IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: kelab West Ham

January 22, 2010

West Ham Bakal Bawa Nistelrooy Semula Ke Saingan EPL.

Pemilik baru West Ham, David Sullivan mengesahkan yang kelab itu membuat tawaran yang jauh lebih baik berbanding tawaran Tottenham Hotspur dalam usaha mendapatkan khidmat Ruud van Nistelrooy dari Real Madrid.

Sullivan memberitahu media yang beliau telah mengemukakan tawaran gaji sebanyak 100,000 pound seminggu kepada penyerang berusia 33 tahun itu, yang hanya bermain dalam dua perlawanan bersama gergasi Sepanyol itu musim ini.

September 29, 2009

EPL – Tevez Bantu Kemenangan Bergaya Manchester City.

Permulaan baik Manchester City musim ini berterusan hasil sentuhan pemusnah Carlos Tevez ke atas bekas kelabnya, West Ham United untuk membolehkan City menang 3-1 di Stadium City of Manchester semalam.

Kemenangan kelima City musim ini hampir menyamai pencapaian terbaik mereka dengan enam kemenangan berturut-turut pada awal musim 1961 dan persembahan baik mereka ini ternyata memikat para penyokong mereka.

Dua gol dari Tevez dan gol sepakan percuma Martin Petrov pada babak pertama melengkapkan persembahan bergaya City dalam perlawanan itu.

May 10, 2009

EPL – Liverpool Kekal Bersaing Rebut Kejuaraan Liga.

Liverpool mencatat kemenangan 3-0 ke atas West Ham semalam untuk membolehkan mereka maju ke tangga teratas EPL mengatasi Manchester United dengan kelebihan gol. United hanya akan turun hari ini dalam perlawanan menentang jirannya, Manchester City.

Liverpool amat perlukan kemenangan ini untuk membolehkan mereka terus mencabar kedudukan United yang masih berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Steven Gerrard mengelecek penjaga gol West Ham, Robert Green untuk memberikan Liverpool gol pendahuluan pada awal babak pertama sebelum menambah satu gol lagi dengan menendang masuk bola muntah selepas Green menepis sepakan penaltinya.

April 26, 2009

EPL – Manchester United Kekal Pendahulu, Liverpool Dan Chelsea Turut Catat Kemenangan.

Manchester United mempersembahkan kebangkitan dramatik pada babak kedua untuk membenam cabaran Tottenham Hotspur 5-2 dalam saingan EPL di Old Trafford awal pagi tadi dan kini semakin fokus untuk memburu kejuaraan liganya yang ke-18.

Dua gol babak pertama menerusi Darren Bent (minit ke-29) dan Luka Modric tiga minit kemudian menggusarkan kem United dan mencetuskan kebimbangan memandangkan pesaing terdekatnya, Liverpool telah menumpaskan Hull City 3-1 di tempat lawan sebelum itu sehingga membolehkan ‘The Reds’ menduduki takhta seketika.

February 9, 2009

Menang Tipis Ke Atas West Ham, Manchester United Kembali Pimpin Takhta EPL.

Manchester United kembali merampas kedudukan teratas liga apabila berjaya menewaskan West Ham dengan kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Upton Park awal pagi tadi.

Penyerang veteran, Ryan Giggs muncul wira pasukannya apabila jaringan tunggalnya memberikan tiga lagi mata berharga buat United.

Liverpool yang menewaskan Portsmouth 3-2 hari Sabtu lalu memintas kedudukan United di takhta liga buat sementara dengan kelebihan satu mata namun kedudukan itu tidak kekal lama dengan kemenangan tipis United itu.

January 20, 2009

West Ham Setuju Lepaskan Bellamy Ke Manchester City.

West Ham mengesahkan yang mereka telah menerima tawaran dari Manchester City, yang dipercayai sekitar 14 juta pound, untuk mendapatkan penyerangnya, Craig Bellamy.

Bellamy turut menjadi menjadi buruan Tottenham Hotspur tetapi hari Ahad lalu menyaksikan Harry Redknapp mengaku kalah dengan berkata, “Manchester City turut membuat tawaran dan bila mereka berminat maka tiada peluang buat kelab lain. Mereka lebih kaya dan lebih mampu.”