IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Kelab Sunderland

January 17, 2010

EPL – Sunderland Jadi Mangsa Amukan Chelsea.

Chelsea mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu EPL dengan satu lagi kemenangan besar apabila membelasah Sunderland 7-2 di Stamford Bridge semalam.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti membuktikan yang mereka masih mampu mencatat kemenangan walaupun tanpa kehadiran bintang-bintang Afrika apabila menghasilkan tujuh gol menerusi Nicolas Anelka (dua), Florent Malouda, Ashley Cole, Frank Lampard (dua) dan Michael Ballack.

October 18, 2009

EPL – Belon Ranapkan Harapan Liverpool Untuk Jana Kemenangan.

Darren Bent kini berhak menuntut tempatnya dalam senarai pemain England ke Piala Dunia 2010 apabila membantu Sunderland mencatat kemenangan mengejut 1-0 ke atas Livepool di tempat sendiri malam tadi.

Bagaimanapun, jaringannya pada minit ke-5 mencetuskan kontroversi namun ianya berbaloi memandangkan ia adalah kemenangan pertama ke atas pasukan yang berada dalam “Top Four’ sejak kembali ke saingan Liga Perdana.

Gol kelapan Bent musim ini hadir apabila rembatannya mengenai belon besar yang dibaling penonton ke padang, membias dan mengelirukan Pepe Reina sebelum menerjah jaring gol Liverpool.

October 4, 2009

EPL – Gol Sendiri Saat Akhir Selamatkan Manchester United Dari Kekalahan.

Manchester United bernasib baik apabila berjaya mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Sunderland dalam saingan EPL di Old Trafford malam tadi.

Anton Ferdinand pastinya menjadi pemain paling kecewa di tengah padang apabila tertolak masuk ke gawang sendiri ketika cuba menghalang percubaan Patrice Evra pada minit akhir perlawanan sekaligus menafikan kemenangan kali pertama buat Sunderland di Old Trafford sejak 1968.

August 19, 2009

EPL – Chelsea Bangkit Dari Ketinggalan Sebelum Tundukkan Sunderland.

Carlo Ancelotti memungut kemenangan pertamanya di tempat lawan dalam saingan EPL apabila pasukan bimbingannya, Chelsea bangkit dari ketinggalan sebelum menundukkan Sunderland 3-1 di Stadium of Light semalam.

Di sebalik keupayaannya mendominasi babak pertama, pasukan pelawat terpaksa meninggalkan padang pada babak pertama dengan kedudukan 0-1 hasil kejutan dari jaringan Darren Bent pada minit ke-18.

March 4, 2009

EPL – Percaturan Benitez Menjadi, Liverpool Kembali Ke Landasan Kemenangan.

Liverpool kelihatan telah bertemu wira baru setelah akhirnya mereka membuatkan Rafael Benitez tersenyum dengan kemenangan 2-0 ke atas Sunderland di Anfield semalam.

Pemain muda Perancis, David Ngog melakukan penampilan penuh pertama di tempat sendiri, menjaringkan satu gol dan mencipta gerakan untuk gol kedua jaringan Youssi Benayoun, membolehkan Liverpool mengurangkan jurang dengan Manchester United kepada empat mata sahaja.

Dengan Chelsea melakukan perkara yang sama ke atas Portsmouth, ia menjadikan persaingan tangga teratas liga kini menjadi semakin sengit.

February 22, 2009

EPL - Arshavin Dan Arsenal Sama-sama Buntu.

Penampilan pertama Andrei Arshavin gagal membantu Arsenal mencatat kemenangan sebaliknya sekali lagi seri tanpa jaringan ketika menentang Sunderland dalam saingan EPL di Stadium Emirates pada awal pagi tadi.

Arshavin, yang menandatangani kontrak di saat akhir pintu perpindahan pemain hampir ditutup dari Zenit St Petersburgh, menyaksikan rembatannya hanya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol lawan manakala penjaga gol Sunderland, Marton Fulop berjaya menafikan satu percubaan cantik pemain Rusia itu.

January 18, 2009

Aston Villa Kian Hebat, Kini Kekal Di Tangga Keempat.

Gareth Barry memimpin barisan sepuluh pemain Aston Villa mengekalkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik selepas mencatat kemenangan kontroversi 2-1 ke atas Sunderland di Stadium of Light malam tadi.

Villa mendapati pemain antarabangsa Englandnya, Ashley Young diarah keluar padang selepas melakukan kesalahan ‘bodoh’ terhadap Dean Whitehead ketika permainan berbaki 18 minit, tetapi berjaya mencatat kemenangan menerusi sepakan penalti kontroversi pada lewat permainan.

September 21, 2008

Gol Chopra Benam Middlesbrough.

Pemain gantian, Michael Chopra memberikan Sunderland tiga mata apabila menyumbangkan dua gol untuk membenam Middlesbrough dalam perlawanan EPL sebentar tadi. Chopra terlepas tiga aksi awal musim kerana hukuman penggantungan selepas dibuang padang pada perlawanan persahabatan pra musim. Pengurus Sunderland, Roy Keane meletakkan Chopra di bangku simpanan sebelum memasukkan pemain itu pada akhir babak pertama.