41.

November 12, 2008

Arsenal Mudah Atasi Wigan.

Skuad muda Arsenal tidak menghadapi masalah dalam saingan pusingan keempat Piala Carling apabila menumpaskan Wigan 3-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi. Purata umur pemain-pemain yang diturunkan dalam perlawanan itu hanyalah mencecah 19 tahun namun mereka tidak menunjukkan rasa gementar ketika berhadapan dengan pasukan Wigan yang lebih berpengalaman. Sebaliknya mereka menunjukkan aksi mengkagumkan sebagaimana yang ditunjukkan ketika membelasah Sheffield United 6-0 pada pusingan sebelumnya.

October 19, 2008

Liverpool Atasi Cabaran Sengit Wigan.

Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri sepanjang tahun 2008 apabila bangkit dari  ketinggalan sebanyak dua kali sebelum membenam cabaran Wigan 2-1 di Anfield malam tadi. Dirk Kuyt muncul wira Liverpool selepas pemain itu menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan The Reds dalam perlawanan yang sengit itu. Penyerang Mesir, Amr Zaki turut menyerlah dalam perlawanan itu dengan menjaringkan dua gol namun hampa kerana Wigan tetap di pihak yang kalah. Malang Wigan berganda apabila terpaksa bermain dengan sepuluh orang selepas Antonio Valencia diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan.

September 29, 2008

Manchester City Pamerkan Aksi Yoyo.

Apa yang dikatakan pengurus Manchester United, Alex Ferguson mungkin ada kebenarannya bahawa wang tidak dapat membeli semua benda di dunia ini. Manchester City kini terpaksa menelan kepahitan dari situasi ego yang ditimbulkan sebelum ini apabila tewas 1-2 kepada Wigan di Stadium JJB dalam saingan EPL semalam. Ini merupakan kekalahan kedua buat City minggu ini selepas tersingkir dari saingan Piala Liga (Carling) kepada Brighton menerusi sepakan penalti Rabu lalu walaupun sebelum itu mereka membelasah Portsmouth 6-0 dalam saingan EPL.