Category: Kelab Villareal
January 3, 2010


Barcelona mencicirkan mata di tempat sendiri buat pertama kali musim ini dalam saingan La Liga apabila diikat 1-1 oleh Villareal di Nou Camp.
Skuad bimbingan Pep Guardiola mempamerkan enam trofi kejuaraan yang dimenangi mereka pada 2009 sebelum perlawanan bermula sebagai satu keraian untuk perlawanan pertama mereka pada tahun baru.
May 12, 2009


Barcelona terpaksa menunggu lagi sebelum dapat menjulang kejuaraan Liga Primera Sepanyol yang pertama di bawah bimbingan Pep Guardiola selepas dipaksa seri 3-3 oleh Villareal di Nou Camp semalam.
Barca kelihatan hampir pasti menjadi juara setelah kemenangan menakjubkan 6-2 ke atas pesaing terdekatnya, Real Madrid, keputusan yang menyaksikan mereka melebarkan jurang mata kepada tujuh mata pada ketika musim ini berbaki empat perlawanan.
Kekalahan Real Madrid 0-3 kepada Valencia hari Sabtu lalu bermakna mereka sepatutnya mengesahkan kejuaraan liga musim ini dengan menewaskan perlawanan menentang Villareal.
March 11, 2009


Jaringan Joseba Llorente membantu kelab Sepanyol, Villareal untuk menempah tempat di peringkat suku akhir Liga Juara Eropah selepas mengatasi cabaran sengit Panathinaikos 2-1 di Athens awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Manuel Pellegrini, berkunjung ke Athens untuk menempuhi perlawanan kedua tanpa sebarang kelebihan selepas terikat 1-1 dalam perlawanan pertama di tempat sendiri dua minggu lalu.
Keputusan itu menyaksikan mereka mara ke suku akhir dengan kemenangan agregat 3-2.
March 8, 2009


Barcelona kembali ke landasan kemenangan dan menjarakkan diri selaku pendahulu liga setelah mencatat kemenangan 2-0 ke atas Athletic Bilbao manakala pesaing terdekatnya, Real Madrid terikat 1-1 dengan Atletico Madrid di tempat sendiri.
Tandukan Sergio Busquets dan sepakan penalti yang disempurnakan Lionel Messi, kedua-duanya pada babak pertama, memberikan Barca kemenangan pertama dari enam perlawanan dalam kejohanan yang disertainya.
December 27, 2008


Pemain Villareal, Marcos Senna mengakui yang dia begitu berminat untuk ke Manchester City apabila pintu perpindahan pemain dibuka Januari nanti.
Pemain tengah Sepanyol itu yang masih mempunyai kontrak dengan Villareal sehingga 2010, dipercayai antara pemain yang berada dalam senarai yang dikehendaki Mark Hughes, dengan pemilik kelab itu sudahpun menyediakan dana untuk pembelian pemain-pemain pada bulan Januari nanti.
December 22, 2008


Thierry Henry menjaringkan gol kemenangan tatkala Barcelona terpaksa bangkit dari ketinggalan satu gol untuk mengalahkan Villareal 2-1 di tempat lawan awal pagi tadi, sekaligus menjarakkan jurang kepada sepuluh mata selaku pendahulu La Liga.
November 26, 2008


Manchester United mengesahkan tempatnya ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah apabila mencatat keputusan seri 0-0 dengan Villareal di Estadio El-Madrigal awal pagi tadi. Bagaimanapun, tumpuan perlawanan itu lebih terarah kepada Cristiano Ronaldo yang mempamer aksi menarik selain menjadi penyebab pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan sepuluh pemain pada lewat permainan.
October 22, 2008


Sebuah lagi kelab Sepanyol, Villareal mengalami nasib berbeza apabila menang bergaya ke atas AaB dalam perlawanan Kumpulan E yang menyaksikan sembilan gol dijaringkan. Villareal menang 6-3 mengatasi AaB dalam perlawanan yang berlangsung di El Madrigal, Sepanyol awal pagi tadi. Jaringan hatrik pemain gantian, Joseba Llorente mewarnai perlawanan yang begitu sengit di awal perlawanan.
|