Category: Kelab Totenham Hotspur
March 27, 2010


Tottenham Hotspur mengumumkan yang mereka telah selesai menandatangani perjanjian untuk mendapatkan khidmat Sandro dari Internacional, dengan Harry Redknapp menggambarkan pemain tengah itu sebagai salah satu bakal bintang dari Brazil.
Spurs sudah lama mengidamkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu dan akhirnya berjaya mengikatnya selepas dia lulus ujian perubatan. Dia akan ke White Hart Lane sebaik Internacional menyempurnakan kempen Copa Libertadores yang dijangka tamat pada bulan Ogos nanti.
February 4, 2010


Jermain Defoe meletakkan Tottenham Hotspur di landasan tepat dalam perjalanan ke Wembley apabila meledakkan jaringan hatrik untuk membantu pasukannya menewaskan Leeds United 3-1 dalam perlawanan ulangan saingan pusingan keempat Piala FA di Elland Road semalam.
Defoe memulakan malam cemerlangnya dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-37 namun kelebihan itu dipadamkan oleh Leeds menerusi jaringan penyamaan oleh Luciano Becchio pada minit ke-45.
January 29, 2010


Tottenham Hotspur kini di peringkat akhir rundingan bagi mendapatkan khidmat bekas penyerang Barcelona, Eidur Gudjohnsen dan pemain pertahanan Portsmouth, Younes Kaboul.
Gudjohnsen berada di lapangan latihan Spurs semalam untuk rundingan terakhir bagi menguruskan perpindahannya secara pinjaman apabila berpaling dari persetujuan awal untuk menyertai West Ham.
January 21, 2010


Dua jaringan Dirk Kuyt memberikan Liverpool nyawa baru dalam saingan EPL musim ini dengan membenam cabaran Tottenham Hotspur 2-0 di Anfield semalam.
Penyerang antarabangsa Belanda itu meledakkan gol pertama pada minit ke-6 sebelum menggandakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.
December 17, 2009


Graham Alexander menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu Burnley mengikat Arsenal 1-1 dalam saingan EPL semalam.
Cecs Fabregas memberikan Arsenal gol pendahuluan pada ketika kelab itu memulakan perlawanan dengan begitu baik di Turf Moor tetapi kesalahan Thomas Vermaelen ke atas Andre Bikey memberikan Alexander peluang untuk menyamakan kedudukan.
November 1, 2009


Penyerang Arsenal, Robie van Persie meledak dua kali untuk membantu Arsenal menundukkan Tottenham Hotspur 3-0 dalam saingan EPL di Stadium Emirates malam tadi sekaligus menimbulkan persoalan tentang kemampuan Spurs menempatkan diri dalam kelompok empat teratas liga musim ini.
Spurs tidak pernah memenangi perlawanan liga ketika menentang Arsenal sejak 1999, dan keadaan sama berlaku selepas Van Persie membuka tirai jaringan pada minit ke-42 dan Cesc Fabregas menambah gol kedua seminit kemudian.
September 13, 2009


Manchester United ketinggalan seawal minit pertama lagi dan kemudian terpaksa bermain dengan sepuluh pemain namun masih tetap mampu mencatat kemenangan 3-1 ke atas Tottenham Hotspur di White Hart Lane semalam sekaligus menamatkan rekod kemenangan 100% Spurs dalam saingan EPL musim ini.
Jaringan akrobatik Jermain Defoe pada minit pertama memberikan permulaan baik buat pasukan tuan rumah tetapi United sememangnya mempunyai sejarah bangkit kembali walaupun ketinggalan ketika menentang Spurs, 5-2 pada musim lalu dan 5-3 lapan tahun lalu.
Setelah Dimitar Berbatov dijatuhkan di luar kotak penalti lawan pada minit ke-25, Ryan Giggs tidak mensia-siakan sepakan percuma yang diperolehi dengan melencongkannya ke penjuru kiri pintu gol Spurs untuk menyamakan kedudukan.
September 1, 2009


Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp menerima berita duka apabila disahkan yang Luka Modric patah kakinya sewaktu perlawanan menentang Birmingham hari Sabtu lalu.
Spurs meneruskan rekod kemenangan 100%nya musim ini apabila menewaskan Birmingham 2-1, namun Redknapp terpaksa mengeluarkan Ledley King, pemain yang mengetuai benteng pertahanannya akibat kecederaan otot pada babak pertama. Keadaan bertambah buruk apabila Modric pula diusung keluar pada babak kedua selepas mengalami kecederaan kaki yang serius.
August 17, 2009


Hasrat Liverpool untuk menjadi pencabar kejuaraan EPL musim ini menimbulkan tanda tanya ekoran kekalahan 1-2 dalam perlawanan pertama kelab itu kepada Tottenham Hotspur di White Hart Lane semalam.
Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menghabiskan musim panas lalu dengan merancang bagaimana untuk memantapkan cabaran pasukannya ke atas penyandang juara, Manchester United di mana mereka hanya berbeza empat mata dan terlepas peluang merangkul kejuaraan liga yang kali terakhir dimenangi mereka pada 1990.
June 11, 2009


Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp mengakui yang beliau sedaya upaya mendapatkan khidmat bekas pemain Aston Villa, Gareth Barry tetapi ‘dilemaskan di dalam air’ oleh pakej kewangan besar Manchester City.
City membayar 12 juta pound kepada pemain yang akan tamat kontraknya pada musim depan dan menawarkan gaji mingguan tinggi yang gagal disaingi oleh Spurs mahupun kelab yang telah mengidamkannya untuk sekian lama, Liverpool.
April 26, 2009


Manchester United mempersembahkan kebangkitan dramatik pada babak kedua untuk membenam cabaran Tottenham Hotspur 5-2 dalam saingan EPL di Old Trafford awal pagi tadi dan kini semakin fokus untuk memburu kejuaraan liganya yang ke-18.
Dua gol babak pertama menerusi Darren Bent (minit ke-29) dan Luka Modric tiga minit kemudian menggusarkan kem United dan mencetuskan kebimbangan memandangkan pesaing terdekatnya, Liverpool telah menumpaskan Hull City 3-1 di tempat lawan sebelum itu sehingga membolehkan ‘The Reds’ menduduki takhta seketika.
March 22, 2009


Chelsea melepaskan peluang keemasan untuk merapatkan diri dengan pendahulu liga, Manchester United apabila mereka tumpas mengejut 0-1 kepada Tottenham Hotspur di White Hart Lane awal pagi tadi.
Luka Modric muncul wira Spurs apabila dia meledakkan jaringan pada minit ke-50 untuk memberikan kekalahan pertama buat Guus Hiddink sejak dia mengendalikan skuad ‘The Blues’ itu musim ini.
Perlawanan yang berlangsung lewat itu membolehkan Chelsea mengetahui berita kekalahan United kepada Fulham namun mereka gagal menggunakan kesempatan itu.
March 3, 2009


Manchester United dipaksa bekerja keras sebelum menang 4-1 menerusi sepakan penalti untuk merangkul Piala Carling dengan mengalahkan Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa tambahan.
Kemenangan United ke atas Spurs menerusi sepakan penalti mengimbas semula kejayaan United dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah yang juga dimenanginya menerusi sepakan penalti menewaskan Chelsea di Stadium Luzhniki.
February 27, 2009


Dari tiga kelab EPL yang bersaing untuk merebut tempat ke kelompok 16 pasukan dalam saingan Piala UEFA, hanya Manchester City berjaya melepasi halangan lawannya manakala dua lagi kelab Inggeris, Aston Villa dan Tottenham Hotspur tersingkir apabila tewas dengan kiraan agregat kepada lawan masing-masing.
Penyerang Wales, Craig Bellamy kian mengukuhkan statusnya di Manchester City apabila dua gol jaringannya membantu kelab itu melangkah ke saingan kalah mati 16 pasukan Piala UEFA selepas menundukkan FC Copenhagen 2-1 di Stadium City of Manchester awal pagi tadi.
February 9, 2009


Sepuluh pemain Arsenal berjuang untuk mendapatkan satu mata apabila kelab itu mengakhiri perlawanan menentang Tottenham Hotspur dengan keputusan seri tanpa jaringan di White Hart Lane malam tadi.
Emmanuel Eboue dilayangkan dua kad kuning pada babak pertama, pada ketika Arsenal turut kehilangan penyerang utamanya, Emmanuel Adebayor yang terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan hamstring.
February 4, 2009


Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengakui yang beliau mengambil risiko apabila menjual Robbie Keane kepada Tottenham Hotspur, lebih-lebih lagi beliau gagal mendapatkan pengganti pemain itu sebelum tamat tarikh yang ditetapkan.
Pemergian Keane itu merupakan satu kejutan memandangkan yang dia hanya berada di Anfield untuk tempoh enam bulan sahaja tetapi Benitez menganggap yang beliau tidak mempunyai pilihan selain melepaskan Keane, merasakan situasi pemain Ireland itu tidak bagus untuk keseluruhan pasukan.
February 3, 2009


Penyerang Liverpool, Robbie Keane kini dalam perjalanan ke London untuk menjalani pemeriksaan perubatan selepas Tottenham Hotspur bersetuju untuk membayar 15 juta pound untuk membawanya kembali ke White Hart Lane.
Pemain antarabangsa Republik Ireland itu menyertai Liverpool dengan nilai 20 juta pound pada musim panas lalu tetapi gagal mengukuhkan kedudukannya selaku pemain utama Liverpool di bawah kendalian Rafael Benitez.
January 25, 2009


Manchester United berada di landasan tepat untuk mencapai impian merangkul kejuaraan Piala FA apabila berhempas pulas menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 dalam saingan pusingan keempat di Old Trafford awal pagi tadi, sekaligus menempatkan diri di kalangan 16 pasukan terakhir ke pusingan seterusnya.
Paul Scholes dan bekas penyerang popular Spurs, Dimitar Berbatov masing-masing menggegar jaring lawan dalam masa selang seminit untuk memadam kelebihan awal Spurs hasil jaringan Roman Pavlyuchenko.
January 23, 2009


Roman Pavlyuchenko dan Jermain Defoe menjaringkan gol pada masa tambahan untuk mengecewakan Burnley di Turf Moor semalam dan membawa juara bertahan, Tottenham Hotspur ke perlawanan akhir Piala Carling untuk menentang Manchester United.
Walaupun tewas perlawanan ini dengan keputusan 2-3, Spurs yang menang 4-1 dalam perlawanan pertama di tempat sendiri melayakkan diri ke final dengan agregat 6-4.
Bagaimanapun, Burnley hampir meragut peluang Spurs untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada musim lalu apabila berjaya meledakkan tiga gol pada masa penuh permainan, sekaligus mengikat agregat perlawanan kepada 4-4.
January 16, 2009


Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp berada di Milan untuk cuba mendapatkan khidmat Adriano secara pinjaman tetapi Jose Mourinho tidak memberikan apa-apa petanda yang mereka bersedia menerima tawaran itu.
Redknapp berada di Stadium San Siro ketika Milan mengalahkan Genoa 3-1 , dengan Adriano menjaringkan go pertama dalam perlawanan itu.
January 7, 2009


Jermaine Defoe kini di landasan untuk kembali bermain dengan kelab lamanya, Tottenham Hotspur apabila persetujuan dicapai untuk membayar sekitar 15 juta pound bagi mendapatkan pemain itu dari kelabnya, Portsmouth.
Defoe hanya perlu lulus ujian perubatan sahaja lagi kerana segala terma perjanjian perpindahan pemain itu telah dipersetujui oleh kedua-dua kelab itu.
January 3, 2009


Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp mengakui sedang berusaha untuk membawa kembali Jermaine Defoe ke White Hart Lane, itupun bergantung kepada nilai yang dipersetujui oleh kelabnya sekarang, Portsmouth.
Minggu lalu, Redknapp memberitahu yang Defoe akan menjadi sasarannya tetapi beliau dikatakan masih belum mendapat persetujuan dari pihak pengurusan Portsmouth.
December 13, 2008


Pemain sayap Tottenham Hotspur, Aaron Lennon berharap tempatnya dalam skuad England bimbingan Fabio Capello masih terbuka.
Lennon disenaraikan dalam skuad England yang menyertai pusingan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman di mana dia diturunkan dalam tiga perlawanan. Bagaimanapun, kali terakhir dia membuat penampilan bersama England adalah kira-kira 18 bulan lalu ketika England menentang Andorra dalam perlawanan yang menyaksikan pasukan England diejek oleh para penyokongnya sendiri.
December 9, 2008



Pasukan pilihan, Manchester United dan Tottenham Hotspur berjaya mengelakkan pertembungan sesama sendiri apabila diundi bertemu dengan lawan yang lebih mudah dalam saingan peringkat separuh akhir Piala Carling.
November 25, 2008


Gol Roman Pavlyuchenko membantu Tottenham Hotspur mengalahkan Blackburn Rovers 1-0 dalam saingan EPL di White Hart Lane semalam sekaligus membawa kelab bimbingan Harry Redknapp itu keluar dari zon penyingkiran.
Martin Olsson ternyata menjadi penyebab kepada kekalahan Blackburn itu. Selain kesilapannya menjadi punca kepada gol kemenangan Spurs, Olsson juga meninggalkan sepuluh pemain Blackburn berjuang tanpanya pada sebahagian besar masa perlawanan.
Next Page »
|